Resepi Mudah Biskut Chocolate Cornflakes Crunchy. Memang Kesukaan Anak-Anak!

0 1,311

Tengah cari resepi biskut raya terbaru ke ibu-ibu? Meh, cuba Resepi Biskut Chocolate Cornflake Crunchy ni pasti anak-anak suka. Setiap kali raya salah satu benda wajib ada ialah biskut raya. Kalau tak ada biskut raya atas meja pasti tak lengkap kan?

Kebiasaannya, biskut raya yang sedap selalu habis dahulu. Yelah, biskut sedap mestilah ramai peminat. Apa kata tahun ni cuba buat biskut raya sendiri, kadang-kadang biskut raya yang dijual diluar sana tak menepati citarasa kita.

Biskut chocolate cornflakes crunchy dengar nama pon dah tahu sedap, belum makan lagi. Setiap gigitan pasti akan kedengaran crunchy-crunchy cornflakes tu. Ditambah pulak dengan rasa coklat pada biskut memang lagi mengancam jadinya.

Bagi yang pertama kali nak buat biskut raya yang simple dan mudah, boleh follow je resepi yang saya kongsikan  di bawah ni. Silap-silap tak sempat hidang raya, dah habis licin sebalang.

Resepi kali ni dikongsi oleh Farisha Sofea boleh dijadikan salah satu biskut di atas meja ketika raya nanti. Pasti akan ramai yang akan sukakan biskut ni. Resepi biskut yang wajib cuba untuk hari raya ni!

 

RESEPI BISKUT CHOCOLATE CORNFLAKES CHRUNCY

Bahan yang digunakan untuk membuat biskut chocolate cornflakes crunchy ni sangat mudah dan senang untuk didapati. Cara membuat pon agak mudah dan senang.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 150g mentega
  • 70g gula kastor
  • 1 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 130g teoung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 60g serbuk koko
  • ½ sudu kecil serbuk penaik
  • 50g cornflakes ( diramas kasar )

CARA PENYEDIAAN BISKUT CHOCOLATE CORNFLAKE CRUNCHY :

▶️ Mula-mula satukan mentega bersama gula dan pukul sehingga kembang dan sebati.

▶️ Seterusnya, masukkan telur dan juga esen vanilla. Pukul rata.

▶️ Kemudian masukkan tepung, tepung jagung, serbuk koko dan juga serbuk penaik. Kacau adunan sehingga sebati.

▶️ Selepas itu, masukkan cornflakes yang dah diramas kasar.

▶️ Gaul rata.

▶️ Simpan adunan didalam peti sejuk selama 30 minit.

▶️ Kemudian bentukkan adunan dan golekkan lagi ke dalam cornflake sehingga tersalut keseluruhan doh.

▶️ Jangan lupa panaskan oven.

▶️ Susun doh biskut ke atas Loyang pembakar.

▶️ Akhir sekali bakar biskut dengan suhu 180oc selama 30 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing.

▶️ Siap, boleh disimpan dilam bekas biskut.

 

BACA JUGA : Resepi Nona Manis Lembut Cair Dimulut! Kuih Yang Ringkas Dan Mudah Untuk Dibuat.

 

Ada sesetengah orang suka lebih rasa coklat dalam biskut mereka. Jadi boleh lah ditambah coklat chip di dalam adunan biskut mengikut citarasa sendiri. Ini membuatkan biskut chocolate cornflakes crunchy anda lebih rasa coklat.

Disarankan untuk buat biskut chocolate cornflake crunchy ni pada waktu malam disebabkan bau biskut ni pasti semerbak satu rumah bila dibakar. Takut tak sempat masuk balang biskut tapi habis didalam mulut dulu.

Resepi biskut chocolate cornflake crunchy  ni mudah dan senang tapi rasa dah macam biskut premium! Resepi  dari Farisha Sofea yang wajib dicuba untuk tambah koleksi biskut raya nanti. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.