Resepi Creamy Milk Donut Yang Super Gebu Dan Lembut. Pasti Ramai Yang Menggemarinya!

0 443

Kalau anda suka pemanis mulut yang lembut dan gebu ala bomboloni. Jom kita cuba resepi Creamy milk donut yang marvelous ni. Donut ni sangat sedap gebu, lembut macam awan. Donut yang begini dah macam menjadi satu tred. Pelbagai variasi inti didalam. Sajian ni sesuai untuk minum petang bersama keluarga.

Selalu sangat dijadikan manisan di majis-majlis seperti hari jadi atau majlis keramaian yang lain. Macam-macam perisa atau fillingnya yang membuatkan donut ni sangat digemari. Cara penyediaan resepi creamy milk donut ni senang je. Tak banyak pun bahan yang digunakan.

Donut ni bukan je sedap dek perisa filling yang dimasukkan tu, malah tepung donutnya yang lembut tu ada manis berlemak dan gebu juga. Kalau buat sebiji-biji untuk anak-anak, pasti mereka teruja. Dulu kalau buat donut biasanya dimakan dengan gula jadi bila diletak filling yang macam ni memang lebih terangkat lah.

Kalau beli donut atau bomboloni ni dikedai, ada pelbagai perisa dan krim yang pelanggan boleh pilih. Tapi kadang-kadang ianya tidak kena dengan tekak juga. Ada yang donut keras lah, tak gebu lah dan macam-macam lagi. Tapi kalau buat sendiri hasilnya pasti anda puas hati dan buat banyak-banyak pun boleh.

Paling best boleh masuk letak filling atau krim yang anda suka. Paling mudah ialah coklat Nutella, jem strawberi atau boleh beli apa-apa sahaja perisa inti dikedai kek. Perkongsian dari Cik Puan Umi Watie  yang memang menarik dan nampak sangat lembut dan gebu. Cantik dan gebu gemas hasil kejadian donut yang buatkan kita geram.

 

RESEPI CREAMY MILK DONUT

Pasti anda pun dah tak sabar nak mencuba resepi creamy milk donut yang marvelous. Jadi tanpa membuang masa lagi, jom lihat kita satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaaan resepi ni.  Ni antara resepi yang paling mudah untuk anda ikuti step by step.

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • 1 biji kuning telur
  • 30 g dairy whipping cream
  • 5 g yis
  • 50 g gula
  • 1 sudu susu tepung
  • 30 g mentega
  • Secubit garam
  • 30 g gula
  • Secubit garam
  • 10 g tepung jagung
  • susu segar
CARA PENYEDIAAN CREAMY MILK DONUT :

▶️ Mula-mula masukkan tepung roti dan susu segar. On kan bread maker anda. Set kan pada uli ya. Tapi kalau nak ubi pakai mixer macam biasa pun boleh.

▶️ Bila hidupkan je suis mula, settingkan pada kerja ulian. Ini bergantung pada bread maker masing masing ya.

▶️ Bila nampak adunan kasar sudah terbentuk. Masukkan mentega ya. Kalau nak guna marjerin pun boleh. Takde hal.

▶️ Adunan yang dah siap diuli. Kita biarkan dia kembang 2 kali ganda. Biasanya kita tunggu 1 jam.

▶️ Tengok adunan dah naik gebus. Ini lebih kurang 1 jam ye.

▶️ Buangkan angin. Dah kempis balik.

▶️ Setiap doh berat 25 g dapat hampir 20 ketul. Buat comel-comel baru cantik.

▶️ Dah bulatkan, rehatkan dalam 15 minit. Kita biarkan doh kembang lagi sekali. Tutup dengan kain lembab ya.

▶️ Goreng dalam minyak yang panas tapi api kecil ya. Bergelang pun dia. Ini salah satu tanda donut kita gebu tau. Kompem lembut je donut ni. Angkat dan toskan hingga sejuk.

▶️ Kemudian cara buat krimnya pula. Masukkan gula. Secubit garam dan tepung jagung.

▶️ Masukkan susu segar. Hidupkan api ya. Kacau adunan atas api yang kecil sampai pekat.

▶️ Pastikan sentiasa di kacau supaya tidak hangit. Bila dah mula memekat matikan api. Sejukkan.

▶️ Adunan yang telah sejuk. Masukkan non dairy whipping cream. Boleh dibeli di kedai bahan bakeri ya. Pukul sampai kental, lebih kurang 3 minit pada kelajuan maksima. Masukkan adunan kastard susu tadi.

▶️ Belah 2 donut tapi jangan sampai putus ok. Bubuh inti macam ditengahnya.

▶️ Bila dah berbedak memang terus cun melecun. Hiasakn dengan hiasan pilihan ya. Kosong gini pun dah sedap sangat dah.

▶️ Siap! Makan seketul tak cukup.

 

BACA JUGA: Resepi Butter Chicken Yummy. Resepi Versi Paling Mudah Dan Jimat Masa!

 

Fuh! nikmatnya betul bila digigit donut yang lembut ni dengan rasanya yang manis kat luar, dan sedap berkrim di dalam. Hidangan untuk suami dan anak-anak pasti sebiji dua tak cukup. Lagi-lagi bila kita buat filling kesukaan mereka. Confirm laju je semua makan.

Donut ni boleh buat kita craving kalau dah suka. Kuih atau pemanis mulut yang gebu dan ada cream manis dan berperisa ni bila buat sendiri lagi untung. Boleh banyak sampai berpuluh-puluh biji. Nak bagi jiran rasa pun boleh. Pasti mereka suka kan.

Resepi ni nanti boleh buat untuk hidangan untuk anak-anak padahujung minggu nanti. Ikut resepi creamy milk donut yang dikongsikan ni. Pasti menjadi. Semoga dengan perkongsian resepi ni dapat memberi anda manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.