Resepi Masak Nasi Minyak Yang Sedap Macam Dekat Majlis Kenduri. Keenakkannya Pasti Buat Anda Teruja!

0 4,491

Dulu paling tidak sebulan sekali mesti ada jemputan makan nasi minyak kenduri. Sekarang musim pandemic terasa rindu nak makan nasi minyak. Jadi apa kata hari ini kita cuba buat dirumah. Resepi masak nasi minyak sedap macam dekat majlis kenduri. Dihidang bersama daging masak hitam dan acar timun. Memang padu habis.

Kalau anda teringin nak makan nasi minyak boleh je follow resepi yang dikongsikan kat bawah ni. Buat hidangan istimewa hujung minggu ni. Makan dengan family memang syok. Lauk pun boleh padankan dengan apa sahaja yang anda gemari.

Selalunya kalau pergi kenduri pelbagai menu yang dihidangan dengan nasi minyak antaranya ayam masak merah, gulai kari daging, gulai kurma dan macam-macam lagi. Tapi kali ni kita masak yang simple-simple je iaitu daging masak hitam. Kalau nak jadikan satu hidangan lengkap buatlah sekali acar timun. Pasti bertambah-tambah selera anda.

Nak buat nasi minyak ni lagi sedap kalau masak dengan beras basmathi. Tapi kalau gunakan beras biasa pun enak juga. Kat kenduri pun biasanya beras biasa juga yang dihidangkan. Ikulah mana yang anda suka. Tapi kalau nak hidangan pada keluarga. Nak makan beras mahal sekali sekala pun boleh.

Bau nasi yang wangi dan terasa aromo rempah ratus pasti berselera anak-anak makan nanti. Hidangan ini juga sesuai dihidagan pada makan tengah hari ataupun malam bersama keluarga anda. Jom ikut resepi mudah yang dikongsikan oleh Cik Puan Nurul Ateekah.

 

RESEPI MASAK NASI MINYAK SEDAP MACAM DEKAT MAJLIS KENDURI

Rasa dah tak sabar nak mencuba resepi yang sedap ini. Tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaan resepi set nasi minyak ini. Resepi yang dikongsikan cukup lengkap  dengan penyediaan nasi minyak, daging masak hitan dan acar timun.

Bahan-bahan yang perlukan :
Bahan masak daging hitam :
  • 3 kg daging lembu
  • 1 botol kecil kicap manis
  • ½ cawan bancuhan air asam jawa
  • 6 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 helai disimpul
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 6 batang daun kari
  • 6 batang cili
  • 3 sudu krismis
  • 3 kuntum bunga lawang dan kayu manis
  • 6 kuntum buah pelaga dan bunga cengkih
  • Gula melaka
  • Gula dan garam secukup rasa
  • 1 sudu jintang manis dan jintang putih,
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 6 batang serai
  • 30-40 tangkai cili kering(dibasuh dan direbus)
  • 4 @ 5 inci halia
  • 9 biji bawang besar
  • 3 biji buah keras
  • 2 labu bawang putih

Bahan masak nasi minyak : 
  • 2kg beras basmati
  • 3 batang serai(diketuk)
  • 3 helai daun pandan disimpul
  • 1 biji bawang besar(dihiris)
  • 6 ulas bawang putih dikatok
  • Halia sebesar ibu jari(dihiris)
  • 4 sekawan (kayu manis, pelaga, bunga lawang dan cengkih)
  • 1½ tin susu cair
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 5 sudu besar minyak masak
  • Pewarna kuning@safron

Bahan acar timun bertumis :
  • 4 biji timur (dipotong)
  • 4 lobak merah (dipotong)
  • Cili hijau (dihiris kasar)
  • Cili merah (dihiris kasar)
  • 30 biji bawang merah kecik
  • 30 biji bawang putih
  • 3 cm halia
  • 2 sudu biji sawi
  • 4 sudu cili kisar
  • 2 sudu rempah kari
  • Gula dan garam secukupnya

CARA PENYEDIAAN MASAK NASI MINYAK SEDAP MACAM DEKAT MAJLIS KENDURI :
Cara penyediaan daging masak hitam : 

▶️ Panaskan minyak. Masukkan 4 sekawan, daun pandan, serai, daun kari dan bawang. Tumis sehingga naik bau.

▶️ Masukkan bahan yang telah dikisar, masak sehingga pecah minyak. Menggunakan api yang kecik supaya ianya masak dengan sempurna dan warna minyak akan jadi kemerahan.

▶️ Apabila sudah pecah minyak, masukkan daging. Masak sehingga daging empuk.

▶️ Kemudian, masukkan gula melaka, bahan2 rempah, cili hijau, kismis dan kicap. Masak seketika dan masukkan kacang pea.

 

▶️ Apabila daging betul-betul sudah empuk dan kuah menjadi sedikit kering. Barulah masukkan garam gula pasir dan serbuk perasa. Siap

Cara penyediaan nasi minyak

▶️ Panaskan minyak dan minyak sapi dalam rice cooker. Tumiskan serai, daun pandan, 4 sekawan, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.

▶️ Kemudian masukkan serbuk kunyit dan garam. Masukkan sukatan air dan susu cair untuk memasak nasi.

▶️ Akhir sekali, masukkan beras dan gaul rata. Biarkan ianya masak dengan sempurna.

▶️ Apabila sudah masak, lubangkan beberapa tempat untuk letak sedikit pewarna kuning atau safron. Biarkan rehat seketika, akhir sekali gaul rata.

Cara penyediaan acar timun bertumis :

▶️ Panaskan minyak masak, dan masukkan biji sawi dan 4 sekawan. Tumis cili kisar sehingga pecah minyak.

▶️ Masukkan serbuk kari dan masak seketika. Masukkan, halia, bawang kecil, bawang putih. Masak sehingga lembut.

▶️ Apabila Sudah lembut, masukkan cuka, garam, gula melaka, gula putih, serbuk perasa, dan kismis. Gaul rata.

▶️ Masukkan lobak merah dan timun. Masak Seketika. Siap dihidang.

 

BACA JUGA: Resepi Ikan Bakar Sambal Kenari Yang Simple Dan Sedap. Pasti Membangkitkan Selera Makan Anda!

 

Wah dan siap! Nampak berselera sungguh hidagan set nasi minyak ni. Hidangan ini juga anda boleh dihidangkan pada hari raya, sambutan hari jadi atau majlis keramaian yang lain. Wah! Sangat sungguh istimewa menu yang dihidangkan. Dan pasti ramai menyukainya.

Untuk masak nasi minyak, sukatan air sama je macam biasa masak nasi yang biasa kita masak dirumah. Kalau guna beras basmathi ada sukatanya juga. Yang penting perlu ambil kira semua cecair yang dimasukkan sebagai sukatan air beras supaya nasi kita masak dengan sempurna.

Hujung minggu ni dah tak pening da nak pikir masak apa untuk hidagan pada keluarga anda. Boleh cuba resepi set nasi minyak yang dikongsikan. Boleh save dulu resepi ini. Semoga resepi masak nasi minyak sedap macam dekat majlis kenduri yang dikongsikan ini memberi anda manfaat. Selamat mencuba dan Selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.