Resepi Ikan Merah Goreng Berempah Mudah Dan Sedap, Hidangan Simple Yang Menyelerakan!
Ikan merah sedap dimasak apa sahaja tidak kira digoreng, kari atau gulai, dengan isinya yang tebal dan rasanya yang juicy memang sangat menyelerakan. Perkongsian resepi kali ini ialah Ikan Merah Goreng Berempah.
Kalau cakap pasal goreng berempah ni pasti duk terbayang ayam goreng berempahkan? Tapi kali ni lain sikit, kita tukar ayam kepada ikan merah pulak. Macam tak pernah dibuat orang tapi, yang pasti rasanya sedap!
Saiz ikan merah agak besar, sebab itu akan dipotong kepada beberapa bahagian dan boleh dimasak beberapa kali dengan potongan isi yang banyak ini. Kalau bahagian kepala, biasanya sedap dibuat gulai atau kari.
Masa untuk mengoreng ikan merah bergantung pada saiz ikan itu sendiri. Disebabkan ikan merah saiznya agak besar, jadi isinya akan agak tebal sedikit dan akan masa sedikit untuk goreng garingkannya.
Hidang ini sangat mudah untuk disediakan, walaupun untuk ibu-ibu yang bekerja dan kejar masa boleh mencuba hidangan ini hasil perkongsian dari Nurul Ateekah. Mudah dan cepat disediakan, walaupun agak simple tapi sedap.
RESEPI IKAN MERAH GORENG BEREMPAH
Pemilihan ikan yang segar sangat penting Dalam masakan, bagi mendapatkan rasa yang sedap dan isi yang manis. Tips untuk memilih ikan yang segar elakkan dari mengambil ikan yang matanya sudah merah tetapi pilih mata ikan yang jernih dan cerah.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 5-6 kepingan ikan merah besar
- 1 sudu besar Serbuk Kari
- 1 sudu kecil serbuk cili
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu kecil biji ketumbar(dihancur kasar)
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1 Sudu kecil garam(rata)
- 1 sudu kecil serbuk Knorr
- 1 sudu kecil bawang putih
- Sedikit pewarna oren@merah(jika mahu)
- 1 sudu kecil halia
- 2 batang daun kari
CARA-CARA PENYEDIAAN IKAN MERAH GORENG BEREMPAH
▶️ Mula-mula, masukkan ikan dan semua bahan-bahan di dalam bekas. Gaul sebati dan perapkan paling kurang 30 minit.
▶️ Selepas itu, panaskan minyak dan masukkan ikan, goreng sehingga masak dan garing.
▶️ Angkat dan ketepikan, siap dihidang makan bersama nasi.
BACA JUGA : Resepi Sardin Roll Yang Ranggup, Sedap Dihidangkan Sebagai Hidangan Minum Petang!
Aroma dari perapan ikan sangat sedap sekali, apabila digoreng bau dari rempah perapan sangat wangi. Walaupun ikan dimasak sangat simple tapi bila dimakan dengan nasi panas pasti tidak cukup sepinggan. Cicah pula dengan sambal kicap memang sedap betul!
Kesedapan kalau masakan yang perlu diperap kena perap betul-betul supaya semua rasa rempah menyerap masuk ke dalam isi ikan. Bila digoreng rempah akan berbau harum dan sedap dimakan.
Nak lagi sedap kena perap lagi lama, dan rehatkan didalam peti sebelum di goreng. Tabur pula dengan bawang dan cili goreng lagi menaikan selera makan, dan jangan lupa sediakan sambal kicap untuk dimakan sekali. Senang sangat resepi ikan merah goreng berempah, mudah sangat untuk dicuba!