Resepi Swiss Tart Hazel Nutella Viral Cair Di Mulut. Sekali Makan Confirm Tak Boleh Berhenti!

0 4,864

Swiss tart hazel nuttella ini merupakan antara biskut raya yang sangat popular. Kalau hidang sekejap je dah habis kerana ramai yang menyukainya. Kalau beli berbalang balang confirm tak cukup. Jadi apa kata kita buat sendiri di rumah. Resepi swiss tart hazel nutella sangat mudah dan sedap, pasti anak-anak menyukainya.

Biskut swiss tart hazel nuttella ini boleh dihidang pada bila-bila masa tidak kira lah menjelang perayaan ataupun dijadikan menu kudapan dirumah. Bila menjelang bulan Ramadhan, pasti ramai yang menempah biskut ini. Kekadang belum habis puasa lagi biskut ini dah habis terjual. Jadi, apa kata anda cuba sendiri resepi swiss tart hazel nuttella ini.

Bila buat sendiri dirumah, pastinya anda lebih puas hati. Cara penyediaan sangat senang. Menggunakan bahan manual pun boleh. Bila buat dengan keluarga lagi seronok, boleh mengisi masa lapang bersama keluarga, dan menjadi kenangan bersama.

Swiss tart hazel nuttella salah satu biskut yang menjadi focus utama perniaga online  menjelang musim  perayaan. Jadi tak rugi jika anda ingin mencuba untuk membuatnya sendiri dirumah. Rasa yang lebih enak dan lebih lebih sedap. Mana tahu suatu hari nanti anda boleh berniaga online pula.

Disebabkan resepi ini sedap dan senang, apa kata anda follow resepi yang dikongsikan oleh penggunaan facebook cik puan Liza Idris .Terima kasih juga berkongsi resepi. Bila buat sendiri lagi puaskan makan. Sambil layan drama korea boleh makan biskut ini, sedar tak sedar dah habis sebalang.

 

RESEPI SWISS TART HAZEL NUTELLA

Cara penyediaan biskut swiss tart hazel nutella ini  yang sangat simple dan sedap, Jom kita cuba buat! Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita tengok satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan biskut Swiss tart hazel nuttella ini.

 

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 500gm buttercup
  • 150gm gula icing
  • 380gm tepung gandum
  • 310gm tepung jagung
  • 50gm susu tepung
  • 1 penutup esen vanila
  • 1/2 cawan coklat rice
  • Kacang hazel ( bakar separuh masak)
  • Nutella

CARA PENYEDIAAN BISKUT SWISS TART HAZEL NUTTELLA : 

▶️ Masuk gula icing dan esen vanila gaul sebati.

▶️ Masuk susu tepung. Gaul lagi.

▶️ Masuk tepung jagung sedikit demi sedikit, juga gaul sebati, diikuti tepung gandum.

▶️ Kacau adunan sehingga tidak melekat ditangan.

▶️ Kod 864 acuan untuk hasil yang lebih cantik.

▶️ Lebih kurang macam biskut samprit. Kena tekan manual. Tekan sikit di bahagian tengah dan letak nutell

▶️ Hias dengan kacang hazel atas nutella. Bakar selama 20minit 170°c atau 15minit 160°c.

 

BACA JUGA : Resepi Kari Rusuk Kambing Yang Pekat dan Menyelerakan. Memang Padu Rasanya!

 

Simple je cara buatnya. Tidak perlu tunggu perayaan, biskut ini boleh dijadikan kudapan dirumah. Sambil tengok tv, tak sedar dah habis sebalang. Anak-anak pun mesti suka dapat makan biskut raya anda buat walaupun bukan musim perayaan.

Resepi ini sangat senang yang paling penting sangat sedap. Yang suka banking anda wajib cuba resepi ini. Manalah tahu daripada makan sendiri sehingga boleh buat berniaga satu hari nanti. Resepi yang sangat simple dan cara penyediaan yang mudah amat rugilah kalau tidak mencubanya

Semoga pengkongsian cara menyediakan Swiss tart hazel nuttella  ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Biskut yang sedap ini confirm anak-anak akan suka. Dan share supaya orang lain boleh mencuba resepi ini. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.