Resepi Maxican Bun Ala Rotiboy, Roti Yang Manis Dengan Topping Coffee Dan Inti Butter!

0 907

Siapa tidak mengenali Rotiboy atau nama lain Maxican bun ni, masuk je ke pasaraya pasti dah dapat bau roti coffee yang harum ni. Tahu tak Maxican bun kita boleh buat sendiri dirumah? Jom follow Resepi Maxican Bun Ala Rotiboy.

Setiap kali masuk pasaraya, jika ada outlet Rotiboy disitu pasti akan bau coffee semerbak di sekitar kawasan tersebut. Bau manis dari coffee macam terpanggil-panggil je sambil mulut ni duk sebut sedapnya!

Maxican bun ini memang sedap, rotinya yang garing diluar dan sangat lembut didalam. Di bahagian dalamnya pula di masukkan salted butter, sebab itu bila kita makan di bahagian tengah akan rasa masin dari butter tersebut.

Gabungan rasa manis dan masin daripada roti tersebut membuatkan ramai yang jatuh hati dengan rasanya. Pada bahagian atasnya pula akan disiramkan dengan topping coffee, apabila dibakar ia akan menjadi topping coffee yang crispy.

Roti ini sedap dimakan panas-panas, kerana topping coffeenya masih rangup. Setiap kali jumpa outlet Rotiboy ni pasti wajib beli walaupun sebiji. Resepi Maxican bun ini telah dikongsi oleh Efie Muhamad.

 

RESEPI MAXICAN BUN ALA ROTIBOY

Sekarang ini Maxican bun bukan sahaja mempunyai perisa coffee, malah ada juga perisa cheese, coklat, dan lain-lain lagi. Lepas ini boleh cuba pula untuk buat Maxican bun perisa yang lain pula.

photo6282672100846185907.jpg (960×720)

Bahan-bahan yang diperlukan :
Roti:
  • Tepung gandum 250gm
  • Gula 50gm
  • Susu segar 150gm
  • Mauripan 1 sudu
  • Mentega 30gm
  • Mentega yang dah dipotong kiub (jumlah terpulang kepada berapa banyak roti dapat)

 

CARA-CARA PENYEDIAAN ROTI

▶️ Semua bahan ni masukkan sahaja ke dalam breadmaker. Diuli sehingga doh siap.

▶️ Apabila doh sudah siap, boleh bulat-bulatkan doh.

photo6282672100846185902.jpg (960×720)

▶️ Selepas itu, asukkan mentega yang dah dipotong kiub ke dalam doh tersebut. Bulatkan semula.

photo6282672100846185904.jpg (960×720)

▶️ Setelah selesai semua, tunggu hingga doh kembang, baru kita letak topping dia.

 

Topping coffee :
  • Mentega 60gm
  • Gula 30gm
  • Serbuk nescafe 2 sudu dan 2 sudu air suam (kacau-kacau dalam gelas, ketepikan)
  • Telur sebijik
  • Tepung gandum 70gm

 

CARA-CARA PENYEDIAAN TOPPING COFFEE

▶️ Pukul mentega dan gula sampai berkrim.

▶️ Selepas itu, masukkan telur dan pukul lagi.

▶️ Masukkan air bancuhan nescaffe tadi, dan pukul lagi.

▶️ Akhir sekali masukkan tepung dan pukul sebati.

photo6282672100846185905.jpg (960×720)

▶️ Apabila sudah siap masukkan ke dalam piping beg. Paipkan dari tengah secara melengkar atas roti tadi hingga kebawah. Jangan terlalu banyak sebab ia kan mengembang ke bawah nanti.

photo6282672100846185906.jpg (960×720)

▶️ Bakar 170′ selama 20 minit, guna api atas bawah

 

BACA JUGA : Resepi Rendang Kacang Panjang Negori. Rasa Yang Enak, Hidangan Patut Dicuba!

 

Bau coffee semerbak je, sangat wangi baunya walaupun itu bau coffee sahaja tapi boleh jadi sewangi ini. Peminat coffee pasti sukakan roti ini, kalau makan sebiji pun belum tentu cukup ni. Buat minum petang sambil layan movie syok betul ni.

83828482842.jpg (1200×800)

Dalam resepi ini menggunakan breadmaker untuk uli doh roti, jika tiada breadmaker boleh uli menggunakan tangan. Tapi pastikan doh yang diuli dengan sempurna, supaya apabila di bakar nanti rotinya akan lembut elok bila dimakan.

Resepi Maxican bun ala rotiboy ini tidaklah terlalu susah untuk membuatnya, rasanya yang enak pasti akan membuatkan ramai orang sukakannya. Jangan lupa untuk follow resepi yang kami kongsikan ini!

Leave A Reply

Your email address will not be published.