Resepi Masak Lemak Pucuk Ubi Dengan Telur Itik, Masakan Kampung Yang Sangat Menyelerekan!

0 1,289

Masak lemak memang sinonim dengan masakan yang menggunakan santan. Biasanya hidangan ini akan dimasak dengan daging atau sayuran. Kali ini kami ingin kongsikan Resepi Masak Lemak Pucuk Paku Dengan Telur Itik.

Kalau cakap pasal masak lemak ni pasti dah terbanyang masakan orang negori, orang-orang disana memang sukakan masak lemak. Masak lemak mempunyai pelbagai variasi yang terdiri daripada jenis yang pedas, tidak pedas, atau savori.

Bagi mendapatkan warna masak lemak yang cantik, biasanya menggunakan kunyit hidup yang ditubuk atau dikisar. Serbuk kunyit juga boleh digunakan, cuma warnanya agak kurang menarik daripada menggunakan kunyit hidup.

Telur itik jika dimasak masak lemak memang sedap rasanya, rasa telur itik dan telur ayam agak berbeza kerana telur itik rasanya lagi sedap. Telur itik ada banyak khasiat, saiznya juga lebih besar berbanding telur ayam.

Pucuk ubi merupakan ulam kampung yang segar, sedap dicelur atau dimasak dengan apa-apa masakan. Pucuk ubi perlu direbus terlebih dahulu supaya mudah untuk dimakan. Resepi masak lemak ini telah dikongsi oleh Adnan Bin Mat Abu. Pucuk ubi dan telur itik banyak khasiatnya, juga sedap bila dimasak.

 

RESEPI MASAK LEMAK PUCUK UBI DENGAN TELUR ITIK

Nak masak telur itik agak rumit sedikit, jika tidak biasa masak menggunakan telur itik, hasilnya akan hancur nanti. Jadi ada cara nak pastikan telur tidak pecah iaitu dengan pecahkan telur didalam mangkuk dan masukkan satu persatu sehingga telur agak kental baru masukkan yang lain.

photo6246591845824048683.jpg (720×960)

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Pucuk ubi.
  • 3 biji telur itik.
  • Secawan pati santan.
  • 2 cawan santan cair.
  • 10 biji cili padi kg.
  • 1/2 inci kunyit hidup.
  • Segemgam ikan bilis.

 

CARA-CARA PENYEDIAAN MASAK LEMAK PUCUK UBI DENGAN TELUR ITIK

▶️ Rebus pucuk ubi hingga lembut terlebih dahulu.

photo6246591845824048685.jpg (720×960)

▶️ Kisar atau tumbuk cili padi, ikan bilis dan kunyit.

▶️ Kemudian masukkan dalam periuk bersama santan cair dan pucuk ubi. Masak hingga mendidih.

photo6246591845824048684.jpg (720×960)

▶️ Selepas itu, tambah garam dan pecahkan telur itik sebiji sebiji ke dalam kuah tadi.

▶️ Perlahankan api. Masukkan pati santan,  masaklah hingga putih telur itik mengeras. Siap.

photo6246591845824048686.jpg (720×960)

 

BACA JUGA : Resepi Karipap Kentang Ayam Yang Enak, Kesedapan Inti Dan Keranggupan Kulit Yang Tiada Tandingannya!

 

Masak lemak memang sedap, tidak kira masak dengan apa sekali pun rasanya boleh dikatakan perfect combination. Sedap bila dimakan dengan nasi panas-panas, pasti dah tak sentuh lauk lain dah.

09988.jpg (1200×800)

Semasa memasak hidangan masak lemak, jangan dibiarkan sahaja kuah yang sudah dicampur dengan santan tidak dikacau, nanti santan akan mengeluarkan minyak dan kuah akan menjadi berketul-ketul.

Resepi masak lemak pucuk ubi dengan telur itik hidangan wajib dicuba, walaupun nampak macam hidangan kampung tapi rasanya sedap sekali. Jarang-jarang masak hidangan kampung ni pasti akan buat makan nasi bertambah-tambah. jangan lupa cuba resepi ini!

Leave A Reply

Your email address will not be published.