Resepi Asam Pedas Ikan Pari Yang Marvelous. Sepinggan Nasi Tak Cukup Dibuatnya!

0 2,697

Ikan pari sangat terkenal dengan masak asam pedas. Keenakkan sajian asam pedas jugak terletak pada kuahnya yang padu. Cukup pekat, rasa pedas, masam dan manisnya menjadikan hidangan ini digemari ramai. Bagi anda yang nak masak lauk asam pedas ikan pari boleh cuba resepi ini.

Sajian asam pedas juga sangat popular di Melaka. Kalau berkunjung ke Melaka, pasti saja memilih untuk mencari asam pedas ikan pari disana. Walaupun pes asam pedas juga semakin banyak dijual, tetapi rasa asam pedas yang menggunakan pes tidak sama dengan masak tanpa menggunakan pes.

Kalau nak pilih ikan pari ni kena pilih yang betul-betul ye. Biasanya kalau ikan pari jantan isi keras berbanding ikan pari betina. Ianya perlu dimasak lama sedikit baru lembut. Make sure tanya penjualnya dulu baru beli. Selain ikan pari, boleh jugak gunakan, daging, ayam dan telur ikan. Namun pastikan semuanya segar barulah rasa lebih mengancam.

Untuk menggelakkan ikan pari berbau hanyir, ikan perlu dibasuh bersih menggunakan limau ataupun asam jawa. Lebih baik dibiarkan ketika sebelum dibilas. Untuk mereka yang penggemar asam pedas ikan pari boleh rujuk resepi mudah ini.

Resepi asam pedas ikan pari ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Farhana Ismail. Terima kasih diucapkan kepada beliau, kerana sudi berkongsi resepi asam pedas ikan pari yang sangat istimewa ini disini.

 

RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI

Selain dimakan dengan nasi putih, asam pedas ikan pari ini sangat sedap dimakan dengan telur asim dan ulam-ulaman. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaan masak asam pedas ikan pari ini.

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • Ikan pari
  • Bunga kantan (jika tiada tak payah letak)
  • Daun kesum
  • Tomato

Bahan kisar :
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang serai dititik
  • 5 sudu besar cili kisar (nak pedas lebihkan)
  • Belacan
  • Halia
  • Lengkuas
  • Air Asam Jawa
  • Garam
  • Gula

CARA PENYEDIAAN ASAM PEDAS IKAN PARI :

▶️ Panaskan minyak tumis bahan kisar dan cili kisar. Masukkan serai dititik dan dan tumis sampai pecah minyak.

▶️ Kemudian, tambah air asam jawa. Tambah air ikut kepekatan yang kita nak.

▶️ Biar dah mendidih masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan kalau ada dan perasakan dengan garam dan gula.

▶️ Last sekali, masukkan buah tomato, kalau suka bendi boleh masukkan bendi. Terpulang pada citarasa masing-masing.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Ikan Keli Bakar Yang Mudah Dan Sedap. Cicah Dengan Cili Kicap Memang Padu!

 

Wah! siap untuk dihidang. Makan panas-panas lagi sedap. Anda juga boleh mencampurkan sayur bendi dalam penyediaanya. memang sedap! Barulah lengkap menu asam pedas kita. Gabungan antara asam pedas pari dan juga sayur menjadikan hidangan ini lebih mantap!

Lepas ni boleh anda cuba masak asam pedas secara homemade pulak. Cuba masak tanpa menggunakan pes asam pedas. Memang lain rasanya. Selain cara penyediaan yang sangat mudah malah bahan memasak yang digunakan juga tidak renyah. Pasti seronak jugak dapat makan dengan air tangan sendiri.

Asam pedas setiap negeri juga berbeza, anda boleh cuba versi yang ini dulu. Manalah tahu sesuai dengan selera anda. Boleh masak lagi. Semoga resepi asam pedas ikan pari ini memberi manfaat untuk anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.