Resepi Spaghetti Aglio Olio Seafood Yang Sangat Sedap. Buat Sendiri Confirm Bertambah-tambah!
Tekak teringin nak masak western food! Rasa nk tukar selera? Jom cuba resepi spaghetti aglio olio seafood yang sedap dan mudah. Menu spaghetti aglio olia biasa dijual di restoran disekitar Malaysia dan menu ini ramai yang mengemarinya kerana keunikkan rasanya dan tidak muak.
Aglio alio ini berasal daripada itali dimana ianya bermaksud hidangan spaghetti bersama bawang putih dan minyak. Tidak seperti spaghetti yang biasa kerana teksturnya menu ini kering dan mempunyai rasa yang sangat unik. Oleh sebab itu ramai yang menyukainya.
Kebiasaanya harga spaghetti dekat kedai atau restoran agak mahal kan. Apa kata buat sendiri lagi jimat. Sangat berbaloi dan nak makan banyak banyak pun boleh. Cara penyediaan spaghetti aglio olia seafood ini pun sangat senang dan mudah.
Spaghetti aglio olia ini boleh dihidangan dengan seafood seperti udang dan kepah. Tetapi kalau anda tidak suka seafood boleh tukar dengan lauk lain. Anda boleh ubah mengikut cita rasa anda sendiri. Variasikannya mengikut cita rasa masing- masing.
Resepi spaghetti aglio olia seafood ini telah dikongsi oleh seorang pengunaan facebook iaitu cik puan Maya Miera. Disebabkan cara penyediaannya yang sangat simple jom kita try. Tak perlu pergi kedai restoran untuk makan hidangan ini. Bila buat sendiri lagi puaskan makankan. Tak rugi cuba tau!
RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO SEAFOOD
Tanpa membuang masa lagi, apa kata anda tengok satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan resepi spaghetti aglio olio seafood. Rasa spaghetti yang unik iaitu campuran minyak dan bawang putih confirm sedap. Jom masak!
Bahan-bahan yang diperlukan :
- Sebungkus spagheheti ( rebus letak minyak + garam )
- Udang dan sotong (digoreng dan asingkan)
- 4-5 ulas bawang putih (dihiris)
- ½ cawan air rebusan
Bahan sayuran :
- Brokoli (direbus sekejap)
- Cendaran (dihilis)
- Tomato ceri
- Daun parsli
- 2-3 cili kering ( dipotong serong)
Bahan lain :
- 1 kiun ayam
- 2 sudu garam
- 1-2 sudu besar chili flakes
- 1 suu lada hitam
- Sedikit oregano
CARA MENYEDIAKAN SPAGHETTI AGLIO SEAFOOD :
▶️ Tumis bawang putih sampai agak-agak garing
▶️ Kemudian, masukkan cendawan dan kacau
▶️ Masukkan pula semua jenis sayur-sayuran
▶️ Tambahkan ½ cawan air rebusan spaghetti
▶️ Masukkan chili flakes, lada hitam dan oregano
▶️ Perasakan dengan kiub ayam dan garam. Gaul rata
▶️ Last sekali, masukkan spaghetti dan kacau sampai sebati semuanya. Dan siap untuk dihidang
BACA JUGA : Resepi Swiss Tart Hazel Nutella Viral Cair Di Mulut. Sekali Makan Confirm Tak Boleh Berhenti!
Siap untuk dihidang! Resepi ini boleh dimakan pada bila-bila masa tak kira untuk dijadikan breakfast, lunch ataupun dinner. Sekali cuba resepi ini confirm repeat lagi! Serius tak menyesal. Menu yang sangat simple dan cara penyediaan yang mudah amat rugilah kalau tidak mencubanya.
Hidangan ini juga pasti menjadi makanan kegemaran anak-anak. Siapa tidak suka kan spaghetti ini kerana dihidang dengan seafood yang fresh lagi membangkit selera makan. Tapi kalau tidak seafood boleh juga guna ayam, isi ketam, sosej dan sebagainya.
Kalau anda ikut cara penyediaan resepi spaghetti aglio olia seafood ini. Confirm anda tidak perlu lagi makan dikedai, boleh buat dekat rumah sahaja lagi sedap. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua. Selamat memcuba!