Resepi Tomyam Campur Thai Yang Simple Dan Padu! Rasa Sebijik Macam Kedai!

0 28,519

Kalau pergi kedai makan Siam tak sah kalau tak order tomyam. Tomyam dikira menu popular dikedai Siam. Resepi Tomyam Campur ni sangat mudah, tak perlu untuk ditumis, semua bahan campak-campak je dalam periuk.

Bila order tomyam campur mesti dah terbayang isi ayam, udang, sotong dalam tomyam tu. Hirup macam tu je dah sedap tomyam ni, belum lagi makan dengan telur dadar dan khailan ikan masin.

Tomyam mempunyai rasa yang pedas dan masam, dengan menggunakan bahan yang beraroma seperti serai, daun limau purut, halia, jus limau nipis, sos ikan dan cili untuk menghasilkan rasa tomyam yang masam dan pedas ini.

Macam-macam versi nak masak tomyam ni, ada yang letak susu, santan atau yang blend tomato untuk pekatkan kuah pun ada, mengikut selera masing-masing suka masak tomyam yang macam mana.

Ibu-ibu yang bekerja tak sempat nak masak boleh cuba resepi tomyam campur ni, resepi yang sedap dan senang telah dikongsi oleh Maryam Hussain. Masak tomyam dengan telur dadar pun dah beselera makan.

 

RESEPI TOMYAM CAMPUR THAI

Jika ibu-ibu tak mahu tomyam campur, boleh je buat tomyam ayam, tomyam seafood atau tomyam daging. Cuma ubah jenis lauk je dalam tomyam, ikut selera masing-masing.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1 sudu pes tomyam thai
  • 1 biji bawang holland
  • 2 biji limau nipis / kasturi
  • 2 batang serai
  • 1 sudu sos Ikan
  • Sedikit daun limau purut
  • Seinci halia
  • Seinci lengkuas
  • Batang ketumbar / sup
  • 2 biji cili ( nak pedas boleh tambah )
  • 2 biji tomato
  • 1 batang lobak merah
  • 5-6 udang
  • 1 dada ayam – dipotong dadu

CARA-CARA PENYEDIAAN TOMYAM CAMPUR THAI : 

▶️ Masukkan dua cawan air dalam kuali bersama bawang holland, Serai, batang ketumbar / sup, daun limau purut, lengkuas dan halia. Tunggu sehingga mendidih

▶️ Bila dah mendidih, masukkan udang dan ayam sehingga masak

▶️ Masukkan 1 pes tomyam thai bersama sos ikan dan perahan air limau nipis

▶️ Akhir sekali, masukkan tomato. Sedia untuk dihidang

 

BACA JUGA : Resepi Lejen Tepung Bungkus Pulut Hitam. Kuih Wajib Ada Setiap Kali Berbuka!

 

Fuhh! Menyegat betul rasa tomyam campur ni. Siapa kata masak campak-campak je boleh jadikan satu hidangan yang secukup rasa, sedap dan boleh buat si pemakan akan bertambah-tambah makan nasi.

Walaupun resepi tomyam ni dari Siam, tapi ramai pengemarnya di negara kita ni. Mana taknya, kedai-kedai makan Siam ni mudah sangat nak cari kat tempat kita ni. Jadi hidangan ni pun dah sinonim dengan dengan kehidupan disini.

Resepi tomyam campur thai ni sangat senang untuk ibu-ibu jadikan hidangan, tak semestinya makan dengan nasi, boleh juga dimakan dengan mee kuning, bihun Dan kuey tiow. Pasti menyelerakan. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.