Resepi Gulai Ayam Kampung Yang Mudah Dan Sedap. Rasa Yang Marvolus Membuatkan Makan Nasi Bertambah-Tambah!

0 3,848

Pernah makan ayam kampung? Rasanya agak berbeza dengan ayam yang biasa Kita makan. Hidangan apa yang sedap dimasak dengan ayam kampung ni, mestilah Gulai Ayam Kampung.

Ayam kampung mempunyai tekstur daging agak berbeza dengan ayam daging, kerana dagingnya agak liat dan pejal jika ingin dimasak perlu memakan masa yang agak lama untuk lembutkan daging ayam kampung ni.

Tidak dinafikan ayam daging lebih lembut isinya dan cepat bila dimasak, tetapi daging ayam kampung lebih enak kerana kurang lemak. Ayam kampung biasanya dibela dengan berkeliaran di kawasan rumah dan tidak dicucuk untuk proses pembesarannya.

Banyak tips yang boleh digunakan bagi melembutkan ayam kampung sebelum dimasak seperti rebus dengan air kelapa terlebih dahulu sebelum masak, atau menggunakan nenas yang dihancurkan dengan melumur keatas ayam dan bilas semula.

Kalau balik ke kampung mungkin agak mudah untuk mendapatkan daging ayam kampung ini, resepi gulai ayam kampung ini telah dikongsi oleh Mahirah Atiqah di facebooknya.

 

RESEPI GULAI AYAM KAMPUNG

Ayam kampung ada dua jenis, satu ayam kampung muda dan satu lagi ayam kampung tua. Daging ayam kampung muda lebih cepat lembut berbanding dengan daging ayam kampung tua yang memakan masa agak lama untuk lembut.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Ayam kampung ( potong dan dibersihkan )
  • 5 biji bawang merah ( hiris )
  • 5 atau 6 ulas bawang putih (hiris )
  • 2 inci halia ( hiris )
  • Sedikit lengkuas ( hiris )
  • 2 1/2 peket rempah kari daging
  • Sedikit asam keping
  • Santan ( mengikut kepekatan kuah yang diingini )
  • Perasakan gula dan garam
  • Sedikit air

 

CARA-CARA PENYEDIAAN GULAI AYAM KAMPUNG

▶️ Mula-mula tumis bahan yang dihiris dengan sedikit minyak sehingga keperangan.
Selepas itu, ambil rempah kari daging dan campur dengan sedikit air supaya menjadi pes.

▶️ Kemudian, tumis pes kari tadi sekali dengan bahan tumis tadi. Kacau rata sehingga pes betul-betul masak.

▶️ Apabila rempah dah masak, masukkan ayam dan kacau sebati sehingga semuanya tersalut dan masukkan sedikit air. Masak seketika untuk ayam empuk.

▶️ Seterusnya masukkan beberapa keping asam keping kedalam gulai.

▶️ Apabila sudah mendidih, masukkan santan sedikit demi sedikit mengikut kepekatan yang diingini.

▶️ Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Kuih Masalodeh Yang Ranggup Diluar Dan Lembut Didalam. Kuih Dari Masyarakat India Yang Disukai Ramai!

 

Lain ye bila masak ayam kampung ni, sebab kena check betul-betul ayam sudah empuk ke belum sebelum masukkan santan. Dalam resepi ini menggunakan ayam kampung yang tidak terlalu tua, jadi ayam lebih cepat empuk.
Bila dah siap masak boleh lah hidang dengan nasi putih, diganding pula dengan ulam-ulaman dan sambal belacan memang menyelerakan. Sekali sekala makan ala-ala kampung apa salahnya.

Resepi gulai ayam kampung ini tidak menggunakan keeisik ye, kalau ibu-ibu sudah terbiasa masak gulai dengan kerisik boleh sahaja tambahkan semasa memasak. Jangan lupa untuk mencuba resepi ini, selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.