Resepi Apam Tapai Ubi Kayu. Kuih Legend Yang Sedap Dimakan Dengan Kelapa Parut!

0 2,269

Pasti ramai yang tak tahu tapai ubi kayu boleh dibuat apam. Resepi Apam Tapai Ubi Kayu sangat mudah dan sedap dimakan dengan kelapa parut.

Kalau diterengganu dan Kelantan kebiasaan apam tapai ubi kayu akan dimasak secara kukus, ada sesetengah tempat masak apam ubi kayu secara bakar. Tapi cara masak apa pun apam tapai ubi kayu tetap sedap.

Tak semua tempat boleh jumpa kuih traditional ni, kuih ni agak susah nak dapat dikedai-kedai. Sama juga dengan tapai ubi kayu, tak semua tempat dijual tapai ubi ni. Kebanyakkan mudah dijumpa di sebelah pantai timur.

Rasa apam tapai ubi kayu yang manis dan aroma yang wangi dari tapai ubi memang menyelerakan, ditambah pula makan dengan kelapa parut yang lemak manis ni.

Resepi apam tapai ubi kayu jarang orang nak buat, kerana nak dapatkan tapi ubi kayu disesetengah tempat memang susah. Resepi ini telah dikongsi oleh Zura Zul di dalam group facebook.

 

RESEPI APAM TAPAI UBI KAYU

Kuih apam tapai ubi kayu memang sedap dimakan, kalau orang makan makanan kampung pasti akan sukakan kuih ni.

Bahan-bahan yang perlu disediakan:
  • 4 – 5 ketul tapai ubi kayu * (dilenyek)
  • 2 cawan tepung beras – cap bunga teratai*
  • 3/4 cawan gula – boleh kurangkan*
  • 2 cawan air
  • 1 peket Eno biru
  • Sedikit pewarna lemon yellow/kuning telur
CARA-CARA PENYEDIAAN APAM TAPAI UBI KAYU

▶️ Kisar semua bahan bertanda* hingga hancur.

▶️ Selepas itu, tuang dlm bekas bertutup dan perap sehingga 4 jam.

▶️ Panaskan pengukus hingga air mendidih

▶️ Sapu setiap acuan dengan sedikit minyak. supaya kuih tidak melekat nanti.

▶️ Kemudian, adunan perap tadi dimasukkan Eno biru dan sedikit pewarna lemon yellow. Kacau sebati semuanya.

▶️ Akhir sekali tuang adunan kedalam acuan

▶️ Akhir sekali, kukus 15 minit api sederhana besar.

 

BACA JUGA : Cara Buat Nuget Homemade. Menggunakan Nasi Yang Pasti Sihat Untuk Anak-Anak!

 

Elok je kejadiannya, aroma yang wangi dari tapai ubi kayu betul-betul menyelerakan. Apam tapai ubi kayu akan dimakan dengan kelapa parut yang sudah digaul dengan gula dan garam.

Mungkin ada yang pernah makan apam tapai ubi kayu yang dibakar, diatas kuali seperti masak peknga. Kali ni versi kukus pun sedap juga.

Resepi apam tapai ubi memang mudah dibuat, semua bahan hanya perlu dikisar sahaja. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.