Resepi Ayam Kam Heong Sedap Dan Menyelerakan. Hidangan Ringkas Untuk Keluarga!

0 2,141

Apa khabar ibu-ibu, harini masak apa? Apa kata hari ni ibu-ibu cuba Resepi Ayam Kam Heong. Bahan-bahan nak masak hidangan ayam masak kam heong ini pun senang je, kebanyakkan bahan yang dah ada kat rumah.

Nampak macam ayam masak kicap je, nampak sama tapi bukan. Dalam ayam masak kam heong ada bahan lain dari ayam masak kicap seperti daun kari, cili kering, dan serbuk kari.

Cara masak hidangan ini sangat simple, tapi cukup sedap kalau dimakan dengan nasi panas-panas. kadang-kadang masakan yang simple ni lagi menyelerakan dari masakan yang beria dengan lauk banyak-banyak.

Resepi ayam masak kam heong ini telah dikongsi oleh saudari Nkhalida Alias. Masakan ini sangat simple dan mudah untuk ibu-ibu mencuba. Hidangan ringkas yang menyelerakan. Campak-campak dah siap.

Ayam kam heong rasanya cukup wangi dengan bau daun kari, cukup rasa pedasnya, dan rempah. Tak hairanlah satu hidangan lauk pun dah mencukupi untuk makan dengan nasi putih panas-panas.

 

RESEPI AYAM MASAK KAM HEONG

Ayam masak kam heong boleh dibuat versi berkuah atau tidak berkuah. Jadi ibu-ibu yang ingin buat masakan ini berkuah bolehlah tambah sedikit air untuk kuahnya.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Ayam ( digoreng )
  • bawang merah + bawang putih
  • daun kari + cili kering 2 tangkai
  • cili hijau
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • sos cili + sos tiram + kicap
  • garam gula secukup rasa

CARA-CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK KAM HEONG :

▶️ Mula-mula, ayam digoreng terlebih dahulu. Dah masak ketepikan.

▶️ Hiris bahan untuk ditumis, bawang merah, bawang putih, cili kering, daun kari dan cili hijau.

▶️ Selepas itu, tumis bahan yang dihiris kecuali cili hijau dengan minyak sehingga keperangan.

▶️ Masukkan serbuk kari dan tumis sekejap.

▶️ Tumis dengan api perlahan, takut nanti bahan tumis cepat hangit.

▶️ Kemudian, masukkan sos tiram, sos cili dan kicap manis.

▶️ Kacau rata seingga sebsti semus bahan campuran tadi.

▶️ Perasakan dengan garam dan gula. Jangan terlalu banyak sebab bahan-bahan tadi sudah ada perasa.

▶️ Masukkan cili hijau dan bawang potong.

▶️ Seterusnya, masukkan ayam yang digoreng tadi. Kacau rata sehingga sebati.

 

BACA JUGA : Resepi Sup Daging Siam. Cara Yang Mudah Dan Rasa Seperti Makan Dikedai Siam!

 

Dah siap pun! Dah macam makan dekat restaurant cina kan? Sekali sekala masak masakan ala-ala cina apa salahnya, yang penting sedap dan bahan yang digunakan halal.

Ibu-ibu kalau nak tukarkan ayam masak kam heong kepada bahan lain pun boleh. Guna seafood atau daging pun sedap untuk masakan ini, boleh variasikan apa yang ada dalam peti ais ibu-ibu.

Jangan tersilap pula dengan ayam masak kicap, ini ayam masak kam heong. Rasa yang memang cukup sedap untuk dibuat hidangan hari ni. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.