Karipap sejenis kuih yang popular dimalaysia. Bahan utama inti karipap ialah daging dan kentang. Kuih karipap sering menjadi pilihan menu hidangan dalam apa-apa program untuk santapan minum petang. Resepi Karipap Kentang Ayam agak mudah dibuat cuma rumit dibahagian membentuknya sahaja.
Kalau di Johor karipap dikenali dengan epok-epok. Nama karipap mungkin disebabkan oleh kegunaan serbuk kari didalam masakan inti. Bahan utama uang selalu digunakan untuk inti ialah ubi kentang, tapi kadang-kadang ada juga yang guna ubi keledek.
Karipap tidak semestinya inti kentang dan daging, ada jenis lain seperti sardin, kentang ayam, keledek, kentang black paper, dan telur pun ada juga. Bentuk karipap tidak semestinya satu bentuk sahaja, bentuk karipap bergantung pada intinya supaya tidak sama dengan yang lain.
Satu jenis lagi ialah karipap pusing, bentuknya seperti karipap cuma bahagian pastrinya agak berbeza kerana digelek berlapis-lapis dan akan menghasilkan corak yang berlapis-lapis yang cantik. Kulit karipap ini lebih garing pada karipap jenis lain apabila digoreng.
Karipap yang garing dan ranggup memang disukai ramai, bukan sahaja inti yang sedap dan secukup rasa tapi keranggupan kulit juga penting. Resepi karipap ini telah dikongsi oleh Nur Nadiah Saiman.
RESEPI KARIPAP KENTANG AYAM
Karipap perlu dikelim untuk kemaskan bahagian tepi doh. Bagi yang mahir akan kelim menggunakan tangan dengan menarik sedikit bahagian tepi doh dan menekankannya bagi lekat. Bagi yang kurang mahir dengan kelim tangan boleh guna acuan karipap, lebih senang dan cepat.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 1kg tepung
- 5 sudu besar marjerin
- ½ cawan minyak masak
- Garam ( anggaran 1/2 sudu besar)
- Air secukupnya
CARA-CARA PENYEDIAAN KULIT KARIPAP
▶️ Mula-mula panaskan minyak masak dan marjerin sehingga cair.
▶️ Tuang minyak dan majerin cair sedikit demi sedikit ke dalam tepung.
▶️ Kemudian larutkan garam ke dalam air dan uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
▶️ Perap doh karipap lebih kurang 1-2 jam dan dah boleh buat bulatkan doh mengikut saiz karipap yang dikehendaki.
▶️ Selepas itu, canai doh dan boleh letak inti ditengahnya dan kelim bagi kemas.
▶️ Ulang sehingga habis dan boleh digoreng.
Bahan-bahan inti :
- 2kg kentang ( potong dadu)
- 2 biji bawang kecil
- 3 biji bawang putih
- 1 mangkuk daging ayam ( racik halus)
- Garam
- Gula
- Serbuk kari
- Daun sup
- Cili kisar
CARA-CARA PENYEDIAAN INTI KARIPAP
▶️ Panaskan minyak masak dan tumis bawang merah, putih dan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak.
▶️ Masukkan daging ayam dan kentang.
▶️ Kemudian, masukkan garam, gula dan serbuk kari dan masak sehingga kentang empuk. Boleh tambah air sedikit jika kentang belum empuk.
▶️ Taburkan daun sup ( optional)
BACA JUGA : Resepi Tauhu Bergedil Dengan Sambal Padu Yang Disukai Ramai, Lebih Jimat Kalau Buat Sendiri!
Karipap merupakan kuih kegemaran ramai, dengan keranggupan kulitnya dan kesedapan inti boleh membuatkan semua orang sukakannya. Kuih ini selalu menjadi pilihan apabila ada program dimana-mana kerana karipap tahan lama selepas digoreng.
Biasanya untuk membuat inti karipap sangat mudah, cuma untuk membuat kulitnya agak rumit sedikit. Untuk inti karipap tidak terbatas kepada inti kentang sahaja, boleh juga jika ingin membuat inti sardin, telur, keledek atau sayur.
Karipap memang sedap dimakan, tambah makan masa panas-panas lagi. Nak sedap inti perlu rasa pedas sedikit, daun sup yang dicampur didalam inti boleh menaikan rasa kesedapan inti tersebut. Jika ingin cuba untuk buat karipap boleh try resepi karipap kentang ayam ini!