Resepi Ikan Talapia Masak 3 Rasa Yang Marvelous. Cukup Rasa Masam Manis Pedas!

0 14,556

Hari-hari pikir nak masak apa? sampai kering idea. Kalau dah tak idea nak masak apa? Jom apa kata anda cuba satu resepi yang sedap dan padu ini. Iaitu resepi ikan talapia masak 3 rasa. Wah mesti menarik hidagan anda hari ini. Satu ekor ikan talapia besar boleh makan sampai 4 hingga 5 orang tau.

Seperti namanya, masak 3 rasa ini mempunyai rasa yang unik. Makanan ini memilik rasa pedas, manis dan masam. Asyik makan talapia bakar, talapia goreng kunyit dan talapia kari je. Jadi, sekali sekala anda boleh tukar resepi masak 3 rasa pulak. Pasti bertambah selera keluarga anda.

Ditambah lagi, kalau makan ikan tiga rasa di restoren harganya untuk satu ikan besar tidak kurang dari Rm 30-40. Belum lagi tambah menu sampingan. Tapi kalau masak sendiri dirumah lagi jimat dan boleh makan dengan sepuas selera. Yang semesti sangat sedap dan lazat.

Cara penyedian juga simple dan bahan yang digunakan tidak lah renyah. Masak menu ni kejap je siap. Tapi rasa dia sedap dn secukup rasa. Ikan talapia tu digoreng garing. Dan bila dicurahkan kuah 3 rasa yang terlajak sedap tu, memang puas hati. Anda wajib cuba tau!

Resepi ikan tilapia ini dikongsikan oleh Cik Puan Hazirah Iera. Sebetulnya untuk membuat ikan tiga rasa anda boleh menggunakan ikan jenis apapun, tak kisah. Namun dalam resepi ini menggunakan ikan talapia sebagai bahan utama. Isi yang banyak dan enak sesuai disajikan untuk anak-anak.

 

RESEPI IKAN TALAPIA MASAK 3 RASA 

Kalau dah nama masakan 3 rasa, jadi kenalah ada nenas. Kalau masak sendiri nak letak lebih cikit pun boleh. Baru lah umpph rasa dia. Tanpa membuang masa apa kata kita lihat bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana penyediaan resepi ikan tilapia 3 rasa ini. Jom masak.

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • Ikan talapia (disiang)
  • 1 labu bawang merah (dipotong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 4-5 tangkai cili padi (dihiris halus)
  • 1/2 btg lobak merah (dipotong dadu)
  • 2 tangkai lada hijau (dipotong dadu)
  • 1/2 biji tomato (dipotong dadu)
  • 5 keping nanas dipotong dadu (nak guna nanas dlm tin bole juga)
  • 1 cawan air
  • 3 sb sos cili
  • 2 sb sos tiram
  • 3 sb sos tomato
  • Gula
  • Garam

CARA PENYEDIAAN IKAN TALAPIA MASAK 3 RASA :

▶️ Lumurkan dengan kunyit. Kemudian di goreng sehingga garing.

▶️ Tumis bawang merah, bawang putih dan cili. Tumis sampai naik bau.

▶️ Kemudian masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau rata.

▶️ Masukkan secawan air. Supaya ianya sedikit berkuah.

▶️ Apabila kuah sedikit mendidih. Masukkan carrot dan nenas kedalam sos tersebut.

▶️ Kacau rata bagi sedikit layu. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

▶️ Dah siap!

 

BACA JUGA: Resepi Roti Sangkaya Yang Super Gebu Dan Sedap. Kaya Dengan Rasa Lemak Manis, Anda Wajib Try!

 

Tada dah siap! Tengok je hidangan nya, dan rasa kat tekak dah menu ni. Boleh tengok kuah dan ikan tu pasti lazat. Kalau dilihat-lihat balik resepi ikan tilapia 3 rasa, selalunya orang ada masukkan serai, tomato daun ketumbar dan sebagainya. Kalau anda suka. Anda boleh je nak masukkan.

Resepi yang simple boleh dijadikan hidagan untuk makan tenghari dan makan malam. Kalau ada lauk ni dah tak pandang lauk lain dah. Anak-anak pun pasti berselera je makan. Kena dengan tekak melayu yang rasa masam, manis dan pedas. Dipendekan kata secukup rasa.

Yang mane yang baru nak mencuba resepi ini boleh je follow resepi  diatas. Semoga dengan perkongsian resepi ikan talapia tiga rasa ini dapat memberi anda manfaat dan boleh share resepi ini pada kawan-kawan supaya sama-sama manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave A Reply

Your email address will not be published.