Resepi Mangga Cheesecake Marvelous Yang Viral. Makan Sampai Menjilat Jari!

0 358

Siapa yang tak suka cheesecake leleh! Sebut je menu ini confirm dah meleleh air liur. Lebih-lebih lagi pengemar cheese. Semua jenis makanan yang berasaskan cheese pasti disukainya. Hari ni nak share satu menu iaitu resepi mangga cheesecake yang viral dan sangat sedap. Pasti anda pun tak sabar nak mencubanya!

Mangga cheesecake ni tak terlalu heavy, tekstur pun lembut ala-ala makan puding buah aje. Rasa yang lebih fresh kerana disajikan dengan potongan buah mangga. Kombinasi antara biskut marrie, cheese dan buah mangga memang sangat marvelous. Pasti anda suka!

Rasa yang lemak lemak cheese dan manis dari buah mangga lagi nice rasanya. Sedap sangat kalau makan waktu sejuk. Bentuk sajian ini juga sangat menarik sesuai untuk jadikan dessert untuk disajikan pada para tetamu. Pasti ramai menyukainya.

Cara penyediaan juga senang dan bahan-bahan digunakan pun tidak renyah. Hanya menggunakan 5 bahan sahaja seperti susu, cream cheese, tepung jagung, biskut marrie dan buah mangga fresh. Hasilnya sangat delicious. Resepi ini juga tidak menggunakan pengkukus dan oven. Hanya perlu disejuk dan boleh terus dihidang.

Resepi mangga cheesecake ni hampir sama dengan cheeskut namun resepi ini menggunakan biskut marrie dan potong buah mangga. Disebabkan resepi yang dikongsikan mudah dan sedap apa kata kita lihat secara detail cara penyediaan resepi yang dikongsi oleh Cik Puan Umi Watie. Terima kasih sudi berkongsi resepi yang enak ini.

 

RESEPI MANGGA CHEESECAKE

Kalau nak  menu simple untuk dihidangkan minum petang boleh buat resepi mangga cheesecake ni. Pasti anak-anak akan suka. Lebih-lebih lagi kalau makan cheesecake yang sejuk. Syok je masuk dimulut! Tanpa membuang masa lagi apa kata kita tengok bahan-bahan dan cara penyediaannya.

Bahan-bahan yang perlukan :
  • 500 ml susu
  • 100 g cream cheese
  • 6 sudu susu manis
  • 3 sudu tepung jagung
  • Biskus marrie
  • Mangga

CARA PENYEDIAAN MANGGA CHEESECAKE :

▶️ Masukkan susu manis, tepung jagung dan cream cheese dalam kuali. Guna kuali anti lekat. Mudah kerja.

▶️ Kemudian masukkan susu segar. Kacau sebati.

▶️ Pasang api kecil saja. Kacau jangan berhenti sampai adunan pekat. Matikan api.

▶️ Siapkan semua bahan. Kita nak susun dalam bekas yang sesuai.

▶️ Biskut Marrie tu hancurkan. Nak patah-patah pun boleh.

▶️ Layerkan dengan mangga. Letak suku gelas sahaja.

▶️ Adunan cream cheese. Buat lapis demi lapis tau.

▶️ Akhir sekali atas tu bubuh biskut dan mangga kasi cun. Sejuk kan dalam peti sejuk sekurang kurangnya 1 jam. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Kerang Bakar Bersama Pencicah Ala Thai Yang Padu. Pasti Membangkitkan Selera Makan Anda!

 

Dah siap! Senangkan nak buat mangga cheesecake. Kalau masuk dalam peti ais confirm anak-anak pasti tak sabar nak tunggu sejuk. Makan sejuk-sejuk pasti delicious! Padu habis. Pemanis mulut ini sesuai dihidangkan untuk menu petang dan boleh juga dihidangkan pada tetamu.

Tengok gambar pun dah mengeliurkan dah, pada penggemar cheese boleh cuba buat resepi ini. Rasanya pasti anda puas hati. Dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ni dengan rakan-rakan pasti mereka suka resepi yang super sedap ini.

Dengan perkongsian resepi ni, semoga dapat memberi manfaat kepada semua. Resepi mangga cheesecake sangat mudah penyediaan dan bahan-bahan pun mudah didapati. Jika tiada kelapangan boleh save dulu resepi ini dan cuba next time. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.