Resepi Ikan Patin Pais Tempoyak Yang Cukup Enak. Penggemar Tempoyak Wajib Try Menu Ini!

0 24,988

Anda makan tempoyak tak? Sesetengah orang tu durian dia makan tapi tak makan tempoyak. Ada juga semua tak makan. Rugi kalau ada yang tak makan tau! Sedap sangat masakan tempoyak ni. Versi memasak menggunakan tempoyok ini pun pelbagai cara. Jadi hari ini apa kata kita cuba resepi ikan patin pais tempoyak yang amat padu.

Cara masak disetiap di negeri juga berbeza. Orang kata, kalau orang Pahang memasak masakan tempoyak ni memang simple cukup gunakan cili padi, tempoyak dan daun kesom je sangat simple. Resepi berasaskan patin tempoyak ini popular di Pahang. Mungkin menjadi warisi orang Pahang cara masak begitu.

Masak gulai ikan patin tempoyak berbeza dengan masak ikan patin pais. Kerana ikan patin pais dibakar ataupun dipanggang. Manakala masak gulai ikan patin ianya jenis berkuah. Cara nak bakar ikan patin pais anda gunakan daun kunyit dan juga daun pisang untuk balut ikan ataupun aluminium foil sahaja. Tetapi jika menggunakan daun kunyit dan daun pisang aromanya sangat wangi dan lebih sedap.

Ikan patin pais ini boleh juga bakar guna arang dan nak senang boleh je pakai kuali ajaib. Wah senang kan! Garam adalah optional bergantung kepada rasa tempoyak yang anda guna. Kalau tempoyak dah masam dan masim, tak perlu tambah lagi garam. Jika anda suka pedas boleh letak cili padi tumbuk banyak-banyak ke dalam  ikan patin pais anda.

Disebabkan cara penyedian yang senang dan rasa yang sangat sedap apa kata anda follow resepi yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna facebook iaitu En Ben Safwan. Terima berkosngsi resepi yang simple ini. Mudah je nak sediakan bahannya dirumah.

 

RESEPI IKAN PATIN PAIS TEMPOYAK 

Ikan patin pais tempoyah ini sangat sedap. Boleh dihidang dengan nasi putih panas-panas pasti bertambah-tambah serela anda. Tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlu dan bagaimana cara penyedian resepi patin pais tempoyak ini.

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • 1 ekor ikan/ 500 gram (Dipotong 2)
  • 4-6 sudu makan tempoyak asli
  • 1 keping asam keping
  • 1/3 inci kunyit hidup
  • 10-15 cili
  • 2 tangkai pucuk daun kesum
  • 1/3 helai daun pepijat (boleh ganti dengan daun kunyit)
  • 1/2 batang bunga kantan (pilihan)
  • 1 sudu teh garam

CARA PENYEDIAAN IKAN PATIN PAIS TEMPOYAK :

▶️ Tumbuk asam keping hingga terurai. Kemudian baru tambahkan cili dan tumbuk lagi.

▶️ Masukkan tempoyak bersama garam dan alukan sebati.

▶️ Hiris daun pepijat, bunga kantan dan campur masuk dalam adunan tempoyak. Dan letak daun kesom pun boleh.

▶️ Letak ikan atas daun pisang yang dilapik aluminium foil. Sapu rata adunan tempoyak.

▶️ Tutup dan kemaskan aluminium foul. Cucuk dengan garpu di bahagian atas dan perap sekitar 2 jam untuk tempoyak masuk ke bahagian isi ikan.

▶️ Boleh bakar dengan sedikit minyak, atau masukkan dalam oven atau kukus ikut selera. Nak guna kuali pun bolehe. Balikkan setiap 5 minit dengan api sederhana hingga masak. Hasilnya anda akan dapat patin pais tempoyak pekat yang cukup semua rasa.

▶️ Dah siap!

 

BACA JUGA: Resepi Tart Telur Melting Yang Simple. Filling Sangat Lembut Dan Crust Crunchy!

 

Tada dah siapp! Rasa pais tempoyak ni sangatlah sedap uolss! Sangat istimwwa dengan gabungan rasa ikan patin yang manis dan rasa masam manis tempoyak. Tapi kalau anda suka petai boleh je letak hirisan petang dalam menu ni. Wah menang sedap hilangan anda.

Jika anda penggemar masakan ikan patin tempoyak. Anda boleh try resepi pais tempoyak ini. Aroma dari daun kerom memang membangkitan selera. Kalau ada bunga kantan boleh letak sekali. Walapaun ianya sekadar pilihan. Tapi lagi sedap jika anda masukkan sekali.

Menyelerakan sungguh! Seriously, anda mesti cuba masakan resepi pais ikan patin tempoyak ni. Semoga resepi yang dikongsikan memberikan anda inpirasi dan manfaat dalam mempelbagai menu masakan anda. Anda juga boleh kongsikan pada orang lain supaya sama-sama mendapat manfaat daripada resepi ini. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.