Resepi Ikan Merah Singgang Yang Paling Simple Dan Sedap. Makan Dengan Nasi Putih Pun Dah Cukup Menyelerakan!

0 2,143

Masakan singgang ni, antara masakan paling simple. Walaupun ianya sangat simple namun rasanya sangat sedap dan ramai yang menyukainya. Apa kata kali ni anda cuba hidangkan pada keluarga anda iaitu resepi ikan merah singgang yang super padu.

Seperti yang kita tahu juga resepi ikan singang ni sangat popular dinegeri pantai timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Ikan singgang ni kalau makan dengan nasi panas bersama budu atau sambal belacan dan sedikit ulaman memang sangat ngam dan cukup menyelerakan. Silap-silap boleh bertambah nasi dibuatnya.

Singgang ikan juga dikatakan menu diet. Kerana resepi ni tidak perlu menumis dan tidak perlu menggunakan santan. Letak sayur bendi dan bunga kantan didalam memang bertambah sedaplah hidangan ni. Dalam resepi ni menggunakan ikan merah. Selain ikan merah nak guna ikan kembung, ikan tongkol pun boleh. Ianya terpulang pada selera anda. Boleh juga gantikan ikan dengan daging jugak.

Aroma dari lengkuas, daun kesum dan bunga kantan memang sangat menyelerakan. Bila buat ikan singgang ni wajib kena seimbangkan rasa masam dan masimnya, baru sedap singgang tu nanti. Kalau anda suka pedas boleh letak cili lebih didalam kuahnya nanti. Terpulang pada selera masing-masing.

Resepi ikan merah singgang kali ni dikongsikan oleh Cik Puan Azlina Ina Fans. Mudah sangat cara masanya dan nampak sungguh menyelerakan. Rugi kalau anda tidak mencubanya. Hidangkan pada keluarga pasti berselera mereka makan.

 

RESEPI IKAN MERAH SINGGANG 

Cara penyediaan yang cukup mudah dan bahan yang digunakan pun tidak lah renyah. Boleh didapati didapur anda sahaja. Tanpa membuang masa lagi apa kata kita tengok satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan resepi ikan singgang kali ni.

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • Ikan merah
  • 5 -10 cili padi (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3-4 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1/2 kunyit hidup (dihiris)
  • 1/2 halia (dihiris)
  • 1 kuntum bunga kantan (dihiris)
  • Daun kunyit simpul
  • Daun kesum
  • 3-4 batang serai (dititik)
  • 2 keping asam keping
  • Tomato
  • Bendi
CARA PENYEDIAAN IKAN MERAH SINGGANG :

▶️ Masukkan 6 cawan air. Kemudian masukkan bahan tumbuk dan bahan hiris.

▶️ Masukkan ikan dan bunga kantan serta daun kesum tapi separuh je tau. Biarkan sekejap baru masuk bendi sebab nak masuk bendi lambat sebab ikan merah isi dia lambat cikit lembut.

▶️ Lepas tu boleh perasa kan dengan garam. Kemudian baru masukkan tomato dan daun kesum baki tadi.

▶️ Biar mereneh kejap ya. Dah rasa semua ikan dah lembut bendi empuk boleh matikan api.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Kek Coklat Lava Moist Yang Super Gebu. Extra Ais Krim Vanilla Lagi Syok Makan!

 

Tada! Sungguh super! Sedap sangat bila dihidangkan untuk makan tengahari atau makan malam. Makan dengan nasi panas. Kuahnya yang masam, masim pedas memang sangat padu. Memang sedap buat hirup masa makan dengan nasi. Memang layan.

Aromo dari daum kesum, bunga kantan memang membangkitkan lagi selera.  Ada sesetengah resepi ni ada campurkan juga buah tomato. Sedap bila digigit bersama nasi nanti. Dan bagi yang tengah berdiet dan ibu dalam pantang memang sesuai mencuba menu ni.

Menu ni kalau masak selalu pun tak akan muak. Bagi sesiapa yang nak mencuba resepi ni  boleh ikut step by step yang dikongsikan. Semoga dengan perkongsian resepi ikan merah singgan ni memberi anda manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.