Ingatkan Negeri Sembilan femes dengan masak lemak cili padi mereka, rupanya rendang daging mereka juga tidak kurang hebatnya. Resepi Rendang Daging Negori yang sedap boleh dicuba.
Semua maklum yang rendang daging selalu dihidangkan kebanyakkan pada hari raya. Bukan sahaja sedap dimakan dengan leman dan nasi impit tapi sedap juga bila dihidangkan dengan nasi panas-panas.
Mungkin ada yang tidak tahu perbezaan rendang Negeri Sembilan dan rendang tempat lain. Rendang Negeri Sembilan dimasak kering berbanding rendang lain yang berkuah dan penggunaan cili padi didalam rendang negori juga banyak sebab itu rendangnya pedas.
Hidangan ini agak pedas, sinonim dengan orang negori yang suka makan makanan pedas, disitu boleh dilihat masak lemak mereka yang pedas. Kalau tak pedas tak sedap, lagi pedas lagi sedap.
Walaupun rendangnya agak pedas, tapi boleh sahaja disukat tahap kepedasan yang kita nak dengan kurangkan kuantiti cili didalamnya. Resepi Rendang Negeri Sembilan ini dikongsi oleh Shida Ambok.
RESEPI RENDANG DAGING NEGORI
Rendang bukan sahaja sedap menggunakan daging, malah menggunakan ayam pun sedap. Daging akan mengambil masa agak lama untuk dimasak bagi empuk, manakala ayam lebih cepat dimasak.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 1kg daging
- 500g santan
- 4 batang serai
- Segenggam cili api kampung
- 1.5 inci lengkuas
- 2 inci kunyit
- 1 peket kerisik
- 2 keping asam keping
- Garam secukup rasa.
CARA-CARA PENYEDIAAN RENDANG DAGING NEGORI
▶️ Rebus daging yang telah dipotong dadu sebesar ibu jari sampai airnya kering. Air tu biarlah menutupi paras daging tu ya.
▶️ Blend cili api, kunyit, serai dan lengkuas. Kemudian cebur pada daging tadi.
▶️ Setelah sedikit kering barulah masukkan santan. Shida guna santan kara sebab takda santan asli. Sepatutnya kena guna santan asli tau.
▶️ Kemudian kacau-kacau sehingga daging dan santan kering baru masukkan kerisik.
▶️ Proses pengeringan ini amik masa juga ya. Jangan lupa tambah garam dan secukup rasa.
▶️ Sebolehnya bila masuk kerisik kacau lagi sehingga ia betul betul kering.
▶️ Bila nampak semua dah kering siap untuk dihidang.
BACA JUGA : Resepi Kuih Koleh Kacang Pandan, Enak Rasanya Walaupun Tidak Menggunakan Gula Melaka!
Memang terangkat la rasa dia. Kalau sesiapa yang merasa pon tak boleh tahan, dah siap makan pon repeat untuk meratah. Memang dinasihatkan jika nak buat, buat la lebih sebab memang sedapp gilerr.
Kalau nak panggil rendang ini lebih kepada rendang cili padi, disebabkan kuantiti cili yang digunakan banyak sama seperti nak buat masak lemak cili padi. Sebab itu rasanya sangat pedas, tapi yang suka makan pedas memang inilah hidangannya.
Bagi proses untuk keringkan akan memakan masa sedikit, kena bersabar sedikit tapi hasilnya sangat sedap. Kalau nak buat resepi rendang daging negori ni jangan buat sikit, nanti menyesal!