Resepi Jejari Kentang Cheezy Yang Mudah Dan Sedap. Sekali Makan Pasti Nak Lagi!
Pernah tak try resepi jejari kentang cheezy? Dengan keadaan anak-anak yang sedang pdpr ditambah lagi dengan musim hujan, confirmlah asyik ulang alih masuk ke dapur je. Mak-mak yang pening nak masak apa tu, jom try resepi jejari kentang cheezy ni. Confirm anak-anak akan suka!
Cara penyediaan resepi ini sangat lah mudah. Tak perlu banyak bahan pun, sangat simple dan anak-anak pasti menyukainya. Bahan utama mesti ada kentang je, terpulang pada kita nak tambah cheese atau tidak. Tapi kalau ada cheese lagi sedap lah.
Cara penyediaanya tidaklah renyah, hanya perlu buang kulit kentang dan direbus sampai empuk. Kemudian dilenyek sampai hancur dan diletakkan daun ketumbar, carrot dan cheese cheddar sebagai penambah selera. Barulah semua bahan-bahan tersebut diadun sekali.
Seterusnya, bentukan adunan tersebut menjadi jejari dan golekkan dengan serbuk roti. Part ini anak-anak pasti rajin nak tolong sebab masing-masing seronok didapur. Selesai membentuk adunan, goreng sehingga kekuning dan siap untuk dihidang. Cicah dengan sos atau mayones lagi paduu tau.
Resepi jejari kentang cheezy ini telah dikongsi oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Zana Mokhtar. Resepi yang sangat menyelerakan dan sangat mudah disediakan. Sangat sesuai untuk anak-anak dan seisi keluarga.
RESePI JEJARI KENTANG CHEEZY
kebanyakkan bahan-bahan digunakan boleh didapati di rumah sahaja dan tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak. Tanpa membuang masa lagi, jom kita tengok bahan- bahan yang diperlukan untuk menyediakan jejari kentang cheezy ini.
Bahan bahan yang diperlukan adalah :
- Kentang yang di rebus dan di lenyek kan.
- Daun ketumbar
- Carrot yang di racik halus
- Tepung Jagung ikut pada sukatan bancuhan
- Sedikit garam
- Cheese cheddar yang di dadu halus
- Serbuk roti spicy
CARA PENYEDIAAN RESEPI JEJARI KENTANG CHEEZY:
▶️ Kentang di basuhkan dan buang kulit. Lepas tu rebus sampai empuk. Lenyek kan sampai hancur.
▶️ Campurkan adunan kentang rebus yang di lenyekkan tu dengan garam, carrot, daun ketumbar dan cheese. Satu kan dan gaul kan sampai sebati.
▶️ Selepas tu campurkan adunan tepung jagung. Ikut sukatan la agak agak la. Bila kita pegang adunan tu tak melekat dekat tangan sangat.
▶️ Bentukkan seperti jejari dan golekkan dengan serbuk roti.
▶️ Gunakan minyak yang panas dan api jangan terlalu kuat yee. Setelah kekuningan angkat dan toskan minyak.
▶️ Siap! Senang kan nak buat.
BACA JUGA: Resepi Sambal Telur Puyuh Yang Mudah Dibuat, Sedap Dimakan Dengan Nasi Panas-Panas!
Siap untuk di hidang! makan bersama dengan sos atau mayones lagi sedap. Tapi kalau nak makan macam tu pun boleh je. Terpulang pada selera masing-masing. Resepi ini kalau dah cuba sekali pasti nak lagi.
Teksturenya yang ranggup confirm menyelerakan dan anak- anak pasti menyukainya. Tambahan pula bila dimakang panas–panas lagi sedap! Tapi kalau nak makan sejuk pun tidak akan berubah cita rasa. Sesuai juga dijadikan kudapan minum petang anak- anak.
Kalau nak difrozenkan pun boleh, hanya perlu dimasukkan dalam peti ais je. Bila-bila nak makan nanti barulah dikeluarkan dan goreng. Semoga resepi jejari kentang cheezy ini memberi manfaat untuk kita semua. Selamat mencuba!