Resepi Kerabu Bayam Brazil Yang Mudah Dibuat. Kerabu Yang Sedap Pembuka Selera Ketika Makan!

0 1,942

Sejak PKP ni femes pulak bayam brazil ni, sebelum ni tak pernah kenal dengan bayam brazil. Bila ramai yang tanam dan cakap sedap dimakan terus cari dan tanam kat rumah. Resepi kali ini, kami akan kongsikan Kerabu Bayam Brazil.

Kalau tengok pada pokoknya, nampak macam pokok puding, daun hijau tua, agak keras dan naik merimbun cantik dalam pasu. Nak tanam pun mudah, cuma patahkan pokoknya dan cucuk pada tanah.

Seperti sayur lain, bayam brazil juga banyak khasiat dia. Seperti dapat meningkatkan kesihatan mata, menurunkan berat badan, mengelakkan sembelit, meningkatkan petahanan badan, mengawal tekanan darah tinggi dan lain-lain lagi.

Bayam brazil biasanya dibuat ulam, tapi boleh juga digoreng. Orang kata kalau goreng lebih sedap dari sayur kangkung, cuma daunnya tidak terlalu kecut seperti sayur lain bila digoreng nanti.

Mungkin bayam brazil kalau digoreng sudah biasa didengar tapi kalau dibuat kerabu jarang-jarang didengar. Resepi kerabu bayam brazil telah dikongsi oleh Norhayati Che Ismail.

 

RESEPI KERABU BAYAM BRAZIL

Kebiasaannya, kalau nak buat kerabu sayur akan dicelur dengan air mendidih terlebih dahulu supaya bila makan sayur tidak lah terlalu keras. Tapi lain pula dengan sayur brazil ni tidak perlu dicelur jika nak buat kerabu cuma perlu dipotong lebih kecil sahaja.

photo6217707177146166409.jpg (720×960)

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1 biji pelam epal di mayang halus
  • Secekak bayam brazil
  • 8 biji cili padi
  • 2 biji cili besar
  • 4 ulas bawang merah
  • Belacan sebesar ibu jari
  • Kelapa parut rm1
  • Santan rm1
  • Udang kepal
  • Gula
  • Garam
  • Ajinamoto ( optional )

photo6217707177146166413.jpg (720×960)

CARA-CARA PENYEDIAAN KERABU BAYAM BRAZIL

▶️ Mula-mula tumbuk cili padi, cili besar, belacan, 1 biji bawang merah dan kelapa parut.

▶️ Kemudian, gaul kesemua bahan tumbuk dengan pelam,bayam brazil (bayam brazil kalau nak hiris bagi kecil-kecil pun boleh) udang kepal,bawang merah yang dimayang serta santan.

▶️ Selepas itu, perasakan dengan garam, gula dan ajinamoto secukup rasa.

▶️ Tak perlu letak asam sebab dah letak pelam, bayam brazil tak perlu celur buat mentah untuk rasa yang rangup.

photo6217707177146166412.jpg (720×960)

 

BACA JUGA : Resepi Kari Ikan Masala Yang Pekat Sesedap Rasa. Makan Sekali Pasti Licin Sepinggan!

 

Hidangan kerabu ni memang sedap, tidak kira apa jenis kerabu memang akan membuatkan selera makan meningkat. Kerabu kalau secukup rasa betul-betul sedap, sampaikan boleh makan merantah begitu sahaja.
728939837464647.jpg (1200×800)Biasanya kalau nak kerabu tahan lama, santan perlu dimasak seketika. Tapi Ada sahaja kerabu yang santannya tidak perlu di masak, cuma kena sentiasa simpan didalam  peti sejuk untuk mengelakkan dari kerabu basi.

Kerabu bayam brazil mungkin ramai yang masih tidak tahu mengenai hidangan ini. Salah satu hidang yang perlu ibu-ibu mencuba kerana mudah, sedap dan banyak khasiatnya. Buat follow resepi ni mesti menjadi.

Leave A Reply

Your email address will not be published.