Dim sum merupakan makanan orang cina. Dimasak secara kukus didalam bakul pengukus kecil. Teringin makan dim sum tapi susah nak cari yang halal. Cuba Resepi Dim Sum ini pasti puas hati.
Hidangan ini merupakan makanan ringan bagi masyarakat cina. Dihidangkan pada waktu pagi sehingga tengahari. Masyarakat cina akan berkumpul pada hari tertentu untuk makan bersama keluarga.
Kalau perasan yang dim sum akan dikukus dalam bekas pengukus secara bertingkat-tingkat, didalamnya mengandungi dim sum biasanya dalam tiga biji sahaja. Hidangan ini akan dihidangkan sekali dengan bekas pengukus atau pinggan kecil.
Dim sum makanan bersaiz kecil dan berintikan sayur dan makanan laut. Dihidangkan juga dengan sos pencicahnya. Kalau dilihat bermacam-macam jenis dimsum antaranya siew mai, dumpling, vege ball dan sebagainya.
Hidangan ini dimasak secara kukus sebab itu rasanya juicy dan lembut bila digigit. Resepi ini dikongsikan oleh Ajwa Abu Hasan, caranya yang sangat mudah dan sedap bila buat sendiri. Follow je resepi ni mesti menjadi.
RESEPI DIM SUM
Bila buat sendiri pelbagai inti dan perisa boleh dibuat. Ditambah pula boleh disimpan untuk difrozenkan. Kalau nak beli pasti tak banyak, sekali makan sudah habis. Bila buat sendiri lagi puas hati dan dapat buat banyak mana yang kita mahu.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- Isi ayam ( dikisar )
- 1 batang carrot ( dikisar )
- 1/2 bawang holland ( dikisar )
- 2 ulas bawang putih ( dikisar )
- Garam ( dikisar )
- Hilal ( dikisar )
- Daun bawang ( dicincang )
- Daun sup ( dicincang )
- Cendawan shitaki ( dicincang )
- 5 sudu air
- 3 sudu tepung jagung
CARA-CARA PENYEDIAAN INTI DIM SUM
▶️ Kisar sekali semua bahan dikisar.
▶️ Selepas itu, masukkan bahan kisar didalm bekas, masukkan bahan yang dicincang gaul mesra.
▶️ Masukkan dalam 5 sudu air. Kemudian masukkan 3 sudu tepung jagung.
▶️ Akhir sekali perasakan dengan garam hilal dan serbuk lada sulah. Kacau sebati.
Bahan-bahan kulit dim sum :
- 1 cawan tepung jagung
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu minyak
- Sedikit garam
- 1 1/2 cawan air panas mendidih
- Pewarna ikut suka
CARA-CARA PENYEDIAAN KULIT DIM SUM
▶️ Satukan semua bahan kedalam satu bekas.
▶️ Selepas itu, masukkan air panas mendidih dan dikacau guna sudu terlebih dahulu.
▶️ Bila dah sejuk uli guna tangan sampai cantik.
▶️ Apabila sudah siap diuli, ambik sedikit adunan dan buat bulat kecil-kecil. Ambik pencanai dan canaikan sehingga nipis.
▶️ Jangan lupa untuk tabur tepung terlebih dahulu supaya tidak lekat semasa mencanai.
▶️ Boleh masukkan satu sudu kecil inti ditengah kulit dim sum dan kemaskan sahaja dibahagian tepi.
▶️ Sedikit sagu direndam dengan pewarna kuning untuk hiasan.
▶️ Siap boleh dikukus dan dihidangkan.
BACA JUGA : Resepi Nasi Goreng USA Yang Menyelerakan, Makan Setiap Hari Pun Tidak Bosan!
Nak buat dim sum dirumah tak susah sebenarnya, nampak macam susah tapi senang. Bila buat sendiri boleh ikut selera kita nak buat macam mana dan boleh perisakan dengan apa-apa perisa yang kita suka seperti cheese, kari, blackpaper dan lain-lain lagi.
Inti dim sum juga boleh menggunakan isi ikan atau udang. Macam-macam perisa boleh dibuat, kalau nak beli agak mahal harganya tambah pula yang dah masak tidak biji satu hidangan sudah berapa harganya.
Bila sudah siap, boleh dikukus dan makan dengan sos pencicah pasti sedap. Kalau ada lebihan boleh difrozenkan dan bila teringin nak makan boleh terus dikukus. Jangan lupa untuk mencuba resepi dim sum ini!