Kuih puteri ayu, kuih yang berwarna hijau dan rasa lemak manis dengan aroma pandan yang sangat wangi. Resepi Kuih Puteri Ayu kali ini kami kongsikan dengan sukatan cawan, yang memudahkan lagi ibu-ibu untuk follow resepi ini.
Siapa tak suka dengan kuih puteri ayu ni, rasanya yang sedap lemak manis dan dikukus sekali dengan kelapa muda parut memang sedap sekali. Rasa pandan dan kelapa muda parut betul-betul perfect combination, membuat kuih rasa sangat sedap.
Warna kuih puteri ayu berwarna hijau pandan dan putih bertoppingkan kelapa parut. Biasanya kuih puteri ayu akan di masak secara Kukus. Tekstur kuih puteri ayu sangat lembut dan lembab seperti kek span pandan yang lembut tu.
Kuih puteri ayu mudah didapati di gerai-gerai yang menjual kuih, kalau di kampung setiap pagi pasti akan ada kuih puteri ayu di gerai nasi lemak. Agak mudah untuk didapati kuih puteri ayu ini, tapi nak lagi sedap ibu-ibu kena cuba buat sendiri.
Resepi kuih puteri ayu telah dikongsi oleh Eila Lela Chot, resepi yang mudah menggunakan sukatan cawan. Puteri ayu secantik namanya dengan warna hijau menawan dan rasa yang sangat lembut.
RESEPI KUIH PUTERI AYU
Bagi mendapatkan tekstur kuih puteri ayu yang spongy, dan lembut perlu menggunakan ovelate. Ovelate boleh melembutkan tekstur kuih menjadi lebih lembut dan rasa macam kek span.
Bahan-bahan yang diperlukan :
Bahan A :
- 1 cawan gula
- 3 biji telur
- 1 sudu makan ovelate
- 1 sudu kecil pewarna hijau
- 1 sudu kecil perasa pandan atau emulco pandan
Bahan B :
- 1 cawan santan (santan kotak Kara kecil +sedikit air jadikan 1cawan santan)
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu makan minyak masak
Bahan C :
- Kelapa parut ambil putih sahaja
- 1 Sudu makan tepung ubi
- Garam secukup rasa
CARA-CARA PENYEDIAAN KUIH PUTERI AYU
▶️ Mula-mula, mix semua bahan A sehingga kembang dan warna pucat, pastikan ovelate betul-betul sebati dan kembang.
▶️ Apabila bahan A dah betul-betul kembang, masukkan bahan B mix sebati.
▶️ Acuan oles dengan minyak, masukkan kelapa parut atau bahan C dan padatkan.
▶️ Kemudian, masukkan adunan kuih. Kukus api besar selama 25 minit.
▶️ Penutup lapik kain supaya air tidak mnitik pada permukaan kuih.
Bila guna resepi sukatan cawan ni lebih mudah dan cepat je nak siapkan satu kuih. Kuih puteri ayu memang sedap rasa manis bahgian kuih dan lemak masin di bahagian kelapa memang cukup sedap sekali.
Sekarang ini, kuih puteri ayu boleh didapati dalam pelbagai perasa seperti coklat cheese, keladi dan pelangi. Semakin menarik pulak kuih zaman sekarang ini, yang lama di variasikan menjadi satu rasa yang baru.
Hujung minggu bolehlah ibu-ibu cuba resepi kuih puteri ayu ni, syok bila boleh buat makan petang bersama keluarga. Silap-silap boleh sedekah kepada jiran tetangga sedikit untuk merasa. Selamat mencuba!