Resepi Makaroni Meatball Cheese, Hanya Bakar Menggunakan Air Fryer Sangat Mudah Untuk Dibuat!

0 3,467

Makaroni merupakan sejenis pasta kering yang berbentuk tiub. Pasta berasal dari Italy dan merupakan makanan asas orang Italy yang dibuat dari gandum durum. Sesekali ibu-ibu ubah selera dengan menyediakan makaroni meatball cheese untuk anak-anak boleh cuba Resepi Makaroni Meatball Cheese.

Hidangan yang femes menggunakan makaroni ialah mac&cheese yang sangat popular di negara-negara berbahasa Inggeris. Hidangan ini akan menggunak makaroni yang berbentuk tiub tersebut dan dicampur dengan pelbagi jenis cheese yang dimasak.

Makroni yang dicampur dengan meatball dan dibakar dengan sos yang berkrim dan ditabur pula dengan keju mozarella yang meleleh memang sangat enak sekali. Banyak yang membuat hidangan ini sebagai side income dengan menjual secara online.

Tak disangka yang ramai juga orang kita yang minat dengan makanan barat ini. Rasa sos yang berkrim dan cheese sangat perfect combination. Siapa yang tak suka dengan rasa lemak-lemak berkrim dari cheese.

Tambah pula sekarang apa-apa hidangan yang berkaitan dengan cheese pasti akan ada ramai peminat, yelah! Cheese rasanya sangat sedap walaupun rasanya hanya lemak-lemak masin sahaja. Resepi ini telah dikongsi oleh Myzazatul Ez Mansor.

 

RESEPI MAKARONI MEATBALL CHEESE

Meatball yang digunakan boleh sahaja menggunakan meatball daging atau ayam, mengikut citarasa masing-masing. Jika nak buat sendiri meatball menggunakan daging burger pun boleh, lagi sedap kerana daging burger sudah mempunyai rempah didalamnya.

photo6273691577633320035.jpg (718×960)

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Meatball
  • Dging cincang
  • Makaroni
  • Sos spageti cendawan kimball
  • Bawang holland
  • Capsicum
  • Mix herb
  • Mozarella cheese

photo6273691577633320036.jpg (718×960)

CARA-CARA PENYEDIAAN MAKARONI MEATBALL CHEESE

▶️ Untuk step pertama, bakar meatball didalam air fryer menggunakan suhu 170c dan selama 7 minit.

photo6273691577633320034.jpg (718×960)

▶️ Seterusnya, tumis bawang holland yang dipotong dadu sehingga naik bau, masukkan daging cincang, capsicum, sos spageti, 1 botol air yang menggunakan botol sos spageti, sedikit sos cili.

photo6273691577633320033.jpg (718×960)

▶️ Selepas itu, masukkan metball dan mix herb. Kacau sehingga sebati.

photo6273691577633320032.jpg (718×960)

▶️ Rebus makaroni bersama sedikit minyak sehingga lembut.

photo6273691577633320031.jpg (718×960)

▶️ Kemudian, masukkan makaroni kedalam bekas, masukkan sedikit sahaja tidak perlu terlalu banyak setiap bekas.

photo6273691577633320030.jpg (718×960)

▶️ Tuangkan kuah meatball kedalam bekas yang berisi makaroni, tabur cheese dan mixherb diatasnya.

▶️ Bkar pada suhu 170c selama 7 minit sehinggan cheese keperangan.

 

BACA JUGA : Resepi Bengkang Ubi Kayu Yang Lembut. Tidak Perlu Diperah Dan Disagat, Hanya Menggunakan Blender Sahaja!

 

Nampak seperti beli dikedai je, dengan lelehan mozarella cheese dan sos berkrim yang sangat menyelerakan. Bagi yang sukakan hidangan seperti ini perlu dicuba untuk dibuat sendiri dirumah, kerana lebih jimat dan sedap mengikut citarasa kita sendiri.

7829922.jpg (1200×800)

Rasanya yang mewah dengan daging kerana menggunakan dua jenis daging iaitu daging cincang dan meatball didalamnya. Jika ada yang tidak manyukai daging boleh sahaja tukar kepada ayam cincang dan meatball ayam.

Mixherb yang ditabur akan membuatkan aroma yang harum pada makaroni ini, biasanya masakan yang berasaskan pasta akan ditabur dengan mixherb ini. Jangan lupa untuk mencuba resepi makaroni meatball cheese yang sedap ini!

Leave A Reply

Your email address will not be published.