Rahsia Buat Bihun Sup Tumis Darat Yang Padu Dan Marvelous. Makan Dengan Cili Kicap Memang Terangkatlah Dibuatnya!

0 1,167

Sedapnya kalau dapat makan bihun sup perkena pula dengan sambal cili mesti padukan! Dapat hirup kuah sup yang panas-panas memang terangkatlah. Harini nak share resepi bihun sup yang wajib anda try kerana penyediaan menu ini lain cikit sebab kita buat tumis darat. Mesti anda tak sabar nak cuba kan!

Biasanya kalau nak makan bihun sup yang sedap mesti kita terbayang bihun sup utara. Kalau makan di kedai susah nak cari kuah sup yang betul-betul kena dengan selera. Tapi kalau anda ikut resepi yang dikongsikan ini, serius kuah bihun sup anda serius sedap. Makan semangkuk confirm tak cukup!

Kalau dah tahu cara masak bihun sup ini dah tak payah ke Utara nak makan bihun sup yang sedap tu. Namun, banyak juga bihun sup yang ada dijual dekat pasar malam ataupun kedai, tapi kalau buat sendiri anda lebih puas hati dan boleh makan puas-puas.

Jika dilihat dari resepi ini, bahan tumis seperti bawang merah, bawang putih dan rempah ditumis dalam kuali yang berasingan dan ditumis sehingga perang, kemudian diangkat dan bahan tumisan tersebut dimasukkan dalam periuk berisi sup daging tue. Ini menjadikan rasa kuah sup sangat sedap dan marvelous!

Bagi perminat bihun sup boleh buat sendiri kat rumah kerana penyediaan sangat simple dan mudah. Menu ini dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iatu cik puan Teratak Eja. Bahan-bahan yang digunakan dalam masakan ini juga sangat mudah. Selamat mencuba!

 

RESEPI BIHUN SUP

Bihun sup ini tidak sah kalau tiada sambal cili atau sambal kicap. Wajib ada kalau nak lagi sedap.  Bila makan gaulkan bersama sambal tersebut. Barulah semangkut tak cukup. Kalau musim perayaan, nak hidangan kepada tetamu yang ramai sesuai dihidangakan bihun sup ini. Boleh buat banyak satu periuk dan hanya dipanaskan bila hendak makan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
 Bahan tumisan darat :
  • 3 biji bawang merah (dimayang)
  • 1 labu bawang putih (dimayang)
  • Rempah 4 sekawan (rempah sup tulang)

 

Bahan sup :
  • 1kg daging (potong besar)
  • 2 inci halia
  • 3 biji bawang merah (dimayang)
  • 10 ulas bawang putih (dimayang)
  • Rempah bunjut sup tulang
  • Air secukupnya

Bahan sambal kicap :
  • Cili padi merah
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Kicap lemak manis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Cuka secukupnya (sukatan bahan terpulang pada cita rasa masing-masing)

*Masukkan dalam pengisar, siap menjadi sambal kicap yang padu!

CARA PENYEDIAAN BIHUN SUP :

▶️ Satukan daging, halia, bawang merah, bawang putih, rempah sup bujut dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak guna api perlahan hingga daging empuk.

▶️ Reneh kuah sup hingga daging masak sempurna. Kemudian perasakan dengan garam, perasa dan asam keping dengan secukupnya.

▶️ Ambil daging dan sejukkan. Kemudian hiris nipis.

▶️ Ambil kuali berasingan panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumis darat hingga perang kemudian masukkan dalam kuah sup tersebut.

▶️ Hidangkan kuah sup bersama bihun, sambal kicap dan bahan sampingan lain seperti daun bawang, bawang goreng, taugeh dan sebagainya. Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Sambal Padang Yang Paling Sedap Dan Padu. Menu Ringkas Untuk Menyedapkan Hidangan Anda!

 

Wah! bila dan siap macam ini, rasa tak sabar nak makan. Bolehlah dihidangkan bersama dengan bahan tambahan lain seperti sayur kobis, taugeh, atapun kangkung, kalau anda suka rasa masam-masam cikit boleh letak perahan limau. Confirm bertambah-tambah dibuatnya.

Resepi bihun sup ini sangat simple dan senang nak buat. Kalau teringin nak makan bihun sup yang sedap boleh follow resepi ini. Jika anda lebih suka mee kuning boleh tukar bihun kepada mee kuning. Menu ini boleh dicuba bila masa-masa samada untuk hidangan tengahari, petang atau makan malam.

Semoga pengkongsian cara penyediakan resepi bihun sup ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Boleh cuba bila-bila masa dan share supaya orang lain boleh mencuba resepi bihun sup yang super power ini. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.