Resepi Kuih Lompang Lesung Pipit Yang Sungguh Lembut Dan Lemak Manis. Sangat Mudah, Guna Sukatan Cawan Je!
Kuih lompang antara kuih tradisional yang sangat ramai penggemarnya. Memang sedap dijadikan juadah minum petang dengan keluarga. Memandangkan kuih ini ramai penggemarnya, apa kata kata kita cuba buat resepi kuih lompang lesung pipit dirumah. Selain sedap, cara buat kuih ni juga simple je.
Kuih ni sedap dan lemak manis rasanya. Manakala tekstur kuih yang lembut bergoyang memang menarik minat untuk mencubanya. Selain tu, secara fizikalnya kuih ni jenis kecik-kecik dan berlesung pipit. Cantik je bila dihidangkan. Mudah untuk dimakan, terus ngap masuk mulut.
Tambahan lagi, yang membuatkan kuih bertambah sedap bila dimakan atau digaul dengan kelapa parut muda. Memang bertambah enak lah. Kuih ni keakan sama macam kuih kaswi kaedah penyediaan kuih sama. Namun bahan yang digunakan seakan sedikit berbeza. Kedua-dua mempunyai kesenian yang tersendiri.
Nak buat kuih lompang juga mudah dan simple je. Bahan yang gunakan pun tidak renyah. Apa yang buatkan teksturnya lembut gedik bergoyang tu ialah bahan kapur makan yang digunakan. Kalau angkat je bergoyang-goyanglah kuih ni. Itu bezanya dengan kuih-kuih tradisional yang lain.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Julia Aleen Aireish. Kerana sudi berkongsi cara mudah menyediakan kuih lompang yang delicious ini. Dan sangat sesuai dijadikan untuk juadah minggu petang hari ini. Yang tak pernah cuba buat boleh follow resepi yang dikongsikan ni.
RESEPI KUIH LOMPANG LESUNG PIPIT
Beruntunglah kalau dapat buat sendiri kuih ini. Kalau ikut sukatan resepi, boleh hasilkan sehingga 70 biji kuih lompang. Pasti anda dan tak sabar nak mencuba resepi ini kan. Tanpa membuang masa lagi. Apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaan kuih lompang ni.
Bahan-bahan yang perlukan :
- 500gm tepung beras
- 100gm gula pasir
- 300gm gula merah
- 6 cawan air
- 3 sudu makan air kapur
- 2 helai daun pandan (disimpul)
- 1 biji kelapa perut putih sahaja (kukus sebentar)
- Secubit garam
CARA PENYEDIAAN KUIH LOMPANG LESUNG PIPIT :
▶️ Dalam periuk satukan gula merah, gula pasir, daun pandan dan 3 cawan air, masak hingga gula licin ketepikan dan sejukkan dulu.
▶️ Dalam bekas lain bancuh tepung beras bersama dengan 3 cawan baki air lagi. Kemudian tuang air gula merah bancuh hingga licin tidak berketul dan tapiskan.
▶️ Sapukan acuan lompang dengan minyak masak supaya tidak melekat. Tuang adunan hampir penuh susun dalam kukus.
▶️ Pastikan air mendidih panas secukupnya, kukus selama 10 minit atau hingga masak api kuat.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA: Resepi Nasi Marjerin Bersama Ayam Panggang Dan Sos Pedas. Serius Sedap, Anda Wajib Cuba!
Tada dah siap! Hidangkan untuk minum bersama keluarga memang syok. Selain menggunakan gula melaka atau gula merah. Anda juga boleh buat perisa lain pun boleh. Contohnya perisa pandan, Gantikan je gula melaka ni dengan pandan emulco atau air daun pandan dikisar.
Kuih tradisi ni memang kena kita belajar supaya ianya tidak ketinggalan. Yelah anak-anak zaman sekarang nama kuih pun tak kenal. Apatah lagi buat. Tapi sampai sekarang masin ada orang jual lagi. Ternyata kuih ni memang kegemaran ramai. Tak rugi kalau buat sendiri boleh makan makan banyak-banyak dan boleh bagi kepada jiran-jiran juga.
Kuih yang lagen ni anda boleh buat pada bila-bila masa. Boleh save dulu resepi ni, Bila dah ada kelapangan boleh buatnya nanti. Semoga dengan perkongsian resepi kuih lompang lesung pipit ni dapat memberi anda manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!