Resepi Ikan Bakar Sambal Kenari Yang Simple Dan Sedap. Pasti Membangkitkan Selera Makan Anda!
Siapa je tak suka makan ikan bakar? Tapi apa yang buat ikan bakar itu lebih enak dan mengiurkan? Sudah tentu sambalnya. Padu sambal nya maka terjamin sedap la ikan bakar itu. Hari ini jom cuba resepi ikan bakar sambal kenari. Apa tu kenari, kenari adalah nama lain bagi badam yang dipanggil oleh orang Indonesia.
Antara negeri yang terkenal dengan ikan bakar adalah Melaka. Dekat Melaka je ada beberapa banyak kedai ikan bakar seperti bakar malim, medam ikan bakar alai dan macam-macam lagi. Rasa ikan yang fresh dan sambal ikan bakar ini menjadi kegilaan ramai orang.
Kalau nak buat ikan bakar. Lebih sedap menggunakan ikan siakap. Rasa isi ikan siakap yang manis-manis yang memang sangat sedap bila dimakan dengan nasi putih. Tambah lagi bila dihidang bersama cili kicap lagi padu lah hidangan ini. Selain ikan siakap anda juga boleh menggunakan ikan pari, ikan kembung, ikan tilapia dan lain-lain. Terpulang pada selera ada.
Cara penyedian resepi ikan bakar sambal kenari sangat simple dan bahan yang digunakan pun tidak renyah. Hanya menggunakan bawang merah cili kering, serai, kunyit dan badam sangai. Nak bakar menggunakan oven pun boleh. Tak perlu guna arang. Xde penat nak kipas bara arang tu. Rasa pun sama-sama sedap.
Terima kasih pada Cik Puan Yaqut As diatas perkongsian beliau tentang resepi ikan bakar masak kanari ni yang dikongsi dilaman facebooknya. Tengok dari gambar pun dah rasa tak sabar nak mencubanya. Boleh la dihidangkan pada hidangan makan tengah hari ataupun malam malam hari ni.
RESEPI IKAN BAKAR SAMBAL KENARI
Menu yang simple ini kalau dihidang dengan ulam-ulam kampung pasti sedap. Confirm bertambah-tambah dibuatnya. Tanpa membung masa lagi apa kata lihat lihat bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan resepi ikan bakar sambal kenari ini.
Bahan-bahan yang perlukan :
- 1 ekor ikan siakap saiz sedang.
- 3 biji bawang merah saiz sedang
- 4 biji cili kering yang tak pedas
- 1 batang serai
- 1/2 inci kunyit
- 2 sudu makan badam sangai
- Garam dan gula secukup rasa.
- 2 sudu minyak
CARA PENYEDIAAN IKAN BAKAR SAMBAL KENARI :
▶️ Ikan tu dibersihkan dulu sebelum dimasak. Cuci dengan air asam jawa ataupun perahan limau untuk mengelakkan bau hanyir ikan.
▶️ Kisar semua bahan diatas sampai halus. Kemudian lumur kat ikan, balut ikan dengan daun pisang kemudian bakar hingga masak.
▶️ Bakar kat oven je, suhu 200° api atas bawah. Selama 30 minit. Ini bergantung pada oven masing-masing
BACA JUGA: Resepi Bubur Jagung Simple Menggunakan 3 Bahan Saja. Rasa Lemak Manis Secukup Rasa!
Wah mudah nya, Nampak sangat menyelerakan. Sebelum tu nak makan tu perah dengan limau kasturi baru ngam rasanya. Ditambah pula denga isi ikan siakap yang lembut dan penuh juicy pasti menambah lagi selera anda. Ingat nak masak resepi ni mesti menggunakan ikan yang segar tau, baru ah terangakt habis!
Jika anda penggemar pedas boleh tambah cili api ke dalam sambal ini. Tapi kalau anak-anak yang tak makan pedas hanya cukup letak cili kering sahaja. Jadi boleh makan sama-sama. Lepas ni kalau dah tahu rasanya boleh tukar resepi ini kepada ikan lain pula seperti ikan pari, ikan kembung dan guna udang atau sotong pun boleh.
Resepi yang simple dan lazat ini rugi lah kalau tak mencubanya. Semoga dengan perkongaian resepi ikan bakar sambal kenari ini memberi anda manfaat kepada semua. Boleh save dulu resepi ini kalau ada kelapangan boleh mencubanya nanti. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.