Resepi Daging Masak Palembang Yang Mudah Dan Sedap. Kaya Dengan Pelbagai Rempah Yang Dapat Membangkitkan Selera Anda!
Menu ringkas daging masak palembang ni kalau dihidangankan satu lauk ni pun dah cukup. Makan pula dengan nasi putih panas-panas memang sedap. Daging masak palembang asalnya dari Indonesia yang tak kurang enak rasanya seakan masakan rendang yang biasa anda masak. Jadi apa kata hari ni try pula masakan dari negara jiran ni. Pasti anda akan suka!
Kalau di Malaysia bermacam resepi rendang yang enak. Antaranya ialah rendang ayam, rendang daging atau rendang kerang. Untuk hidangan daging masak palembang ni juga sering dijadikan juadah hari raya. Sebab bahannya lebih kurang seakan masakan rendang. Hidangan yang dah tentu kaya dengan rempah ratusnya.
Tapi yang membezakan masakan daging palembang ni ialah bahan kicap manis yang digunakan untuk memekatkan kuah dan warna masakan dan juga menaikkan rasa masakan. Confirm kalau makan dengan nasi putih bertambah-tambah dibuatnya. Sekali makan pasti jatuh hati dengan masakan ni.
Selain tu, bahan yang digunakan pun tidak renyah. Dan mudah je sebenarnya cara nak sediakan daging masak pelembang ni. Kebiasaanya daging yang digunakan ialah daging batang pinang yang mudah lembut dan senang nak masak. Kalau nak masak bahagian daging biasa pun boleh. Tapi ianya akan ambil masa sedikit lah untuk melembutkan.
Perkongsian resepi daging palembang yang simple dan sedap ni adalah daripada seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Iza Abu Bakar. Kuah masakan daging palembang ni sedikit cair seakan masakan kicap memang buat bertambah sedap bila digaulkan dengan nasi putih. Anda wajib try menu ni!
RESEPI DAGING MASAK PALEMBANG
Kalau nak lagi sedap anda boleh je perap dulu daging rempah dan kicap. Supaya bahan rempah tu dapat meresap dalam daging. Memang sedap betul kalau anda gunakan perapan dulu sebelum memasak. Pasti anda pun dah tak sabar nak mencubanya. Jadi apa kata anda tengok bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaan resepi ni.
Bahan-bahan yang perlukan :
- 1 kg daging dihiris nipis
- Kicap lemak manis (tak kisah le jenama apapun)
- 2 batang serai (diketuk manja)
- 3 sudu kerisik
- 2 labu bawang besar (dikisar)
- 3 ulas bawang putih (dikisar)
- 5 biji bawang merah (dikisar)
- 10 biji cili kering (dikisar)
- 2 inci halia (dikisar)
- 1 inci lengkuas (dikisar)
- 2 kuntum bunga lawang
- 1 batang kulit kayu manis
- 5 biji buah pelage
- 5 kuntum bunga cengkih
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak masak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN DAGING MASAK PALEMBANG :
▶️ Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Kacau rata dan biarkan sampai naik bau.
▶️ Seterusnya masukkan bahan kisar. Kacau dan biarkan masak seketika.
▶️ Masukkan daging dan serai yang diketuk manja tadi. Kacau sebati dan masak sehingga daging empuk.
▶️ Bila daging dah empuk tu, masukkan kicap lemak manis. Kacau rata.
▶️ Lepas tu masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa. Sesuaikan rasanya. Biarkan merenih seketika.
▶️ Siap!
BACA JUGA: Resepi Gulai Salmon Yang Istimewa. Kuah Yang Padu, Likat, Pekat Dan Melekat. Anda Wajib Cuba!
Wah! Siap satu hidangan yang sedap untuk sajian pada keluarga tersayang anda. Menu sangat sedap, aroma rempah dan kerisik memang membangkitkan selera makan. Malah ianya juga membuatkan rasa lebih berlemak. Tak perlu ada lauk lain lagi dah cukup memadai hidangan ni sahaja.
Selain tu, yang membuat anda bertambah selera makan ialah kuahnya yang seladakya kalau gaul dengan nasi memang sedap. Malah daging masak palembang ni juga sesuai juga dimakan dengan roti. Biasa orang makan roti dengan gulai atau kari kan. Tapi menu juga sedap dihidangkan dengan apa-apa pun mengikut selera anda.
Lepas ni kalau dah muak dengan masakan rendang. Boleh cuba resepi daging masak palembang ni pula. Sekali sekala pelbagaikan rasa masakan apa salahnyakan. Semoga resepi ni memberi anda manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!