Resepi Roti Jala Kuah Durian Super Sedap, Pengemar Durian Wajib Cuba!

0 5,325

Sekarang ni musim durian, pasti banyak menu berasaskan durian sekarang ini. Walaupun durian agak mahal sekarang, bila teringin nak makan kena dapatkan jugak. Ada lebihan durian, apa kata cuba Resepi Roti Jala Kuah Durian confirm sedap!

Durian ialah buah yang bermusim, kalau nak makan durian kena tunggu musimnya dahulu baru dapat makan. Durian ada banyak gred, dari semurah harga hingga semahal harga. Nak makan durian sekarang kena ikut kemampuan kita, nak yang mahal atau murah.

Walaupun baunya ada yang kata busuk tapi bagi pengemar durian itu bau yang wangi. Rasa durian yang lemak manis memang disukai ramai. Pelbagai masakan boleh dibuat menggunakan durian ni, yang paling sedap ialah cekodok durianlah.

Kebiasaannya roti jala akan dimakan dengan gulai atau kari, tapi kali ini agak berbeza sedikit, roti jala makan dengan kuah durian. kuah durian ini dibuat seperti serawa durian, cuma dimakan dengan roti jala.

Nak menjala pun kena ada teknik jugak ye, nanti tak jadi menjala akan jadi lempeng pula. Bila menjala tangan kena cepat, takut roti jalan cepat garing nanti susah nak mengulung. Resepi roti jala ini telah dikongsi oleh saudari Suzana Nurkasih.

 

RESEPI ROTI JALA KUAH DURIAN

Ada cara untuk mendapatkan roti jala yang lembut sampai ke petang, semasa menjala diatas kuali, tangan perlu cepat dan masak dengan api kecil, apabila sudah tidak nampak air tepung maknanya adunan sudah masak dan tidak perlu diterbalikkannya lagi.

photo6226394362682649597.jpg (720×960)

Bahan-bahan yang diperlukan :

* 1 metrik bersamaan 250 ml

  • 1 kg tepung gandum cap sauh
  • 4 biji telur gred B
  • 1 cawan metrik minyak masak
  • 7 cawan metrik air
  • Sedikit garam

photo6226394362682649596.jpg (720×960)

CARA-CARA PENYEDIAAN ROTI JALA

▶️ Masukkan semua bahan didalam blender, dan blend sehingga adunan sebati. Jika ada berketul boleh tapis.

▶️ Jika guna tepung gandum cap lain masukkan air sedikit-sedikit dahulu takut adunan terlampau cair.

▶️ Adunan roti jala mestilah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.

▶️ Selepas itu, bahagikan kepada beberapa bekas untuk campurkan pewarna yang disukai. Kacau sehingga sebati.

▶️ Guna botol lubang 5, dan masukkan adunan tadi.

photo6226394362682649594.jpg (720×1280)

Bahan-bahan kuah durian :
  • 12 ulas isi durian
  • 1 ketul gula melaka
  • 1/2 cawan gula
  • daun pandan
  • 200ml santan kotak
  • Air secukupnya
  • Sedikit garam

photo6226394362682649598.jpg (720×960)

CARA-CARA PENYEDIAAN KUAH DURIAN

▶️ Masukkan isi durian, santan dan daun pandan di dalam periuk. Masak sehingga isi durian hancur dan menjadi kuah yang pekat sebati.

▶️ Selepas itu, masukkan gula pasir, gula melaka dan garam.

▶️ Teruskan didih di atas api yang perlahan dan kacau sebati.

▶️ Tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat. Angkat dan hidang.

 

BACA JUGA : Resepi Sambal Tumis Sardin Yang Pasti Sedap, Bila Buntu Nak Masak Apa Inilah Pilihannya!

 

Biasanya roti jala dimakan dengan kuah kari, tapi kali ni lain sikit roti jala makan denga kuah durian. Bau kuah durian tu dah penarik selera, dengan rasa lemak manis dari durian dan cicah pula dengan roti jala yang lembut memang menaikkan selera.

373728292929.jpg (1200×800)

Kuah durian bukan sahaja sedap dimakan dengan roti jala, kalau boleh cicah roti atau kuih cakoi pun sedap, belum lagi makan dengan pulut. Roti jala boleh juga dimakan dengan kuah manis pandan.

Dapat buat untuk makan petang memang sedap betul, jarang-jarang boleh makan roti jala dengan kuah durian ni sebab kena tunggu musim baru ada. Jangan lupa untuk cuba resepi roti jala kuah durian ini !

Leave A Reply

Your email address will not be published.