Resepi Kuey Teow Kungfu Yang Paling Power. Satu Pinggan Tak Cukup Dibuatnya!

0 10,990

Dalam banyak-banyak menu kuey teow. Kuey teow Kungfu juga antara makan yang paling digemari oleh setiap orang. Resepi kuey teow kungfu ni sebenarnya sangat simple untuk disediakan. Teksturnya yang berkuah dan banyak bahan tambahan menjadikan menu ini sangat sedap. Nak letak banyak ayam dan seafood pun boleh.

Memang sedap kalau makan panas-panas. Kuah pula pekat dan sedap berperisa. Sepinggan pasti tak cukup dibuatnya. Confirm makan sampai licin. Antara rahsia kuey teow kungfu yang padu bila kuahnya tu pekat, rencahnya berasa dan cukup kepedasanya.

Yang lagi istimewa dengan kuey teow kungfu ni adalah kuey teow nya digoreng terlebih dahulu bersama telur dan kuahnya dituang kemudian, sejurus sebelum dihidang. Jadi kuey teow ni tidak akan cepat kembang dan cepat muak. Selain tu nak letak pelbagai lauk pun boleh seperti ayam, udang, daging, sotong atau sebagainya. Lagi banyak lauk lagi sedap.

Hidangan ni juga sangat padu bila dimakan dengan cili jeruk dan sambal kicap. Rasa masam dan sedikit pedas menambahkan lagi kesedapan hidangan ini. Kalau anda dah bosan asyik makan yang sama seperti kuey teow goreng basah, kuey teow lakna dan macam-macam lagi. Anda boleh cuba masak kueh teow kungfu pulak. Pasti anda akan teruja dengan hasilnya nanti.

Resepi yang simple ini dikongsikan oleh En Zur Ain Salim. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi yang sedap ini. Menu ini juga sesuai dijadikan hidangan pada makan tengah hari ataupun makan makan. Confirm suami dan anak-anak anda akan suka.

 

RESEPI KUEY TEOW KUNGFU 

Buat sendiri lagi jimat berbanding beli dikedai. Dikedai kadang-kadang rasanya kurang perisa, kurang sedap, lauk kurang. Tapi bila anda masak dirumah pasti lebih puas hati dan sangat berbaloi. Nak letak banyak mana pun boleh. Kalau nak pelbagai jenis sayur pun boleh. Terpulang pada anda.

Bahan-bahan yang perlukan :
  • 3 ketul isi ayam (potong dadu)
  • 5 udang (dibuang kulit)
  • 2 sotong (dipotong)
  • 3 ulas bawang putih (cincang)
  • Bunga kobis (potong kecil)
  • carrot (hiris halus)
  • 5 batang baby corn
  • Sedikit sawi (potong kecil)
  • 2 sudu tepung jagung + 1 cawan air (bancuhkan)
  • 1 sudu lada sulah
  • 2 sudu sos tiram
  • Garam dan sedikit gula
  • 1 paket kuey teow
  • 2/3 biji telur (dipukul)
  • Sedikit tepung jagung
  • Minyak untuk goreng kuey teow

CARA PENYEDIAAN KUEY TEOW KUNGFU :

▶️ Pukul telur dan gaul bersama kuey teow. Kemudian taburkan sedikit tepung jagung.

▶️ Panaskan minyak dan goreng telur dan mee dalam kuantiti sikit hingga agak garing. Ketepikan (satu portion untuk 1 pinggan).

▶️ Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan sotong. Kemudian masukkan air , lada sulah dan sos tiram.

▶️ Masukkan  baby corn dan carrot. Kemudian masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak berketul. Akhir sekali masukkan campurkan bunga kobis dan sawi.

▶️ Perasakan dengan garam & gula dan kacau. Tutup tuang kuah ke atas kuey teow yang digoreng tadi.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Lala Bercili Singapore Yang Sangat Simple Dan Marvelous. Pasti Membangkitkan Selera Makan Anda!

 

Tada dah siap! Hasilnya sangat menarik. Tak sabar pula rasa nak makan. Biasanya bila buat gorengan kuey teow tak perlu letak banyak-banyak sangat kuey teow pun. Sebab bila campur dengan kuah ianya akan lebih kembang dan banyak. Dan ianya sangat mengenyangkan tak perlu nak makan nasi dah.

[]

Mana taknya, ada salut telur, sayur dan dicampurkan dengan lauk ayam dan seafood lagi didalam nya. Hidangan ini juga sesuai untuk dihidang pada anak-anak rasanya pun tak pedas dan dalam sepinggan menu ni dah cukup lengkap semua khasiat.

Tapi kalau anda nak makan pedas boleh titikkan cili padi dan masukkan dalam kuah masa mendidih. Sangat sedap. Semoga dengan perkongsian resepi kuey teow kongfu ini mendapat memberi anda manfaat dan boleh share juga resepi ini pada kawan -kawan. Selama mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave A Reply

Your email address will not be published.