Resepi Strawberry Crepe Yang Sedap Dan Super Creamy. Dengan Isinya Yang Montok Memang Syok Dimakan Bersama Keluarga!

0 1,372

Ramai tak yang suka makan durian crepe tak? Rasanya memang sedapkan tapi sekarang bukan musim durian memang susah nak dapatkan isi durian fresh. Jadi apa kata kita cuba buat buat resepi strawberry crepe yang sedap dan super creamy pula. Pasti anda akan suka. Boleh letak inti strawberry banyak-banyak confirm puas hati!

Kalau buat strawberry crepe pun sedap sebab adunan yang dicampurkan dengan jem buah strawberry nanti memang padu dengan rasa lemak creamnya. Sebab tu lebih baik buat isi tebal-tebal dan montok baru puas makan. Selain tu juga, boleh letak potong buah yang fresh, bila tergigit buah fresh tu memang nikmat sangat.

Makan time sejuk atau tak, kedua-duanya sedap rasanya. Strawberry crepe ni selalu je kita beli. Tapi sekarang ni kalau dah tahu cara membuatnya, lagi berbaloilah buat sendiri. Selain inti strawberry anda juga boleh letak inti apa-apa sahaja yang anda suka seperti manggo, kewi dan blueberry dan macam-macam lagi.

Bila buat sendiri rasa pun lebih marvelous dan sedap dengan isi yang tebal. Kalau beli tu kadang-kadang datangnya saiz comel atau inti didalamnya pun kurang. Selain intinya, apa yang buat sedap ialah kulit strawberry crepe  tu sendiri.

Nak buatnya agak makan masa sikitlah didapur sebab perlu buat adunan cream, adunan inti strawberry dan kulitnya sekali. Tapi sekali dah siap memang puas hati dan berbaloi. Resepi yang dikongsikan dari Haseena Cake House ni sangat simple dan senang untuk anda follow.

 

RESEPI STRAWBERRY CREPE

Kalau ikut perkongsian resepi, boleh hasilkan dalam kuantiti yang banyak. Tapi ianya bergantung pada saiz dan ketebalan kulit anda buat. Kalau nak lebih atau kurang anda boleh adjust sukatan dan saiz strawberry crepe. Kalau buat saiz yang sederhana nak makan pun senang, sekali ngam dah penuh masuk mulut.

Bahan-bahan yang perlukan : 
Bahan inti :
  • 250 ml susu segar (Dutchlady)
  • 25g tepung gandum
  • 25g tepung kastard
  • Secubit garam
  • 2 biji telur gred B
  • 1 sudu mentega cair
  • Sedikit pewarna merah
  • 25g tepung jagung
  • 25g tepung ubi

 

Bahan Inti Krim Strawberry :
  • 200ml Whipping Cream (whipped)
  • Strawberry Filling (Nak combine dengan fresh strawberry lagi sedap)
CARA PENYEDIAAN STRAWBERRY CREPE :

▶️ Masukkan tepung, telur, susu segar, garam dan beberapa titis pewarna merah ke dalam blender. Blend sehingga sebati dan tapis batter tadi ke dalam bekas lain.

▶️ Panaskan kuali (nonstick pan) dan tuangkan satu senduk adunan tadi ke dalam kuali dan ratakannya menjadi bulatan. Masak hingga nampak bubble-bubble timbul dipermukaan.

▶️ Tak perlu terbalikkan dan terus angkat. Ulang proses hingga habis.

▶️ Seterusnya, letakkan 1 scoop atau sudu krim putar, kemudian letakkan strawberry filling diatasnya, bagi yang nak letak fresh strawberry letak atas filling kemudian wrap dan kelihatan seperti bantal.

▶️ Simpan dalam peti ais 30minit sebelum hidang.

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Masak Madu Merah Yang Super Marvelous. Makan Dengan Nasi Putih Confirm Terangkat!

 

Tada dah siap! Memang syok bila dimakan waktu sejuk-sejuk. Bila lalu ditekak memang layan. Untuk inti ni sebenarnya terpulang kalau anda nak buat lain perisa coklat, oreo dan sebagainya. Yang selalu dijual perisa durian dan kartard.

Buat dengan perisa apa pun serius sedap. Janji inti strawberry ni kenalah lebih sikit. Kalau kurang tak berasa pula. Strawberry crepe nak hidangkan pada keluarga anda pada bila-bila masa pun boleh. Pasti mereka suka! Cara yang creamy memang sedap dan cair je dimulut.

Inti ni kalau anda nak buat banyak terus pun boleh, pastikan simpan dalam peti sejuk beku. Bila nak buat boleh gunakan semula. Semoga dengan perkongsian resepi strawberry crepe memberi anda manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.