Resepi Paru Goreng Berlado Krup Krap Yang Ranggup Dan Sedap. Confirm Memikat Selera!
Paru atau pelempung lembu memang sedap dimakan, ditambah pula bila dapat goreng garing-garing dan makan dengan sos. Kali ini kami nak kongsikan Resepi Paru Goreng Berlado Ranggup yang confirm pedas memikat!
Kebiasaannya paru akan masak sambal, berlado atau digoreng garing-garing dan diciacah dengan sos pencicah memang sedap. Tapi sebelum masak paru kena bersihkan dan buang hanyir dahulu.
Sebelum masak paru perlu dibersihkan dan direbus dahulu, kalau tak paru akan terasa liat, tak sedap dan berbau hanyir. Nak bersihkan paru kena ada tips supaya tidak hanyir, untuk menghilabgkan hanyir boleh rendamkan paru dengan sedikit gandum dan biarkan setengah jam.
Selain itu, boleh juga rendamkan paru dengan air asam jawa atau limau nipis. Kemudian, cuci darah beku yang melekat di celah-celah paru, basuh bersih paru untuk menghilangkan bau darah.
Nampak macam mudah nak masak paru tapi kena ada gayanya sebelum dimasak. Resepi paru goreng berlado ranggup ini telah dikongsi oleh Addarosa Rose Garden yang sangat ranggup dan sedap!
RESEPI PARU GORENG BERLADO KRUP KRAP
Paru perlu direbus terlebih dahulu dengan potongan paru yang tidak terlalu besar supaya semua darah dapat keluar semasa merebus. Selepas direbus, paru boleh dihiris senipis-nipisnya sebelum digoreng, baru dapat paru goreng yang ranggup.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- Paru ( dibersihkan )
- 3 ulas bawang putih ( ditumbuk )
- 3 biji awang merah ( ditumbuk )
- Cili ikut kepedasan yang diingini ( ditumbuk )
- Sedikit halia
- Serai ( diketuk )
- Asam keping
- Sedikit garam
- Sedikit gula
- Secukup rasa
*paru perlu direbus terlebih dahulu dengan dengan hirisan halia dan bawang putih untuk hilangkan bau.
CARA-CARA PENYEDIAAN PARU GORENG BERLADO KRUP KRAP
▶️ Paru yang sudah direbus, perlu dihiris nipis untuk digoreng. Kalau suka paru yang ranggup bila digoreng hiris senipis-nipisnya, jika tidak suka terlalu ranggup boleh hiris paru tebal sedikit.
▶️ Selepas itu, goreng paru dengan minyak yang banyak.
▶️ Pastikan minyak panas dan jangan goreng kesemua paru sekali gus, masukkan sedikit-sedikit untuk mendapatkan paru yang digoreng ranggup. Siap dan toskan sehingga sejuk.
▶️ Tumis bahan-bahan yang ditumbuk dan masukkan serai dan halia. Tumis sehingga naik bau.
▶️ Seterusnya, masukkan asam keping dan perasakan dengan garam, gula dan secukup rasa.
▶️ Kemudian masukkan paru yang dah digoreng, kacau sampai sebati. Siap dihidangkan.
BACA JUGA : Resepi Roti Jala Kuah Durian Super Sedap, Pengemar Durian Pasti Suka Dengan Hidangan Ini!
Paru kalau sudah masak memang sedap sekali, makan pula dengan nasi panas-panas memang naikan selera! Ditambah pula dengan telur dadar dan timun memang boleh makan nasi tambah-tambah.
Kalau perasan paru sambal makan dengan nasi lemak pun sedap, kena cuba konpem tak menyesal. Kalau jenis yang suka makan sambal lebih, boleh tambahkan cili kisar semasa menumis, sebab paru goreng berlado ni sambalnya digoreng agak kering.
Pasti ada yang tak pernah masak paru tapi suka makan paru goreng berlado. Boleh cuba tips yang kami bagi ini untuk memudahkan ibu-ibu buat resepi paru goreng berlado ranggup ini. Selamat mencuba resepi ini!