Resepi Ayam Masak Kurma Yang Pekat Dan Likat. Makan Dengan Nasi Pun Sedap!

0 2,397

Masakan kurma ni antara masakan yang istimewa. Kuahnya yang pekat likat dan cara penyediaannya juga simple. Bila makan dengan nasi putih memang terangkat. Resepi ayam masak kurma yang pekat dan likat ni wajib anda cuba dirumah. Pasti suami dan anak-anak anda akan suka!

Selain sedap dimakan dengan nasi putih, kurma ayam ni juga sesuai dimakan dengan nasi tomato, nasi hujan panas, nasi briyani dan macam-macam lagi. Ianya terpulang pada selera anda. Hidangan ni lebih lengkap lagi bila dimakan dengan acar mentah dan sambal belacan. Confirm sepinggan nasi tak cukup dibuatnya.

Hidangan ayam kurma ni wajib pekat, baru lah sedap bila dimakan. Yang menariknya dalam resepi ni ada bahan rahsia untuk buat masakan kurma ayam ni lebih sedap dan marvelous. Tak semua tahu tentang bahan rahsia yang dikongsikan ni.

Bahan rahsianya ialah daun ketumbar, daun bawang dan juga badam. Dikisar kesemuanya bahan ni sehingga hancur dan masukkan dalam bahan tumisan tersebut. Simple je namun hasilnya betul-betul membuat anda teruja. Sekali masak confirm repeat lagi.

Anda juga boleh gunakan resepi kurma ayam ini untuk masak dengan daging atau kambing. Rasanya juga sedap mengikut lauk yang digunakan. Resepi yang simple dan sedap ni dikongsi oleh Cik Puan Umi Watie. So, apa tunggu lagi jom kita buat kurma ayam ni.

 

RESEPI AYAM MASAK KURMA

Serius aromanya sangat wangi dan lain dari biasa. Rugi kalau tak cuba. Nak lagi sedap boleh campurkan dengan ubi kentang sebagai bahan tambahan. Jadi tanpa membuang masa lagi apa kata lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaan resepi ni.

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • Ayam
  • 1 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1 ½ pek kecil rempah kurma
  • Rempah 4 sekawan
  • Daun bawang
  • Daun ketumbar
  • Badam
CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK KURMA :

▶️ Tumiskan kesemua bahan seperti bawang merah, bawang putih, halia, dan 4 sekawan.

▶️ Tumis sampai naik bau. Bila dah garing masukkan serbuk Kurma.

▶️ Ini bahan rahsia kenapa masakan kurma ni sedap. Daun bawang, daun ketumbar  dan Badam.

▶️ Kisarkan semua bahan rahsia tadi. Masukkan dalam bahan tumisan yang dah pecah minyak tadi.

▶️ Biarkan bahan tadi pecah minyak barulah masukkan ayam ½ ekor. Kacaukan  semua bahan biar mesra.

▶️ Bila semua bahan dah mesra elok baru lah masukkan air.

▶️ Masukkan juga pes asam jawa. Kita nak kuah kita masam masam manja saja tau.

▶️ Kemudian masukkan kentang dan lobak. Kacau sebati.

▶️ Bila semua bahan dan empuk elok. Masukkan santan.

▶️ Selepas tu, masukkan cili hijau, bawang merah dan tomato. Perasakan dengan garam dan gula. Ikut selera lah ye.

▶️ Dah siap!

 

BACA JUGA: Resepi Ikan Merah Singgang Yang Paling Simple Dan Sedap. Makan Dengan Nasi Putih Pun Dah Cukup Menyelerakan!

 

Sedia dihidangkan untuk makan tengah hari. Makan dengan nasi panas memang betul-betul nikmat. Lauk kurma ni sedap kalau makan dengan kuah yang banyak dan gaulkan dengan nasi dan makan pula dengan sambal cili. Bertambah-tambah selera dibuatnya.

Selain makan dengan sambal. Nak masukkan cili terus dalam kuah pun tidak menjadi masalah. Nanti boleh gigit masa makan untuk rasa lebih pedas. Ianya terpulang pada selera masing-masing. Namun jika tak suka pedas boleh skip cili dalam masakan anda.

Jika anda sukakan resepi ni boleh save dulu resepi ni. Jika ada kelapangan nanti boleh cuba hidangan pada keluarga anda. Semoga perkongsian resepi ayam masak kurma yang padu ni dapat memberi anda manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.