Resepi Buko Pandan Filipina. Pemanis Mulut Paling Laris Anda Wajib Cuba!
Bila musim panas macam ni, makanan yang biasa dicari adalah makanan sejuk. Hari ni nak share hidangan yang pasti menjadi kesukaan orang ramai iaitu resepi buko pandan filipina, Nampak menarik dan sedap kan? Campuran pelbagai ramuan dalam resepi buko pandan filipina memang menarik minat untuk menikmatinya.
Menu ini pasti syok dinikmati sejuk lebih-lebih lagi jika cuaca panas membahang. Dikatakan buko pandan ini merupakan salah satu pemanis mulut yang terkenal berasal dari filipina dan biasanya ini disajikan di majlis-majlis tradisi mereka.
Buko pandan filipina ini bermaksud kelapa muda dan daun pandan. Rasanya yang berlemak manis ditambah dengan pelbagai campuran bahan lain seperti, agar-agar, sagu, isi kelapa, buah longan dan sebagainya. Jika anda suka buah lain selain longan boleh je tukar seperti buah rambutan, laici dan mata kucing. Ianya terpulang pada citarasa anda.
Resepi ini sangat sesuai dicuba kerana cara penyediaan yang sangat mudah dan rasanya sangat sedap dan menyegarkan. Buko pandan filipina ini juga sesuai juga dihidang pada majlis rumah terbuka ataupun majlis keramaian. Pasti menu ni menjadi pilihan ramai orang.
Disebabkan hidangan ini sangat ringkas dan ramai yang menggemarinya. Jadi apa kata kita follow resepi yang dikongsikan oleh Aisyah Humaira. Rasanya yang sangat fresh dan sedap sudah pasti ianya menjadi hidangan wajib yang harus dicuba.
RESEPI BAKO PANDAN FILIPINA
Hidangan dikata boleh disimpan dalam peti ais dan boleh bertahan 2 atau 3 hari tau. Jadi kalau nak makan boleh terus ambil dalam peti ais. Makan sejuk memang syok. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaannya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 pekat agar-agar (berperisa pandan)
- 1 cawan teh biji sagu
- 1 sudu kecil coconut Pandan Emulco
- 1 tin krimer sejat cair (saji)
- 1 cawan teh whipping cream non diary pukul tak perlu sampai kembang
- 1 cawan air gula
- 1 mengkuk isi kelapa
- 1 mangkuk kecil Nata De Coco (perisa kelapa)
- Air
CARA PENYEDIAAN PANDAN FILIPINA :
▶️ Pertama masak agar-agar, boleh follow cara memasak di belakang plastik agar-agar tersebut.
▶️ Kemudian masukkan daun pandan.
▶️ Apabila telah masak, biarkan agar-agar keras. Sagat ataupun potong dadu ikut saiz yang dikehendaki.
▶️ Kemudian masak sagu dan campur sedikit sedikit perwarna pandan. Kacau rata sehingga masak.
▶️ Selepas itu, sediakan nata de coco ambil isi saja, airnya tidak perlu. Masukkan bahan-bahan lain ke dalam bekas.
▶️ Campurkan susu cair bersama susu pekat. Kemanisannya ikut cita rasa masing-masing. Biarkan sejuk. Kemudian tuang ke dalam bekas berisi bahan-bahan lain.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA: Resepi Sup Ikan Merah Yang Super Delicious. Menggunakan Yang Bahan Simple, Pasti Membangkitkan Selera!
Wah! Nampak sangat menarik kan. Boleh variasikan dengan pelbagai buah yang anda suka. Rasa aroma daun pandan yang digunakan memang membuka selera. Kalau dihidangan pada majlis-majlis pasti hidangan ni menjadi tumpuan, tengok sekejap dah habis.
Kalau dah manarik macam ni nak hidang pada mertua pun tak jadi masalah, mesti mereka suka. Kebiasaan mak-mak ni memang gemar hidangan yang berasaskan buah-buahan daripada kek atau biskut. Sekali cuba resepi ini confirm repeat lagi! Serius tak menyesal cuba.
Hidangan ni kalau buat sendiri lebih puas hati. Boleh makan banyak-banyak semoga perkongsian cara menyediakan bako pandan filipina ini memberi manfaat kepada semua. boleh save dulu, nanti jika ada kelapangan boleh cuba resepi yang dikongsikan ini. selamat mencuba!.