Daging bakar harimau menangis ialah daging Harimau menangis yang diperap dan dibakar sehingga masak. Resepi Daging Bakar Harimau Menangis memgunakan bahan yang mudah untuk perapan daging.
Kalau makan daging bakar harimau menangis tak sah kalau tak ada thai cili sos yang dibuat sendiri, bukan yang dalam botol tu ye. Tapi nak guna yang dalam botol pun boleh.
Daging bakar harimau menangis sedap dimakan begitu sahaja atau dimakan dengan nasi. Tak hairanlah ramai yang minat dengan daging bakar ni, sampai sanggup pergi ke siam semata nak makan daging bakar harimau menangis ni.
Kalau nak yang rasa original kenalah pergi ke Siam, dapatlah rasa yang original. Tapi sekarang kat tempat kita pon dah banyak jual daging bakar harimau menangis ni, siap ada buat frozen lagi.
Resepi daging bakar harimau menangis hasil kongsian saudari Tahrunisah Jali di laman Facebook nya. Resepi ini juga disekalikan dengan thai cili sos untuk sos penyicah makan dengan daging.
RESEPI DAGING BAKAR HARIMAU MENANGIS
Resepi original daging bakar harimau menangis berasal dari Thailand sebab itu dimakan dengan thai cili sos yang rasanya masam, manis dan pedas.
Bahan-bahan yang diperlukan :
Sos perapan
- 2 kilo daging dipotong kecik atau suka hati
- 5 sudu besar sos cili maggi
- 5 sudu besar sos tiram
- 6 sudu besar sos black pepper
- 6 sudu besar sos ikan
- 1 1/2 sudu besar lada hitam tumbuk
- 2 sudu gula
- 1 sudu kecil garam
- 1/2 cawan minyak masak
CARA-CARA PENYEDIAAN SOS PERAPAN
▶️ Mula-mula campur kesemua bahan diatas kecuali minyak masak. Perap selama 30minit.
▶️ Kemudian baru tuang minyak masak dan gaul sebati dan perap lagi dalam 2 jam dan sedia untuk dibakar
▶️ Tujuan letak minyak masak untukk bagi daging lembut dan juicy
Bahan-bahan untuk sos ala thai
- segenggam asam jawa*
- 1 cawan air suam* – campur keduanya hanya ambil air asam jawanya sahaja
- 3 sudu sos ikan
- 1 biji limau nipis
- 1 keping gula melaka ditumbuk halus
- 10 biji cili api tumbuk halus nak pedas boleh tambah lagi
- 8 biji bawang merah kecik dihiris nipis
- beras di sangrai (digoreng tanpa minyak dan tumbuk halus)
- daun ketumbar dipotong halus
- garam
CARA-CARA PENYEDIAAN SOS ALA THAI
▶️ Mula-mula masukkan semua bahan air asam jawa, sos ikan, gula melaka, cili api tumbuk, bawang merah, beras tumbuk dan daun ketumbar dicampur bersama dalam satu bekas.
▶️ Kemudian tambah sedikit air masak jika adunan nampak terlalu pekat dan perah limau nipis.
▶️ Perasakan dengan sedikit garam.
BACA JUGA : Resepi Laksa Utara Simple Menggunakan Sardin Tin. Mudah Dan Cepat Dibuat Dengan Menggunakan Sardin Tin!
Sumpah sedap! Sos perapan memang sedap meresap masuk kedalam daging. Nak Lagi sedap cicah pula dengan sos ala thai yang cukup rasa masam, pedas dan manis ni. Lepasni dah tak payah pergi jauh-jauh semata nak makan daging bakar harimau menangis ni.
Puas hati betul bila dapat buat sendiri, boleh makan banyak-banyak. Kalau beli sepinggan atau sepeket dah berapa, untuk family yang ramai memang tak cukup. Sos perapan boleh juga digunakan untuk ayam bakar, pasti sedap sekali.
Resepi daging bakar harimau menangis dan sos cili ala thai ni mudah sahaja untuk dibuat, follow sahaja resepi ini pasti hasilnya tak mengecewakan. Selamat mencuba!