Resepi Muffin Chocolate Chip Yang Gebu Dan Moist. Sesuai Dihidang Dalam Pelbagai Event!
Mesti ramai peminat coklat kan? coklat, kek coklat, muffin @ cupcake coklat, semua yang berkaitan dengan coklat memang sedap. Terutama di kalangan kanak-kanak. Jadi hari ini apa kata tiba cuba resepi muffin chocolate chip di rumah. Wah! Pasti anak-anak akan suka.
Muffin chocolate chip ini dikata ramai penggemarnya. Teksturnya yang sangat gebu dan moist memang syok dimakan pada bila-bila masa. Muffin ni kalau nak lagi sedap guna la coklat yang berkualiti. Hasilkan memang gebu dan moist je. Dan jangan terlebih bakar untuk mengelakkan muffin menjadi terlalu kering nanti.
Bentuk muffin chocolate chip yang bersaiz kecil mudah untuk makan dan mudah untuk anak-anak pegang. Muffin chocolate chip juga sesuai dijadikan hidangan untuk rumah terbuka ataupun majlis keramaian. Pasti ianya menjadi kesukaan orang. Ada juga menjadikan muffin chocalate chip ini sebagai doorgift untuk majlis kawin.
Cara penyediaan muffin chocolate chip ini sangat simple dan mudah. Hanya menggunakan bahan asas seperti tepung gandum, serbuk coco dan chocolate ship. Hasilnya dapat pemanis mulut yang sangat marvelous serius sedap. Confirm anak-anak akan suka.
Anda pun pasti tak dah sabar nak mencuba resepi ini. Resepi ini dikongsi oleh Ariana Sofia Ahmad di laman facebook nya. Ribuan terima kasih diucapakn kerana sudi berkongsi resepi muffin chocolate chip yang simple ini. Yang pastinya senang untuk anda menyediakan dirumah nanti.
RESEPI MUFFIN CHOCOLATE CHIP
Bagi yang belum pernah buat sendri boleh follow resepi ini step by step. Confirm ianya menjadi. Tanpa membuang masa lagi apa kata kita tengok satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara menyediakan muffin chocolate chip ini.
Bahan-bahan yang perlukan :
- 3 biji telur gred D
- 2 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan serbuk koko
- 2 sudu baking powder
- 1 sudu soda bikarbornat
- 1 sudu besar ovallete
- 3/4 cawan gula
- 1 cawan minyak masak
- 1 1/2 cawan chocolate chip
- 1sk esen vanilla
- 3/4 cawan susu pekat manis
- 3/4 cawan air panas
CARA PENYEDIAAN MUFFIN CHOCOLATE CHIP :
▶️ Mula-mula pukul telur sehinga sebati dan kembang.
▶️ Bila telur dah kembang masukkan ovallete. Dan pukul lagi sehingga sebati.
▶️ Masukkan pula esen vanila dan gula. Pukul sehingga sebati dan adunan menjadi licin.
▶️ Masukkan susu pekat manis. Dan pukul sebati.
▶️ Masukkan baking powder, soda bikarbonat, tepung gandum dan serbuk koko yang telah di ayak. Kacau dan pukul sebati. Adunan ni memang sedikit likat.
▶️ Masukkan minyak masak dan kacau sebati.
▶️ Masukkan air panas dan kacau sebati. Rehatkan adunan selama 5-10 minit supaya sejuk.
▶️ Akhir sekali masukkan chocolate chip. Dan kacau sebati.
▶️ Masukkan adunan ke dalam bekas 3/4 sahaja. Taburkan pula chocolate chip di atas.
▶️ Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 170°c. Bergantung pada oven masing-masing.
▶️ Muffin chocolate chip dah siap masak. Bolehlah dihidang.
BACA JUGA: Resepi Gulai Kari Daging Rebung. Rasa Sebijik Macam Gulai Kawah, Anda Wajib Cuba!
Dah siap! senangkan nak buat muffin chocolate chip. Tip senang je nak pastikan muffin ini dah masak sepenuhnya apabila dicucuk ke dalam muffin menggunakan bilah pencungkil gigi apabila ditarik dengan bersih ataupun tidak melekat. Wah! muffin anda dah masa dengan sempurna.
Tengok gambar pun dah mengeliurkan dah, pada penggemar coklat boleh cuba resepi ini dirumah. Rasanya pasti anda puas hati. Muffin ini juga sesuai dihidangkan untuk menu petang dan boleh juga dihidangkan pada tetamu.
Semoga dengan perkongsian resepi ni, dapat memberi manfaat kepada semua. Resepi muffin chocolate chip ini sangat mudah penyediaan dan bahan-bahan pun mudah didapati. Jika tiada kelapangan boleh save dulu resepi ini dan cuba next time. Dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ni dengan rakan-rakan pasti mereka suka resepi yang super sedap ini. Selamat mencuba!