Resepi Mee Bandung Tulang Yang Menyelerakan, Makan Semangkuk Pun Tidak Cukup Sehingga Hirup Kuah Sampai Licin!

0 1,321

Apabila buat mee bandung ni memang akan berebut-rebut lah, kira salah satu hidangan favourite keluarga. Resepi Mee Bandung Tulang sangat sedap, dengan rasa kuahnya yang pekat dan penuh aroma dari tulang dan udang kering.

Mee bandung ni original dari muar Johor, kenapa bandung? Mungkin sebab maksudnya campur atau campuran seperti air bandung sirap yang dicampur dengan susu. Kalau ditengok dalam kuah mee bandung pun macam-macam campuran bahan yang ada.

Rasa mee bandung ini amat sedap, kerana penggunaan udang kering didalam kuahnya yang menjadikan kuah mee bandung sangat menyelerakan. Ditambah pula dengan bahan-bahan seperti udang, tulang, dan berbola didalamnya menampakan hidangan ini sangat mewah.

Kuah untuk hidangan ini kena pekat sedikit barulah sedap dimakan, rasa manis yang turun dari udang menambahkan lagi kesedapan kuah. Resepi yang sedap ini dari perkongsian Zana Mokhtar.

Kuahnya perlu merasa dari air rebusan daging atau tulang, walaupun sudah dicampur dengan udang, baru best menghirupnya apabila terasa aroma semulajadi dari daging dan tulang yang meresap didalam kuah tersebut.

 

RESEPI MEE BANDUNG TULANG

Untuk pekatkan kuah, biasanya kisar ubi keledek yang telah direbus sehingga hancur dan masukkan kedalam kuah. Jadi kuah akan pekat dengan ubi tersebut, tapi didalam resepi ini menggunakan ubi kentang untuk pekatkan kuah. Jika tiada ubi, boleh gunakan bancuhan tepung jangung juga.

Bahan-bahan yang diperlukan :
Bahan untuk pes:
  • Udang kering yang direbus dulu
  • Air rebusan udang kering
  • Cili kering
  • Gula
  • Sedikit biskut Marrie.

Bahan Bahan untuk Kuah:
  • Tulang daging
  • Udang hidup
  • Fish ball
  • Fish cake
  • Sayur sawi
  • Telur
  • Ubi kentang -pekatkan kuah

 

CARA-CARA PENYEDIAAN MEE BANDUNG TULANG

▶️ Kisarkan kesemua bahan untuk membuat pes diatas dan tumiskan masak untuk di jadikan pes sampai kering.

▶️ Selepas itu, rebuskan tulang daging bagi empuk dahulu dan air rebusan jangan di buang sebab untuk buat stok kuah nanti.

▶️ Panaskan minyak dan masukkan bahan bahan yang kita dah buat pes tadi.

▶️ Biarkan seketika sehingga tumis pecah minyak dan masukkan air stok tulang sedikit demi sedikit ye. Biarkan seketika baru  masukkan tulang daging yang kita dah rebuskan tadi.

▶️ Biarkan semesra tulang daging tersebut dan masukkan kentang yang dah dilenyek ke dalam kuah tapi sebelum tu kentang tu di goreng dulu dan baru lah di lenyekkan

▶️ Kemudian, masukkan udang, fish cake, fish ball dan pecahkan telur dalam kuah tu ye.

▶️ Biar seketika masak dan akhir sekali masukkan sawi.

▶️ Angkat siap dihidangkan bersama mee dan bawang goreng.

 

BACA JUGA : Resepi Kek Marble Tiga Rasa Yang Gebu, Kek Lejen Yang Mudah Dibuat Dan Sedap Dimakan Sebagai Santapan Minum Petang!

 

Bila buat mee bandung ni, semangkuk pun tak cukup nak hirup kuah sampai licin. Nak cerita sedap rasa mee bandung ni memang tak terceritalah, kena rasa sendiri baru tahu rasanya macam mana.

Walaupun dalam kuah ada macam-macam bahan tapi kuah kena menang juga dengan rasa dan aroma dari daging dan tulang, itu yang menyedapkan lagi kuah mee bandung ini. Kalau dicampur dengan ubi keledek pasti lagi sedap sebab rasa manis dari ubi akan menaikan lagi rasa kuah.

Resepi ini tiada anggaran yang tepat untuk dibuat, jadi ibu-ibu yang ingin membuat resepi ini kena anggar sendiri jika ingin masak dalam kuantiti banyak atau sedikit. Resepi mee bandung tulang ini mudah untuk dibuat, dan sedap dimakan jadi yang ingin mencuba boleh follow resepi ini, pasti tak menyesal!

Leave A Reply

Your email address will not be published.