Resepi Biskut Nutella Swiss. Biskut Premium Yang Senang Dibuat Dan Sedap Rasanya!
Semakin hari semakin dekat nak raya, ada lagi ke ibu-ibu yang masih pening fikir nak buat biskut apa raya ni atau masih tengah cari resepi biskut lagi? Jom! Cuba Resepi Biskut Nutella Swiss ni. Biskut bila letak inti nutella confirm sedap.
Biskut nutella swiss ni boleh dikatakan biskut premium disebabkan penggunaan nutella sebagai menyedapkan lagi biskut ni. Harga untuk sebotol nutella pun boleh tahan juga. Tapi harga tak penting kalau rasanya sedap.
Nak buat biskut nutella ni sebenarnya mudah je. Bahan yang digunakan pun senang je nak cari kat kedai. Buat follow resepi ringkas ni mesti menjadi. Resepi biskut nutella swiss yang mudah ini telah dikongsi oleh Juju Minhad di facebook.
Biskut nutella swiss ni sangat ranggup ditambah pula dengan filling nutella di tengah-tengah biskut memang sedap habis! Sesuai lah untuk dihidang dipagi raya nanti.
Untuk ibu-ibu yang tak pernah mencuba lagi resepi ini memang rugi. Sebab resepi ini sangat sedap dan mudah untuk dibuat, bahan-bahan juga agak senang untuk dicari dan tidak banyak.
RESEPI BISKUT NUTELLA SWISS
Jika ibu-ibu nak tukar nutella kepada coklat filling boleh sahaja, mengikut citarasa sendiri. Yelah, kadang-kadang tu bahan semua dah ada dirumah jadi guna apa yang ada sahaja.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 1 buku butter
- 1 cawan gula kastor
- Sedikit esen vanilla
- 11/2 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung jagung
- 3 sudu coklat rice
- Nutella
- Badam cincang
CARA-CARA UNTUK MEMBUAT BISKUT NUTELLA SWISS :
▶️ Mula-mula, campurkan butter, gula kastor dan esen vanilla. Pukul manja pakai senduk kayu sehingga sebati semua bahan.
▶️ Seterusnya, masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat ditangan.
▶️ Kemudian, masukkan coklat rice. kacau rata.
▶️ Masukkan adunan doh kedalam piping bag dengan acuan yang sesuai.
▶️ Tekan sehingga menjadi bentuk bulat.
▶️ Letakkan nutella didalam piping bag dan tekan sedikit di tengah biskut. Kemudian taburkan badam cincang diatas nutella.
▶️ Panaskan oven, bakar 160oc selama 20 minit. Mengikut oven masing-masing.
BACA JUGA : Resepi Daging Dendeng. Hidangan Wajib Ketika Hari Raya!
Bau biskut yang tengah dibakar memang harum satu rumah, kalau buat masa anak-anak ada mesti mereka tak sabar nak rasa biskut nutella swiss ni. Silap-silap buat hari ni esok dah habis sebab sedap sangat!
Cara pembuatan pun sangat mudah untuk ibu-ibu cuba membuat, sebab resepi biskut nutella swiss ni sedap, senang dan cornfirm jadi. Memang wajib ibu-ibu cuba untuk biskut hari raya ni.
Jika diberi pilihan untuk beli dan buat sendiri biskut raya tak sama dengan kita buat sendiri, sebab dah semestinya biskut yang dibuat sendiri lebih sedap dan memuaskan hati. Selamat mencuba biskut nutella swiss yang sedap ni!