Resepi Kek Coklat Moist Versi Bakar. Sekali Rasa Comfirm Suka. Serious Sedap!
Bila sebut pasal kek coklat pasti ada ramai peminat kek coklatkan? Resepi Kek Coklat Moist Versi Bakar ni memang sedap walaupun tidak dikukus tapi tetap moist macam kek coklat kukus!
Siapa tak minat kek coklat moist kan, dengan topping coklat melimpah diatas kek , dihias pulak dengan coklat rice menambahkan lagi rasa coklat yang ada. Dalam banyak-banyak kek, kek coklat moist juga yang jadi pilihan hati.
Tekstur kek coklat moist pasti kita dah tahu kek yang lembab tidak kering Dan muak memang sedap dimakan. Kalau diberi pilihan rasanya kek coklat moist lebih disukai dari kek yang beraising.
Sekarang ini sudah banyak tepung-tepung kek segera untuk membuat kek coklat, ini lebih memudahkan untuk ibu-ibu ingin membuat kek dirumah. Bila buat kek sendiri akan rasa lebih puas hati apabila dapat tengok anak-anak makan dengan seleranya.
Mesti ramai yang tak sabar nak cuba buat kek coklat ni Kan? Bagi ibu-ibu yang ingin mencuba resepi kek coklat moist versi bakar ini resepi perkongsian dari Elly Halim boleh ibu-ibu cuba dirumah. Pasti anak-anak seronok!
RESEPI KEK COKLAT MOIST VERSI BAKAR
Ramai ke yang tengah craving nak makan kek coklat moist ni? Nak beli takut tak memnuhi citarasa pulak. Cara dan bahan nak buat kek coklat moist ni sangat senang dan mudah kalau ibu-ibu ingin mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan :
BAHAN A
- 90 gram serbuk koko
- 200 gram gula kastor (saya kurangkan 190g)
- 200 gram minyak masak/minyak jagung
- 250 gram susu pekat (saya guna 243g)
- 1 tin susu cair (Susu Cair Dairy Champ)
BAHAN B
- 4 biji telur gred A (saya guna 5 biji telur gred B)
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 sudu teh chocolate emulco (saya tambah)
- campur semua bahan dan dipukul kembang menggunakan garfu/whisk sahaja
BAHAN C
- 150 gm tepung gandum/kek/superfine
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh baking soda
- dicampurkan sekali dan diayak. (saya guna tepung gandum)
CARA PENYEDIAAN KEK COKLAT MOIST VERSI BAKAR :
▶️ Masukkan semua bahan A ke dalam 1 bekas periuk, kacau rata sampai sebati & masak atas api kecil sahaja. Masak sebentar sambil adunan dikacau.
▶️ Kacau perlahan sahaja tak perlu sehingga mendidih. Hanya sehingga adunan suam panas sahaja. Kalau bekas dah panas boleh terus tutup api.
▶️ Seterusnya, masukkan bahan B ke dalam adunan A & kacau sebati.
▶️ Masukkan pula bahan C & kacau sehingga sebati.
▶️ Kemudian, masukkan ke dalam loyang 9″ (atau jika mahu tebal loyang 8″) yang dah disapu dengan majerin & dilapik baking paper.
▶️ Panaskan oven dahulu 170°C selama 10 minit. Kemudian masukkan adunan dan bakar 150°C selama 60 minit atau sehingga masak. Walaupun bakar kek tetap lembap. Jika nak kukus pun boleh
▶️ Bila dah masak sejukkan kek dulu baru curahkan chocolate topping. sejukkan kek dalam chiller nanti topping akan melekat cantik dekat kek.
CHOCOLATE TOPPING
- 200gm choc Compound
- 100gm UHT whipping cream
CARA PENYEDIAAN CHOCOLATE TOPPING :
▶️ Masukkan choc compound dalam bekas stainless steel.
▶️ Guna kaedah double boiled. Bila coklat cair masukkan cream dan kacau sampai sebati.
▶️ Jika nak pekat sikit boleh guna 80 gram whipping cream.
BACA JUGA : Resepi Rendang Ayam Untuk Hari Raya. Follow Resepi Ni Comfirm Menjadi!
Nampak sedapkan? Ada yang tengah craving ke sekarang? Jangan tunggu lama-lama kesian kat perut tu tak tahan nak makan kek coklat moist ni. Tengoklah lelehan coklat yang melimpah tu, fuh! Mengancam betul.
Kek coklat moist ni memang cukup rasa, kurang manis, lemak berkrim, boleh dikatakan cukup rasalah. Dari rasa tak lapar terus rasa lapar bila tengok kek coklat moist ni. Dah dapat bayangkan rasanya yang padu dan cair dimulut!
Resepi kek coklat moist versi bakar ni, mudah untuk dibuat. Bukan senang kek coklat yang dibakar nak dapat tekstur Yang moist macam kek yang dikukus ni. Kepada ibu-ibu boleh lah buat untuk anak-anak bila hujung minggu, pasti anak-anak suka. Selamat mencuba!