Resepi Masak Lemak Sayur Versi Kelantan, Yang Menggunakan Ikan Rebus Sebagai Penyedap Kuah!

0 17,753

Masak lemak ialah sinonim dengan masakan yang menggunakan santan, masak lemak banyak versinya. Tapi kali ini kami ingin kongsikan masak lemak versi kelantan iaitu Resepi Masak Lemak Sayur.

Hidangan masak lemak tidak hanya masak lemak cili padi sahaja yang agak pedas, tetapi ada juga versi masak lemak yang tidak pedas, rasanya yang sangat sesuai dengan citarasa orang Kelantan yang tidak makan terlalu pedas.

Kebiasaan masak lemak akan berwarna kuning, tapi lain pula resepi kali ini kuahnya berwarna putih dan dicampur sedikit isi ikan rebus yang ditumbuk sehingga hancur untuk dimasukkan kedalam kuah masak lemak.

Rasanya akan seperti dengan kuah lemak laksam tapi agak cair. Percayalah rasanya sangat sedap dan kebiasaanya hidangan ini akan dimakan dengan lauk sampingan seperti dengan ikan goreng, ulam dan budu.

Kalau pergi ke kedai nasi ulam pasti akan jumpa dengan masak lemak sayur ini, sebab memang hidangan ini sesuai dimakan dengan budu dan ulam-ulaman. Resepi ini dikongsi oleh Ainshe Mohd di laman facebooknya.

 

RESEPI MASAK LEMAK SAYUR

Hidangan ini dimasak dengan pelbagai campuran sayur didalamnya. Kebiasaannya masaka lemak akan dimasak dengan ayam, daging, atau ikan, tapi kali ini hidangan yang berasaskan sayur. Jika pengemar sayur akan menyukai hidangan ini.

photo6273691577633320044.jpg (960×720)

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 5 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu lada hitam
  • 1 ekor ikan selayang rebus
  • 1 cawan santan
  • Sayur-sayuran yang disukai
  • Cili merah
  • Garam

photo6273691577633320042.jpg (960×720)

CARA-CARA PENYEDIAAN MASAK LEMAK SAYUR

▶️ Mula-mula tumbuk isi ikan, bawang merah, bawang putih, dan lada hitam sehingga hancur dan hampir lumat.

photo6273691577633320043.jpg (960×720)

▶️ Potong semua sayur-sayuran yang ingin kita masukkan kedalam kuah nanti.

photo6273691577633320041.jpg (960×720)

▶️ Masukkan santan dan 3 cawan air kedalam periuk bersama bahan yang ditumbuk tadi. Masak sehingga mendidih dan sentiasa kacau supaya santan tidak berketul.

photo6273691577633320039.jpg (960×720)

▶️ Apabila sudah mendidih masukkan sayur yang sudah dipotong tadi. Masak sehingga sayur sudah layu.

photo6273691577633320045.jpg (960×720)

 

BACA JUGA : Resepi Makaroni Meatball Cheese, Hanya Bakar Menggunakan Air Fryer Sangat Mudah Untuk Dibuat!

 

Mungkin ramai yang pernah makan hidangan ini jika pergi ke Kelantan dan makan di kedai nasi ulam. Masak lemak ini memang mudah dibuat dan sedap dimakan, ditambah pula ada ikan goreng dan budu sudah cukup menaikkan selera.

6789866.jpg (1200×800)

Sayur yang dicampur ikut kesukaan kita, boleh masukkan sayur seperti kobis, karot, sawi, tauge, kacang panjang mahupun fucuk. Hidangan ini tidak menetapkan apa sayur yang boleh dimasukkan kedalam kuah asalkan sayur sahaja.

Resepi masak lemak sayur ini sangat mudah untuk dimasak, dan rasanya sangat sedap sekali jika dimakan dengan nasi panas-panas. Pasti sudah ada yang teringin merasainya, boleh sahaja mencuba resepi yang kami kongsikan ini!

Leave A Reply

Your email address will not be published.