Resepi Tart Telur Melting Yang Simple. Filling Sangat Lembut Dan Crust Crunchy!
Ada penggemar tart telur kat sini? Pasti ramai yang sukakan nya! Hari ni jom follow perkongsian resepi tart telur melting yang sedap dan mudah. Fillingnya sangat lembut dan crustnya pula agak cruchy. Sesuai untuk dihidang untuk minum petang bersama keluarga. Confirm mereka suka.
Tart telur melting boleh buat tanpa acuan tau. Acuan boleh digantikan menggunakan kuali ataupun loyang sahaja. Bahagian tepinya akan ditekan menggunakan garfu dan boleh dibakar atas dapur dan juga oven. Sangat mudah dibuat tanpa perlu menggunkan acuan dan oven.
Selain tart ini sangat sedap, ianya juga sangat jimat. Model tak sampai 25 ringgit boleh dapat tart telur saiz 23 inci. Sangat berbaloi untuk dihidangkan pada keluarga. Boleh makan puas-puas! Nak guna apa jenis marjerin pun boleh. Tapi dalam resepi hanya menggunakan marjerin pelangi dan hasilnya dapat kulit yang sangat rangup dan lembut.
Tart telur ini juga sesuai juga dibuat jualan. Namun ada juga yang buat sebagai hidangan ketika majlis hari jadi dan sebagainya. Tart telur ni kalau kita nak makan sikit-sikit boleh lah beli terus dari kedai ataupun seller yang jual. Tapi andai kata satu rumah memang suka, lebih berbaloi untuk buat sendiri.
Resepi dah ada, ramai yang kongsikan, senang je nak buat dia. Anda pun pasti tak sabar dan mencuba resepi yang dikongsikan ini. Jom follow resepi yang dikongsikna Raja Amanina. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi cara penyediaan tart telur ini.
RESEPI TART TELUR MELTING
Untuk membuat tart telur ini, memerlukan dua bahagian bahan. Satu bahan untuk crust ataupun kulitnya. Dan satu lagi untuk bahagian filling. Tanpa membung masa lagi apa kata kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dan bagaiman cara menyediakan resepi ini.
Bahan-bahan yang perlukan :
Bahan tart shell :
- 2 cawan tepung gandum
- ½ cawan marjerin
- 1biji telur
- Secubit garam
Bahan filling @ inti :
- 1 tin susu cair
- 3 biji kuning telur
- Sedikit esen vanilla
- Secubit garam
- 5 sudu makan gula
- 2 sudu makan tepung jagung
- 3 sudu makan tepung kastard
- Sedikit pewarna kuning
CARA PENYEDIAAN TART TELUR MELTING :
Cara penyediaan tart shell :
▶️ Gaul tepung gandum, marjerin, garam hingga rata.
▶️ Kemudian, masukkan telur uli. Uli sehingga menjadi doh.
▶️ Bentukkan doh seperti tart shell ikut permukaan kuali, biar agak berlekuk bahagian tengah untuk isi filling.
▶️ Bahagian tepi tepi tu bentukkan@tekan pakai garfu. Kulit tart tak perlu bakar dulu.
Cara penyediaan filling @ inti :
▶️ Kacau semua diatas. Nak blend pun boleh.
▶️ Tapiskan dan tuang ke dalam tart shell.
▶️ Kemudian panaskan oven bakar suhu 180° 45minit-1jam. Nak bakar pakai dapur gas pun boleh je, bakar apa kecil dan tutup permukaan kuali. Bila inti dan keras @ pejal tart dah masak lah tu.
▶️ Siap untuk dihidang.
BACA JUGA: Resepi Udang Masak Sos Masam Masam Manis Yang Padu. Resepi Yang Simple Dan Sangat Sedap!
Wah dh siap! Nampak sangat menyelerakan. Kalau hidangkan untuk minum petang pasti anak-anak akan suka. Fillingnya sangat lembut dan crustnya pula agak cruchy. Andapun pasti teruja dengan hasilnya. Tart ni boleh juga buat dalam saiz kecil dan saiz besar seperti ini. Ia terpulang pada citarasa masing-masing.
Yang membezakannya antara tart yang mengunakkan acuan tart dan tart menggunakan kuali ialah tart yang menggunakan kuali saiznya lebih besar berbanding tart yang menggunakkan acuan. Namun, tart yang lebih besar sesuai dipotong-potong dan hidang secara slide seperti kek yang biasa anda makan.
Lepas ini, semua penggemar tart tak perlu risau lagi. Takde acuan dan takde oven pun kita masih boleh buat tart macam ini. Semoga resepi tart telut melting ini bermanfaat kepada semua. Dan boleh share juga pada kawan-kawan supaya sama-sama mendapat manfaat. Selamat mencuba.