Resepi Telur Pecah Sambal 3 Rasa Yang Sedap Dan Padu. Menu Simple Tapi Membuka Selera Seisi Keluarga!

0 8,119

Pening memikirkan menu apa untuk dihidangkan hari ni? Apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan iaitu resepi telur pecah sambal 3 rasa. Hidangan ini sangat mudah dan simple. Namun ianya berpotensi buat kita makan bertambah-tambah tau. Menu telur sambal 3 rasa ini dikatakan menu penyelamat dan jimat masa.

Resepi ini dipanggil sebagai telur pecah sambal kerana cara memasaknya agak berbeza dengan masak sambal telur yang biasa. Yang mana, telur akan dipecahkan ketika sambal mendidih dalam kuali dan dibiarkan sehingga masak bersama sosnya. Jadi tak perlu nak goreng telur secara berasingan lagi. Hasilkanya telur yang siap dimasak lembut dan juicy.

Hidangan telur pecah sambal ini boleh dihidangkan pada bila masa sama ada untuk makan tengah hari atau makan makan. Kalau dimakan dengan nasi putih panas-panas memang sedap. Kebiasanya anak-anak memang suka makan berasaskan masakan sambal. Tak kisah ayam sambal, ikan sambal malah telur sambal sekalipun pasti mereka suka.

Resepi ini juga dikatakan mempunyai 3 rasa iaitu manis, masam dan pedas. Sama juga lauk 3 rasa nya lain, tapi resepi ini menggunakan lauk telur. Ia juga dikatakan resepi express. Kerana tak perlu nak siang, nak goreng dan sebagainya. Campak-campak je dah siap. Kalau lapar tengah malam pun dah tak pening nak pikir menu. Boleh je cuba menu ni.

Untuk memudahkan anda membuat penyediaan masakkan dirumah. Apa kata anda follow resepi yang dikongsikan oleh cik puan Liza Idris. Resepi yang sangat simple dan bahan yang digunakan pun tidak renyah boleh didapati di dapur anda sahaja. Mesti anda pun dah tak sabar nak mencubanya kan!

 

RESEPI TELUR PECAH SAMBAL 3 RASA 

Pelbagai jenis resepi telur yang boleh kita masak. Antara telur masak kicap, telur masak lemak, telur rebus dan sebagainya. Namun cara penyediaan yang sedikit berbeza dan keunikkan rasa juga berbeza. Tanpa buang masa lagi apa kata kita tengok bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaan resepi ini. Jom masak.

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • 1 biji bawang besar.
  • 2 ulas bawang putih.
  • 3 biji telur ayam.
  • 3 sudu cili kering.
  • 1 cawan air.
  • 1 sudu besar sos tiram.
  • 2 sudu besar sos cili.
  • 2 sudu besar sos tomato.
  • Sedikit daun bawang jika ada.

CARA PENYEDIAAN TELUR PECAH SAMBAL 3 RASA :

▶️ Tumis bawang putih dan bawang besar dengan sedikit minyak.

▶️ Kemudian masukkan cili kering. Masak sampai pecah minyak.

▶️ Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato.

▶️ Tuangkan air dan masukkan garam secukup rasa. Gaul rata.

▶️ Pecahkan telur dan biarkan sekejap sehingga telur.

▶️ Taburkan daun bawang dan siap!

 

BACA JUGA: Resepi Cheese Cake Baby 7 Bulan. Menu Yang Sesuai Nak Tambah Berat Dan Naik Selera Makan Baby!

 

Siap untuk di hidang, wah! Nampak sangat menyelerakkan. Tak susah pun nak menyediakan resepi telur pecah sambal 3 yang sangat super ini. Rasa masam dan manis ditambah pula sedikit pedas menjadikan menu ini sangat istimewa. Menu yang simple dan sedap ini sesuai untuk dihidangkan pada keluarga anda.

Menu ini kalau nak bawa bekal ke pejabat pun boleh, tak perlu makan masa yang banyak untuk menyediakan hidangan ini. Malah rasanya juga sangat sedap. Kalau dan bosan dengan lauk lain boleh cuba resepi ini. Sekali cuba resepi ini confirm repeat lagi! Serius tak menyesal.

Semoga pengkongsian cara menyediakan resepi telur pecah sambal 3 rasa ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Boleh cuba bila-bila masa dan share supaya orang lain boleh mencuba  resepi telur pecah sambal 3 rasa yang sangat padu ini. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.