Resepi Original Kuih Lopes Pandan. Sedap Dan Mudah untuk dibuat! Follow Je Step By Step Ni!
Bila lama tak makan kuih lopes, tiba-tiba teringin nak makan, nak beli dapat seketul dua sahaja. Apa lagi cari lah Resepi Kuih Lopes Pandan, jom kita buat sendiri lebih puas makan siap boleh bagi dekat jiran-jiran.
Kuih lopes pandan adalah salah satu kuih tradisional, yang dibuat dari beras pulut dan menggunakan air pandan asli untuk menaikkan lagi aroma kuih lopes ni. Pulut yang diikat dengan daun pisang lagi membangkitkan lagi aroma.
Ada pelbagai cara untuk membuat kuih lopes ini, boleh dibuat dengan cara traditional atau cara mudah. Biasanya kuih lopes pandan traditional akan dibalut dengan daun pisang dan diikat dihujungnya baru dipotong. Dicicah pula dengan air gula merah memang mengamit memori betol.
Cara untuk membuat kuih lopes sangat senang sebenarnya, mungkin disebabkan kuih traditional jadi ramai yang berfikir agak rumit untuk dibuat. Resepi kuih lopes pandan yang dikongsi oleh Noriza Awang Hamat sangat mudah untuk dibuat.
Kalau dah cuba sekali, comfirm akan rasa mudah dan boleh buat selalu bila tekak teringinkannya. Ikut je langkah-langkah yang saya kongsikan ni, comfirm menjadi!
RESEPI KUIH LOPES PANDAN
Sebelum membuat kuih lopes pandan, beras pulut perlu direndam terlebih dahulu bertujuan untuk kembangkan beras pulut bagi memudahkan proses memasak. Jika tidak direndam kemungkinan beras pulut tidak dimasak dengan sempurna.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah :
- 2 cawan beras pulut
- 1 ½ cawan santan cair + ½ cawan air daun pandan
- 1 sudu makan air kapur sirih
- Sedikit garam
- Kelapa parut putih + sedikit garam ( dikukus )
- Gula merah
- Gula pasir
- Daun pandan simpul
- Daun pisang
CARA -CARA PENYEDIAAN KUIH LOPES PANDAN :
▶️ Mula-mula beras pulut perlu direndam selama 1 jam terlebih dahulu.
▶️ Setelah pulut direndam 1 jam dan tapiskan.
▶️ Seterusnya, beras pulut dituang didalam bekas dan masukkan santan yang dicampur air pandan, air kapur sirih dan sedikit garam
▶️ Kemudian, kukus beras pulut sampai masak.
▶️ Setelah pulut masak, bungkus pulut dengan daun pisang dengan diikat kiri dan kanan bagi kemas.
▶️ Dibiarkan sejuk baru potong.
▶️ Seterusnya untuk air gula merah. Masukkan semua gula merah, gula pasir, daun pandan simpul didalam periuk dan dimasak dengan sedikit air.
▶️ Akhir sekali, apabila pulut sudah sejuk boleh dipotong dan disalut dengan kelapa parut yang dah dikukus tadi. Siap.
BACA JUGA : Resepi Tart Nenas Sedap. Gebu Gebas Dan Cair Dimulut!
Kuih lopes pandan walaupon sudah disalut dengan kelapa parut tapi perlu di makan dengan air gula merah, baru terasa lemak pulut dan manisnya air gula tu. Untuk membuat air gula merah bergantung pada saiz gula merah itu, dan kepekatan juga mengikut citarasa sendiri.
Bagi pembuatan kuih lopes pandan secara mudah, tidak perlu menggunakan daun pisang. Boleh lah menggunakan bekas empat segi atau menggunakan plastik untuk membalut kuih lopes.
Hendak buat kuih lopes secara traditional pon boleh, secara moden dan mudah pon boleh mengikut kemudahan masing-masing dengan menggunakan resepi kuih lopes pandan yang kami kongsikan ini. Selamat mencuba