Resepi Kek Coklat Cheese Super Sedap. Guna Sukatan Cawan Je. Mudah Dibuat!
Apa-apa makanan yang berkaitan dengan coklat dan cheese ni memang sedap. Lebih-lebih lagi yang ada cheese. Resepi Kek Coklat Cheese hasil dari gabungan kek coklat dan cheese yang sangat sedap sekali.
Orang kata coklat dan cheese salah satu gabungan yang perfect. Mesti ramai peminat kek coklat cheese kat sini. Siapalah tak suka rasa coklat yang yang manis dan rasa lemak masin dari keju ni.
Resepi ini dari perkongsian oleh Saiful Nasuha, yang telah menghasilkan kek ini dengan bahan lebihan buat kuih raya je. Guna bahan lebihan pun menjadi sebiji kek, hebat betul.
Kek ini mempunyai dua perisa, dibahagian bawah ialah kek coklat manakala bahagian atas ialah kek cheese dan dilukis supaya menjadi corak yang cantik.
Bagi peminat coklat dan cheese, ini kombinasi yang padu. Memang tak menyesal bila dapat buat sendiri kek coklat cheese ni, kalau nak beli dah berapa untuk satu slice kek. Bila buat sendiri boleh makan sehingga puas.
RESEPI KEK COKLAT CHEESE
Banyak variasi untuk membuat kek coklat cheese ni. Ada yang membuat sehingga tiga layer dengan meletakkan adunan cheese ditengah-tengah adunan kek coklat. Nak senang buat dua layer dan lorekkan corak-corak yang diingini supaya kelihatan cantik.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 1 baking cup butter
- 1 1/2 baking cup tepung kek (self rising flour)
- 1 baking cup milk choc coin Beryls
- 2sdb serbuk koko Beryls
- 150g cream cheese tatura
- 1 baking cup gula castor
- 3 biji telur (2 biji utk adunan kek coklat) & 1 biji lg utk adunan cream cheese
- Sedikit susu segar jika perlu
- Esen vanilla
- Almond nibs utk hiasan
CARA-CARA PENYEDIAAN KEK COKLAT CHEESE :
▶️ Double boil milk choc coin, serbuk koko bersama butter dan tambah sedikit susu segar. ketepikan biar suam dan ambil sedikit untuk drizzle di atas kek nanti.
▶️ Apabila dah suam, masukkan gula castor, 2 biji telur dan esen vanilla. kacau guna whisk.
▶️ Kemudian, masukkan tepung kek diayak sedikit demi sedikit. kacau perlahan sehingga sebati.
TOPPING CREAM CHEESE:
▶️ Pukul cream cheese, 1sudu besar tepung kek, 1sudu besar gula castor dan 1 biji telur sehingga sebati.
▶️ Selepas itu, sapukan loyang dgn marjerin/ shortening/ lapik baking paper.
▶️ Masukkan adunan choc dahulu dan seterusnya masukkan adunan cream cheese secara bertompok.
▶️ Drizzle cairan choc tadi dan lorekkan corak menggunakan lidi
▶️ Tabur kekacang yg disukai
▶️ Kemudian, panaskan oven & bakar suhu 160°c selama 55 min.
BACA JUGA : Resepi Cucur Udang Ranggup, Yang Betul-Betul Sedap!
Wah! Sedap betul kek coklat cheese ni, aroma coklat dan cheese ketika dibakar sangat sedap sekali. Tak sabar betul nak rasakan? Dah tentu sedap ni.Kek coklat cheese boleh sahaja dikukus jika ibu-ibu tidak mempunyai oven dirumah atau masak dalam airfryer pun boleh. Sekarang banyak resepi masak pakai airfryer Kan, sampaikan kek pun boleh masak dalam tu.
Resepi kek coklat cheese ni sangat mudah, jadi ibu-ibu bolehlah mencuba resepi ini. Pasti hasilnya sangat menyelerakan, bila buat sendiri boleh lebihkan apa yang kita suka. Selamat mencuba!