Resepi Kuih Semperit Klasik Harum, Rangup Dan Cair Dimulut. Kuih Luar Musim Tapi Buat Anda Tak Berhenti Nak Kunyah!

0 9,204

Rasa nak makan kuih semperit klasik tak kan nak tunggu raya baru dapat makan kan! Jadi apa kata buat sendiri dirumah. Nak sedia kuih semperit ni pun juga senang hanya menggunakan beberapa bahan sahaja dah boleh hasilkan semperit klasik yang harum, rangup tapi cair dimulut.

Kuih semperit ini boleh je dihidang pada bila-bila masa tidak kira lah menjelang perayaan ataupun dijadikan menu kudapan dirumah. Kalau makan sambil tengok tv sedar tak sedar sebalang pun dah habis. Anak-anak pun mesti suka dapat makan biskut raya anda buat walaupun bukan musim perayaan.

Kuih semperit ini boleh dibuat dengan pelbagai jenis bentuk, ada yang berbentuk empat segi ada yang berbentuk bunga dan macam-macam lagi, mengikut kreativi masing-masing. Kalau anda perasan warna kuih semperit juga ada macam-macam. Ada pink lah, hijau lah, biru pun ada. Kata mereka itulah inovasi.

Kuih semperit salah satu biskut yang menjadi focus utama perniaga online menjelang musim  perayaan. Jadi tak rugi jika anda ingin mencuba untuk membuatnya sendiri dirumah. Manalah tahu rezeki boleh buat berniaga pulak. Bahan penyediaan pun tak renyah hanya menggunakan 3 tepung sahaja iaitu tepung gandum, jagung dan tepung kastard. Namun hasilnya sangat sedap.

Rasa yang lemak-lemak memang menjadi kesukaan semua orang. Disebabkan kuih ini antara kuih yang popular dan sedap, apa kata kita follow resepi yang dikongsikan di laman facebook Cik Puan Aisyah Humaira cara menghasilkan kuit semperit klasik yang harum, rangup dan cair dimulut. Terima kasih juga berkongsi resepi.

 

RESEPI KUIH SEMPERIT KLASIK  

Menu semperit klasik ini yang sangat simple dan sedap, Jom kita cuba buat! Tanpa membuang masa lagi, apa kata tengok satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan resepi kuih semperit klasik ini.  Jom memasak!

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • 500 butter jenama EMBORG
  • 1 cawan teh gula aising (diayak)
  • 3 biji kuning telur gerd E
  • 3-4 titik pewarna kuning makanan
  • 1 sudu teh penuh esen vanilla
  • 1 bekas ceri merah dipotong kecil untuk hiasan
  • 3 cawan teh tepung gandum jenama baker’s choice (diayak)
  • 1 cawan teh tepung jagung (diayak)
  • 1 sudu besar penuh tepung custard (diayak)

CARA PENYEDIAAN KUIH SEMPERIT KLASIK :

▶️ Satukan butter dan gula aising kacau sekadar rata. Kemudian masukkan esen vanilla, telur kuning kacau rata dengan senduk jangan sampai kembang.

▶️ Masukkan bahan diayak seperti tepung gandum, jagung dan tepung kastard itu separuh-separuh dahulu sambil kacau. Masuk semua hingga habis.

▶️ Adunan mesti lembut tapi tak melekit ditangan. Jika lembik boleh tambah lagi tepung gandum tapi jangan terlalu keras nanti susah nak bentukan bunga semperit.

▶️ Sapu nipis loyang dengan butter dan masukkan sedikit adunan ke dalam acuan dan tekan dengan posisi menegak ia akan terbentuk bunga dgn sendirinya buat sehingga habis dan hias ceri atasnya.

▶️ Acuan semperit boleh guna yg pam pakai tangan. Kalau guna piping bag macamni pastikan plastik double.

▶️ Panaskan oven sebelum bakar. Bakar dalam oven suhu 160°c selama 20-30 minit atau sehingga masak keperangan. Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Masak Tahun Atau Taun Ayam Yang Sangat Unik Dan Istimewa. Menu Yang Sedap Pasti Menjilat Jari Dibuatnya!

 

Tada! Dapat makan kuih samperit ni. Tak payah tunggu waktu raya pun. Rasa nak makan boleh terus buat homemade. nak buat pun tak lama. Tak sampai 1 jam boleh dapat makan kuih samperit yang sedap ni. Hidang pada mak-mak pasti mereka suka sebab kuih ini lembut dan cair dalam mulut.

Bila buat dengan keluarga lagi seronok, boleh mengisi masa lapang bersama keluarga, dan menjadi kenangan bersama. Lepas ni bila musim perayaan dah tak perlu beli dah buat sendiri lagi jimat dan sedap pulak tu. Bila dah ada resepi nib oleh buat sendiri je.

Kongsikan dulu dekat wall facebook anda. Supaya mudah menjadi rujukan nanti. Semoga dengan perkongsian resepi kuih semperit ini dapat memberi manfaat kepada semua. boleh share supaya orang lain pun dapat manfaat yang sama.

Leave A Reply

Your email address will not be published.