Resepi Ayam Masak Thai Simple. Hidangan Ringkas Untuk Keluarga. Sedap Dan Cepat Untuk Dibuat!

0 2,586

Kalau cakap Resepi Ayam Masak Thai ni mesti dah terbayang rasa masam, manis dan pedas kan? Masakan Thai memang tidak lari dari rasa masam, manis dan pedas ni. Tapi masakan mereka memang sedap sehinggakan ramai pengemar masakan Thai di kalangan kita ni.

Resepi ini salah satu resepi yang wajib ibu-ibu sediakan untuk anak-anak. Yelah, asyik makan ayam masak kicap je. Kali ini cuba buat menu yang lain dari kebiasaan, tidak lah anak-anak jemu kan?

Boleh dikatakan bila buat masakkan ini malas-malas pon dah siap satu hidangan. Sebab mudah sangat korang dan bahan-bahan pon senang untuk disediakan. Boleh dikatakan menu wajib dibuat.

Apa kata jadikan resepi ayam masak thai yang dikongsikan oleh Norhayati Basri yang mengiurkan santapan untuk menu hari ini. Kuahnya yang masam-masam pedas sudah cukup dengan hanya makan dengan nasi putih sahaja.

Kemudian, jangan lupa masak nasi lebih sebab comfirm bukan anak-anak je, tapi dengan kita sekali akan bertambah nanti. Nak lebih sedap, makan panas-panas.

 

CARA MENYEDIAKAN AYAM MASAK THAI

Masakan ini boleh diolah dengan mengikut citarasa sendiri disebabkan ada yang suka makan pedas dan tidak makan pedas. Boleh kurangkan atau tambahkan kuantiti cili dalam masakan sesuai dengan citarasa.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Ayam yang sudah dipotong kecil-kecil
  • 1 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • Cili api ( ikut kepedasan )
  • 1 biji bawang holand
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 senduk cili sos
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 batang serai (diketuk)
  • Sayur pilihan seperti tomato / cendawan / cauliflower / baby jagung / carrot

CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK THAI : 

▶️ Mula-mula goring ayam sehingga separuh masak, jangan terlampau garing dan toskan.

▶️ Selepas itu, tumbuk atau blend bawang merah, bawang putih dan cilia api.

▶️ Panaskan minyak masak sedikit untuk menumis.

▶️ seterusnya, tumis serai sehingga naik bau.

▶️ Kemudian masukkan bahan yang diblend tadi dan tumis sehingga garing.

▶️ Seterusnya, masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan, daun limau purut dan sedikit air.

▶️ Masukkan ayam yang digoreng tadi, kacau sehingga sebati dan semua kuah tersalut dekat ayam.

▶️ Kemudian masukkan sayur carrot, baby jagung, cauliflower dan tomato.

▶️ Jangan lupa perasakan dengan garam sebagai pelengkap rasa.

▶️ Akhir sekali masukkan bawang yang telah dipotong dan kacau sehingga sebati.

 

BACA JUGA : Resepi Mudah Biskut Chocolate Cornflakes Crunchy. Memang Kesukaan Anak-Anak!

 

Masakan ayam masak thai boleh dibuat berkuah atau kering mengikut citarasa tersendiri. Cuma perlu tambah air atau kurangakan air untuk kepekatan yang diinginkan.

Masakan ini simple sahaja tapi menyelerakan sebab sudah lengkap dengan kuah dan sayur didalamnya. Tidak perlu nak masak banyak menu setiap kali nak makan cuma makan dengan nasi panas sudah cukup menyelerakan.

Untuk ibu-ibu yang ingin masakkan yang mudah dan cepat wajib cuba resepi ayam masak thai. Bukan sahaja senang dimasak tapi sedap dimakan. Memang ngamlah dimakan dengan nasi panas-panas ni. Marvelous sanggat! Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.