Resepi Kerabu Suhun Sotong Ala Thai. Hidangan Mudah Dan Cukup Menyelerakan.
Cakap pasal kerabu ni mesti ramai yang suka makan. Kalau ada kerabu tak ada lauk lain pun tak apa, dapat pula kerabu suhun sotong. Resepi Kerabu Suhun Sotong sangat mudah dibuat dan sedap dimakan begitu sahaja.
Kalau makan kerabu dah tak perlu lauk banyak-banyak dah, cukup dengan kerabu sahaja dan nasi putih. Dalam kerabu sotong dah ada sayur, suhun dan sotong dalam satu hidangan.
Cara buat kerabu suhun sotong seperti kerabu thai, akan ada kombinasi rasa masam, masin, manis dan pedas. Kira secukup rasa dah kerabu suhun sotong ni, masakan thai memang wajib masam dan pedas.
Kalau teringin makan kerabu suhun sotong ala thai ni, boleh cuba resepi dari Muhamad Muktamin Abdul Karim. Bahan-bahan yang digunakan amat mudah dan senang untuk ibu-ibu mencubanya.
Kalau memang jenis sukakan makan ala Thai ni kena cuba resepi ini, resepi yang mudah dan sihat sebab tidak menggunakan minyak, hanya rebus sahaja sotong itu.
RESEPI KERABU SUHUN SOTONG
Dalam kerabu suhun sotong ni, menggunakan suhun. Tapi boleh je nak ditukar kepad bihun jika tiada stock suhun dirumah. Kalau tidak mahu letak suhun atau bihun pun boleh, ikut selera masing-masing.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- Sotong
- 2 batang serai ambil bahagian lembut sahaja, dihiris nipis
- 1 pokok ketumbar dan akarnya
- Sedikit daun ketumbar dihiris
- Daun limau purut untuk rebus sotong
Daun limau purut untuk pewangi kerabu - 3 biji tomato dipotong dadu
- Lobak merah dihiris halus
- Timun dihiris halus
- Bawang merah dihiris
- Cili api/padi *ikut tahap kepedasan masing-masing
- Sos sotong
- Sedikit serbuk perasa/garam
- 2 biji limau kasturi/limau nipis
- Bawang putih dikisar dengan cili dan gula kabung Siam/gula Melaka/
- Suhun
CARA-CARA PENYEDIAAN KERABU SUHUN SOTONG
▶️ Masukkan sotong ke dalam air mendidih bersama serumpun ketumbar dengan akarnya sekali dan daun limau purut dalam 3 minit cukup *bergantung jumlah sotong
▶️ Jangan lama nanti kecut dan tak sedap,toskan dan terus masuk dalam mangkuk berisi air sejuk dari peti sejuk
▶️ Ambil air sotong sedikit beri aroma dan lebih rasa sotong asli nanti.
▶️ Suhun(dicelur sampai lembut) dalam air masak dlm periuk *kira masak sekejap je
▶️ Kemudian semua sayur dihiris halus.
▶️ Akhir sekali, masuk semua dalam mangkuk,tuang sos ikan,masuk serbuk perasa atau garam,perah asam limau.Gaul rata semua bahan,siap.
BACA JUGA : Resepi Telur Madu Tiga. Hidangan Yang Unik Dengan Gabungan Tiga Jenis Telur Tapi Sangat Sedap Sekali!
Kerabu thai memang menyelerakan dengan kombinasi rasa masam, masin, manis dan pedas memang membangkitkan selera lagi. Nak makan macam tu je atau dengan nasi pon boleh, sebab memang sedap sangat.
Dalam kerabu suhun sotong ni, kalau ibu-ibu tak mahu campur suhun pon boleh. Jadilah kerabu sotong ala Thai. Resepi yang sama tapi boleh dapat dua jenis kerabu.
Resepi kerabu suhun sotong memang sedap dan mudah untuk dibuat. Boleh dihidang begitu sahaja untuk santapan atau makan dengan nasi. Selamat mencuba!