Resepi Coklat Chip Yang Sedap Dan Crunchy. Sesuai Dijadikan Kudapan Untuk Anda Seisi Keluarga!

0 4,196

Biskut coklat chip ni harganya kalau beli kat kedai memang mahal. Mana tidaknya, coklat chip itu sendiri dah mahal. Tapi biskut ni memang sedap dan ramai yang menggemarinya. Kalau dah suka, nak tak nak kena beli lah. Tapi dari selalu beli tu, apa kata buat sendiri je. Resepi biskut coklat chip ranggup dan sedap ni memang simple je nak buat. Anda boleh cubanya nanti.

Kalau buat sendiri boleh buat banyak-banyak balang, lepas tu dapat makan berulang-ulang. Selalunya bila makan biskut coklat chip ni, tahap kerangupan dan rasa coklat tu sendiri yang kita suka. Bila gigit biskut yang crunchy dan rasa coklat tu meresap ke dalam mulut, bukan main nikmat rasa.

Cara penyediaan biskut coklat chip ni pun mudah dan bahan yang diperlukan pun tidak renyah. Pakai senduk je kacau-kacau bagi sebati. Pastu cubit-cubit pakai tangan pastu dah boleh bakar. Senang kan! Nak ajak anak-anak tolong sekali pun boleh. Pasti mereka seronok.

Resepi biskut coklat chip ranggup dan sedap ni adalah perkongsian oleh  Cik Puan Anney Z Mustapha mudah je cara membuatnya. Dalam resepi ni juga turut disertakan sekali tips untuk dapatlan biskut yang rangup, kembang cantik bila dibakar, dan yang penting sekali cair di mulut masa gigit.

Ini untung kalau buat biskut sendiri. Boleh tambah chip coklat sebanyak mana yang anda suka. Bukan tu je, kalau nak tambah bahan lain pun boleh seperti kacang, badam, dan macam-macam lagi. Mengikut selera anda. Rasa biskut ni pun sedap ala famous amous. Anda wajib cuba!

 

RESEPI COKLAT CHIP YANG SEDAP DAN CRUNCHY

Kalau buat biskut ni tak kira apa-apa biskut pun, amat penting untuk kita ikut setiap sukatan bahan dan step untuk membuatnya. Orang kata jangan derhaka pada resepi dan tips. Sebab kalau tersilap langkah, biskut boleh jadi tak ragup, terlampau keras, rapuh, malah tak rasa coklatnya.

Bahan-bahan yang perlukan :
  • 250gram butter
  • 1 biji telur
  • 1 1/4 cawan brown sugar
  • Sesudu kecil essence vanila
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 6 sudu besar minyak masak
  • 2 cawan coklat cip
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • Almond nips /almond flakes (jika suka)
CARA PENYEDIAAN COKLAT CHIP YANG SEDAP DAN CRUNCHY :

▶️ Masukkan butter 250g, brown sugar 1 1/4 cawan, essence vanilla 1 sudu kecik & telur sebiji. Kacau sebati.

▶️ Dalam bekas yang sama tadi, masukkan pula tepung gandum 2 1/2 cawan, tepung jagung 1/2 cawan, soda bikarbonat 1 sudu kecik, baking powder pun 1 sudu kecil & minyak masak 6 sudu besar. Kacau lagi bagi sebati.

▶️ Bila semua dah sebati, masukkan 2 cawan choc chip.

▶️ Kacau sebati lagi sampai semua mesra friendly gitu. Kacau slow-slow.

▶️ Kalau rasa nak tambah badam nips ke, almond flakes ke, cornflakes ke or nestum ke, tambah je ikut suka. Nak letak almond nips pun boleh. Kemudian kacau sebati.

▶️ Adunan yang dah siap tu, masukkan dalam fridge selama 30minit. Kalau fridge jenis tak sejuk sangat, simpan lama lagi. Make sure adunan tu jadi keras sikit masa ni.

▶️ Sapu tray dengan butter. Takyah letak baking paper. Cubit sikit dan susun jarak2 dalam tray. Cubit je adunan tu. Tak perlu tekan bagi penyet. Nanti bila bakar dia akan cair dan turun sendiri.

▶️ Sebelum tu, panaskan oven suhu 150’ guna api atas bawah, kipas on. Bila oven dah panas, bakar selama 20 minit. Tengok betul2 rupa adunan ni sebelum dibakar. Tak perlu tekan bagi penyet.

▶️ Nampak tu dia dah start mengembang. Jangan nak bukak oven kejap-kejap nanti bantat jadinya. Dah Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Masak Nasi Minyak Sedap Macam Dekat Majlis Kenduri. Keenakkannya Pasti Buat Anda Teruja!

 

Wah dah siap! Nampak sedap sangat, kalau jadikan kudapan tengok tv memang layan lah. Walaupun rupanya tak terbentuk elok, tapi rasa sangat sedap lembut dan rangup. Biskut ni nak hidangan pada tetamu atau nak kirim pada mak di kampung pun tak jadi masalah. Pasti mereka suka.

Salah satu tip, jika anda nak tahu biskut ini dah masak ke belum, jika habis masa bakar biksut masih melekat pada baking paper dan lembut, bermakna biskut tak masak lagi sepenuhnya. Boleh tambah lagi waktu membakar dan perlu juga awasi selalu.

Cara membuatnya tidak begitu susahkan! Yang pasti kena ikut step by step yang diberikan untuk pastikan biskut kekal sedap, rangup dan lembut. Lepas ni oleh cuba lagi resepi biskut coklat chip sendiri dirumah. Semoga resepi ini memberi anda manfaat. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.