Resepi Kek Oren Klasik. Pasti Sedap Dan Tidak Muak Untuk Dimakan!  

0 2,651

Kek oren merupakan salah satu kek klasik yang setanding sedapnya dengan kek marble. Resepi Kek Oren Klasik ini sangat mudah dan sedap dengan menggunakan sukatan cawan.

Pertama kali merasa kek oren, terus jatuh cinta dengan rasanya dan tekstur kek yang lembut. Kesedapan kek oren memang tiada gantinya. Tekstur kek yang lembut dan gebu menyedapkan lagi rasa kek oren ini.

Kalau tengok pada kek ini sangat plain macam kek kampung, tapi kesedapan kek oren dengan rasa oren yang sangat sedap pasti akan membuat ramai yang jatuh cinta dengan rasanya.

Resepi kek oren yang sedap ini dari perkongsian saudari Lin Zalika. Jangan kata kek yang biasa-biasa tanpa sebarang topping atau coklat, rasanya sangat sedap sesuai dengan selera ibu-ibu yang tidak gemar kek yang terlalu manis.

Kek oren kalau ibu-ibu ingin variasikan lagi boleh letak sedikit adunan coklat, seperti kek marble, pasti rasanya akan lagi sedap. Kek oren juga boleh diletakkan topping yang ibu-ibu gemari seperti buttercream atau topping cheese diatasnya mengikut selera masing-masing.

 

RESEPI KEK OREN KLASIK

Kek oren ini berasaskan dari cordial sunquick, jus oren dan parutan kulit oren yang ditabur diatas permukaan adunan kek, supaya kek lebih berbau harum dengan aroma oren.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 3 biji telur Gred A
  • 2 cawan Self Raising Flour Blue Key
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 6 – 7 sudu besar gula pasir
  • 1 biji oren diperah jus
  • 4 sudu besar Sunquick
  • 1 cawan Colavita Olive Oil
  • Sedikit parutan kulit oren
  • 1 penutup esen vanilla
  • Sedikit pewarna kuning lemon

CARA-CARA PENYEDIAAN KEK OREN :

▶️ Campurkan Self Raising Flour Blue Key bersama baking powder dan ayak sebanyak 3 kali

▶️ Seterusnya, campurkan Colavita Olive Oil dengan Sunquick, kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit

▶️ Kacau sebati dan tambahkan pewarna dan perahan air lemon, kacau lagi dan ketepikan

▶️ Kemudian, pukul putih telur bersama gula hingga kembang

▶️ Masukkan sedikit adunan yang di ketepikan tadi ke dalam meringue, kaup balik hingga sebati dan boleh curahkan balik adunan ke dalam bekas meringue. Masukkan kulit lemon parut. Kaup balik lagi hingga sebati

▶️ Akhir sekali, masukkan dalam loyang dan bakar mengikut setting oven masing masing.

 

BACA JUGA : Resepi Puding Milo Oreo, Pencuci Mulut Yang Sedap Dan Mudah Disediakan!

 

Harumkan kek oren ni, aroma dari parutan oren dan sunquick memang membuat lebih sedap. Kek oren merupakan kek yang rasanya sangat fresh dan sedap dimakan tidak kira masa.

Disebabkan kek oren ini tidak diletakkan pengawet bagi kek tahan lebih lama, ibu-ibu boleh menyimpan kek oren didalam bekas kedap udara dan simpan didalam peti ais.

Resepi kek oren klasik sudah diberi apa lagi ibu-ibu boleh cuba untuk buat sendiri. Yang pasti kek ini sedap walaupun disimpan didalam peti. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.