Resepi Sup Ikan Merah Yang Super Delicious. Menggunakan Yang Bahan Simple, Pasti Membangkitkan Selera!

0 3,081

Siapa yang suka makan sup ikan? mungkin ramai yang tak tahu cara nak masak sup ikan kan! Apa kata anda cuba resepi sup ikan merah yang dikongsikan ni confirm anda tidak akan menyesal. Kalau nak buat sup ikan, selain sup ikan haruan, ikan merah juga sangat sedap dimasak kerana isinya banyak, lembut dan manis.

Sup ikan merah ni selain sedap dimakan, malah ia juga baik untuk yang terkena demam dan selsema, hirup kuah sup yang panas-panas memang cepat melegakan deman dan selsema. Ikan merah ini mempunyai khasiat tersendiri dan sering mendapat permintaan tinggi dipasaran.

Antara khasiat ikan merah untuk kesihatan tubuh ialah mengandungi vitamin A semujadi yang beperanan sebagai antibody bagi tubuh badan dan sangat baik untuk penjagaan hati. Rasa isi ikan merah juga sangat sedap, lembut sangat sesuai jika dibuat sup.

Selain dimasak sup, ikan merah juga sedap dimasak, asam pedas, gulai kari, sweet dan sour dan bermacam-macam lagi. Namun sup ikan memang antara masakan yang sangat popular, lagi-lagi bahagian kepala ikan merah memang menjadi kesukaan dan rebutan ramai.

Cara penyediaan sup ikan merah juga sangat mudah, hanya menggunakan berapa bahan sahaja. Boleh je follow resepi yang dikongsikan oleh أم عقيل فوزيه يوسف dilaman facebooknya. Bila makan dengan nasi panas-panas memang membangkitan selera anda.

 

RESEPI SUP IKAN MERAH

Ikan merah lagi sedap jika mengunakan ikan fresh. Barulah terasa isi ikan yang manis dan sedap. Tanpa membuang masa lagi, apa kata tengok satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan resepi sup ikan merah. Jom masak!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 1 ekor Ikan merah (dicuci dengan asam jawa)
  • 2 labu bawang besar (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 inci halia (ketuk & hiris)
  • Sup bunjut (sup ikan adabi)
  • 1 batang serai (dititik)
  • Air
  • 3 bjij kentang
  • Cili api segenggam
  • Daun sup
  • Tomato sebiji

CARA PENYEDIAAN SUP IKAN MERAH :

▶️ Mula-mula tumis bahan hiris dan sup bunjut ikan.

▶️ Kemudian, masukkan kentang, air, serai, bila menggelegak masukkan cili api potong.

▶️ Masukkan ikan, perasakan dengan garam  secukup rasa.

▶️ Akhir sekali, masukkan hirisan daun sup dan daun bawang. Lepas tu masukkan tomato belah empat.

▶️ Sedia untuk di hidang.

 

BACA JUGA: Resepi Air Rebusan Pink Buat Badan Kekal Maintain Dan Cantik. Anda Wajib Try!

 

Mudahkan! Aroma sup memang membangkitan selera makan. Kalau nak sedap lagi makan sup ikan merah dengan cili kicap dan sedikit perahan limau pasti tak cukup semangkut. Menu ini juga sesuai untuk dihidang untuk makan tengahari ataupun makan malam. Nak makan ratah macam tu pun dan sedap tau.

Biasanya kalau makan dikedai memang semangkuk tak cukup dan harga jugak agak mahal. Lepas ini  kalau nak makan sup boleh sediakan hidangan ini dirumah sahaja, lebih puas hati makan dan boleh juga mengubah mengikut citarasa anda.

Resepi ini sangat simple rugikan kalau tak mencuba, makan sup ikan merah sekali sekala untuk dihidangkan pada keluarga pasti mereka akan suka. Semoga dengan perkongsian ini resepi sup ikan merah ini memberi manfaat buat anda semua. Selamat memcuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.